Bila anak semakin bertambah, kita mula risaukan perbelanjaan anak-anak dan keluarga yang semakin banyak. Jangan dikisahkan kerana bergantung kepada rezeki dari Allah. Namun usaha jangan pernah putus untuk terus mencari rezeki demi anak-anak.
Dalam pada itu, amalan-amalan dan rutin jangan dilupakan. Dulukan Allah dalam segala hal, pasti Allah susuli kita dengan rezeki yang tak pernah putus. Beberapa amalan ini sebaiknya jangan kita tinggalkan untuk rezeki berpanjangan.
1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.
2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar. Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.
3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.
4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.
5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!
Ads
6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.
7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.
8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.
9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!
10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.
Ads
11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.
12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).
14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.
Ads
15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit : The Tazkirah Iman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penggunaan produk yang tidak bersesuaian boleh memudaratkan bayi, apatah lagi hingga mengakibatkan sawan. Bahayanya!
Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini perlu mama papa ikuti. Jangan terikut-ikut menggunakan setiap produk yang mengandungi camphor atau kapur barus tanpa memeriksa terlebih dahulu amaran atau cara penggunaannya. Setiap produk dilengkapi label dan ada yang telah memaklumkan yang ia tidak selamat untuk bayi.
BANYAK DALAM PRODUK JENIS SAPUAN Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.
TIDAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK 2 TAHUN KE BAWAH Walaubagaimanapun. produk yang mengandungi kapur barus TIDAK SESUAI untuk digunakan untuk kanak kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Ia boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk mereka.
Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang diletakkan.
JANGAN LETAK DI HIDUNG, MATA ATAU KULIT Hati hati ya, jangan letak di hidung, mata atau kulit yang luka. Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.
BACA LABEL, JADILAH IBU AYAH YANG BIJAK Apa pun produk korang nak guna jangan lupa baca label. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca je. Jadilah pengguna bijak!
Public Health Malaysia juga turut berkongsi beberapa produk yang tidak sesuai untuk bayi bawah 24 bulan.
Dapur antara tempat yang boleh jadi terapi buat seseorang. Dapur kemas dan teratur semestinya idaman ramai wanita. Rasa tenang dan teratur, barulah rasa semangat nak memasak dengan penuh kasih sayang.
Dalam perkongsian ini kami bawakan cara DIY spice organizer yang sangat praktikal dan comel hasil kerja tangan Puan Fara Amirullah bersama suaminya. Tak perlu modal tinggi, hanya barang-barang di kedai DIY / Daiso berjumlah sekitar RM80 saja!
Selain memudahkan kerja memasak, ia juga menjimatkan ruang. Yang paling best, cara pasangnya pun senang dan tak payah susah-susah nak tebuk dinding. Jadi, siapa yang duduk rumah sewa pun boleh buat juga sebab ia tak merosakkan dinding.
Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.
DIY SPICE RACK UNTUK DAPUR TANPA TEBUK DINDING
Hari tu saya dah janji nak kongsikan spice rack organizer di rumah saya. Rumah sewa saya ni memang dapurnya kecil saja. Kalau duduk 2-3 orang dekat situ memang akan berlaga punggung. Jadi untuk menjimatkan ruang, inilah salah satu caranya.
Angan-angan nak buat kabinet dapur tu memang ada, tapi sebab duduk rumah sewa ni tak payahlah kan. Baik simpan duit untuk buat di rumah sendiri nanti.
Lagipun, memandangkan dinding di dapur ni dah siap jubin, nak tebuk pun sayanglah. Jadi saya gunakan wall hook untuk spice rack organizer ni. Inshaa Allah lekat kuat sebab wall hook dari Daiso ni jenis hot melt adhesive. Caranya saya akan terangkan nanti.
BAHAN-BAHAN
Semua item dibeli di Mr DIY dan Daiso je. Tak semua barang murah tu tak cantik ye.
Inilah wall hook dari Daiso tu. Ada yang 1 kg, 3kg, 4 kg dan 6kg. Saya ambil yang 6kg. 1 rak gunakan 2 wall hook ni. Jadi sebab ada 4 rak, saya kena beli 4 pek.
Yang ini pula rak dari Mr DIY. Saya guna 4 rak ni.
Mula-mula cadang nak beli balang ni dekat kedai Eco. Tapi nampak dekat Mr DIY harga RM0.85 je. Jauh lebih murah dan kualiti pun elok. 24 pcs baru RM20.40. Murahlah kan? Lagipun penutup jenis plastik ni bagus. Dulu saya pakai Ikea punya.
Setiap minggu memang akan basuh sebab berhabuk dan minyak. Lama-lama penutup pun jadi berkarat, sebab tulah saya tukar jenis macam ni.
CARA-CARA
Beginilah cara nak gunakan hot melt adhesive wall hook tu. Kena bakar sikit dekat gam yang sedia ada di belakang hook tu bagi cair sikit. Hati-hati ya sebab panas kalau kena tangan.
Bila dah cair nanti barulah tampal dan biarkan kejap dalam 2-3 jam baru boleh gantung rak tu. Kemudian bolehlah susunkan balang-balang yang dah diisikan dengan rempah atau bahan dapur yang biasa digunakan. Siap spice rack! Wall hook ni nak pakai dekat bilik air pun boleh, tapi kena buat cara ni barulah dia lekat kuat.
Mudah kan? Simple tapi sangat berguna. Dapat save space dan modal pun tak tinggi. Mana yang duduk rumah sewa dan ada dapur yang comel macam Puan Fara ni bolehlah cuba DIY spice rack organizer ni.
Niat hati nak bawa anak bergembira di taman permainan, tapi ibu ini tidak pernah menyangka yang anaknya akan dijangkiti virus berbahaya. Ketika dibawa anaknya ke hospital, doktor memberitahu mungkin anaknya perlu makan ubat jantung jika salur darah ke jantungnya masih berterusan membengkak. Hati ibu mana yang sanggup melihat, berslirat wayar memenuhi seluruh badan anak?
Ikuti kisah dari perkongsian pengguna akaun Facebook Puan Fuza:
KISAH SETAHUN LEPAS YANG MASIH MENGHANTUI HIDUPKU.
Dalam hati, Ya Allah! Anak aku!
Bila disoal siasat, doktor kata virus bahaya yang boleh meragut nyawa tu datang dari playground yg sebelum tu memang bawak depa main kat sana.
Paling sedihhh bila doktor bagitahu anak hang kena makan ubat jantung kalau salur darah ke jantung dia masih berterusan membengkak. Allahu Masa dapat berita tu macam nak gugur jantung aku.
Tak daya dah tengok dengan wayar berselirat satu badan, dengan tangan kembung kena masuk air sampai biruu wei. (Boleh tengok pic no 2) Belum lagi part ambik darah sehari 6x. Hmm setiap kali doctor nak check, dina mesti kena makan ubat tidur. (Bayangkan dia punya meronta tuu)
Start dari kejadian ni memang tak bagi langsung depa main playground. Momma terlalu serikk. Memang doplohpatjam sanitizer tangan depa.
Sanggup pi suruh depa kayuh beskal dari duk main panjat panjatt dalam tuu. Alhamdulillah berkat doa semua, dina dah tak perlu makan ubat jantung. Tapi perlu dipantau sehingga umur dia 5 tahun.
Kesimpulan dia, saya tak kata virus tu berpunca daripada playground. Mungkin kebetulan masa tu ada yang terjangkit dan terkena pada anak saya. So parents semua pleaseee alert dengan kebersihan selepas bawa anak ke luar nak lagi bila tempat tu padat dengan manusia. Sebab anak kita masih kecil, antibody mereka sangat lemah. Jadi mudah sangat mereka terdedah kepada penyakit ni.
Semoga pengalaman saya ini menjadi iktibar buat ibu ibu diluar sana. Kadang kita terleka.
Puanfuza,
#CeritaKakakJerr
#KawasakiDisease
Sekarang ni macam-macam jenis penyakit ada. Sebagai iu bapa, kita perlu lebih peka dan ambil langkah pencegahan dari awal. Bawalah tisu basah atau hand sanitizer ke mana sahaja kita pergi.
Anak-anak ni asal nampak fun je, dia pegang. Bukan kira apa, tahu-tahu dapat jangkitan virus. Itu yang kita risaukan. Semoga perkongsian dari Puan Fuza ni dapat memberi sedikit kesedaran kepada kita semua.