Membesarkan anak-anak dalam zaman moden seperti hari ini banyak cabarannya. Anak-anak sentiasa terdedah dengan bahaya. Sama ada yang mengancam keselamatannya mahupun yang memberi kesan kepada emosinya.
Sebagai ibu bapa, kita boleh mencuba sehabis baik untuk menjaga dan memantau keselamatan anak-anak, tetapi ada cara lain yang boleh kita amalkan sebagai satu inisiatif bertawakal kepada-Nya.
Artikel Menarik: {Ibu Ayah Wajib Curiga Keselematan Anak Kalau Anak Nampak 4 Ciri Ini. Jangan Cuai & Tunggu Sampai Sesuatu Yang Buruk Berlaku, Terus Bertindak!}
Salah satunya adalah dengan mengalamkan membaca doa perlindungan untuk anak-anak seperti yang diajarkan oleh Nabi sendiri. Doa ini dikongsikan oleh penceramah agama, Imam Muda Asyraf di laman Instagramnya.
Ada ketika kita bimbang anak-anak kita bila ditinggalkan. Bagaimana keadaan mereka sewaktu dihantar ke sekolah. Ada juga yang bimbang keadaan anak bila diberi kepada pengasuh. Ada pula yang risau gambar anak mereka dipaparkan di merata tempat dan sebagainya. Kita hanya mampu berusaha sehabis baik. Tetapi tawakkal kita pada Allah tak pernah luntur. .
.
Ini Antara doa sunnah yang diajar oleh Nabi SAW buat pelindungan anak-anak kita seperti mana yang di bacakan oleh Nabi Ibrahim AS pada anaknya Ismail dan Ishak.
إن أباكم كان يعود بها اسماعيل واسحاق
“Sesungguhnya bapa kamu (Nabi Ibrahim berdoa) minta perlidungan dari Allah Taala dengan doa ini kepada Ismail dan Ishak. Dengan doa:
أعود بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامه ومن كل عين لامة
A’udzu bikalimatillahi at-tammati min kulli syaithan wa haamihi wa min kulli ‘ainin laamah
Artinya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Alquran, Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya) dari segala ancaman Syaitan dan segala bahaya binatang berbisa serta segala kejahatan mata (penyakit ‘ain).
Artikel Menarik: {Mak Ayah Selalu Membanding, Ugut & Tengking. Tak Sedar Sedang Besarkan Seorang Pembuli}
Untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak, banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan. Antaranya keluar mencari nafkah dan kedua-dua ibu ayah perlu bekerja. Jadi kita terpaksa membuat pilihan untuk menghantar anak ke taska, tadika mahupun sekolah.
Jika berasa risau dan gusar, seeloknya amalkan doa ini untuk memohon perlindungan dari ALLAH SWT sebagai usaha untuk memohon anak-anak sentiada dalam keadaan selamat.
Sumber: Imam Muda Asyraf
Kredit Foto: FB Ashikin Hashim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI