Tahukah anda pemakanan kanak-kanak di Malaysia masih jauh ke belakang dalam mendapatkan zat yang diperlukan menerusi pemakanan seharian? Adalah penting untuk memastikan mereka mendapat cukup nutrien  selaras dengan perkembangan pesat mereka  dari segi mental dan fizikal.

Nutrition Survey of Malaysian Children (SEANUTS) dalam laporannya yang mengkaji status nutrisi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah di Asia Tenggara mendapati kira-kira 50% kanak-kanak di Malaysia tidak memenuhi keperluan2 kalsium dan vitamin D harian mereka. Fakta ini wajib dibimbangi semua ibu bapa!

Hasil kajian tersebut mendapati secara puratanya, kanak-kanak Malaysia hanya minum setengah hidangan susu yang disyorkan setiap hari. Hanya 5% kanak-kanak di Malaysia memenuhi hidangan susu yang disyorkan,  dan ini teramat penting untuk membekalkan sumber nutrisi seperti kalsium dan vitamin D yang diperlukan untuk tumbesaran mereka.

Sememangnya dengan realiti ekonomi di negara yang turut memberi kesan terhadap perbelanjaan kehidupan dan pendapatan isi rumah, tidak dapat dinafikan bahawa para ibu perlu berhati-hati membuat perbelanjaan serta bijak berjimat cermat termasuk bab membekalkan pemakanan terbaik untuk anak-anak. Ia bukan tugas yang mudah tapi perlu dipikul oleh para ibu di Malaysia.

Risaukan Anak Anda Tidak Cukup Zat? Ikuti Tips Ibu Hebat Ini!

Fadzi Razak, seorang ibu dari Shah Alam berkongsi bagaimana usaha yang dilakukan untuk memastikan anak tersayang Aneeq, 3, tetap mendapat khasiat pemakanan yang terbaik untuk tumbesarannya.

IKLAN

“Sebagai ibu yang menguruskan rumah tangga, sangat penting untuk saya memastikan Aneeq sentiasa mendapat nutrisi terbaik setiap hari untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan otaknya. Susu yang kaya DHA menjadi pilihan saya kerana ia penting untuk menyokong perkembangan otak,” kata Fadzi.

Risaukan Anak Anda Tidak Cukup Zat? Ikuti Tips Ibu Hebat Ini!

Manakala Ayu, seorang ibu kepada anak berusia setahun memastikan anaknya mendapatkan nutrisi yang mencukupi dengan cara berbelanja dengan lebih bijak. “Saya sentiasa prihatin dalam memilih nutrisi terbaik untuk anak. Anak saya kini berusia 1 tahun lebih dan saya tahu ini adalah fasa penting dalam perkembangannya. Oleh itu, saya sentiasa mencari sesuatu yang boleh memberikan nutrisi yang lebih baik dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.”

Menyedari hakikat yang dihadapi oleh para ibu di Malaysia berkenaan isu untuk memastikan anak-anak mendapat nutrisi yang mencukupi dalam kekangan perbelanjaan kehidupan, maka Dutch Lady Malaysia tetap komited untuk memberikan nutrisi yang berkhasiat kepada anak-anak mereka.

IKLAN

Dutch Lady merupakan jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak No.14 di Malaysia, dan kebelakangan ini telah pun memperkenalkan rangkaian produknya dalam pek baharu dengan formulasi DHA tertinggi1 dalam Dutch Lady 123 untuk membantu menyokong perkembangan otak kanak-kanak.

Risaukan Anak Anda Tidak Cukup Zat? Ikuti Tips Ibu Hebat Ini!Dutch Lady 123 juga mengandungi nilai-nilai nutrien yang lebih tinggi5 yang memberikan lebih banyak nilai kepada para ibu dengan  setiap ringgit yang dibelanjakannya, seperti 44% lebih protein, 70% lebih vitamin D3, dan 150% lebih vitamin C berbanding dengan produk jenama lain yang dalam lingkungan harga yang sama.

DHA, atau asid docosahexaenoic6 adalah salah satu lemak yang membentuk otak kita. Ia  penting untuk menyokong  perkembangan otak kanak-kanak, terutamanya apabila otak si manja akan berkembang sehinggi 90% dari  usia 1 hingga  5 tahun!

IKLAN

7Protein adalah penting sebagai salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita. ia berfungsi  untuk  membina dan memperbaiki tisu badan, yang penting untuk kanak-kanak kerana mereka sedang membesar dan berkembang. Protein membantu menguatkan tisu, otot dan kulit, dan Vitamin D3 membantu badan menyerap kalsium8 manakala asid lemak Omega 39 penting untuk fungsi otak yang normal.

Pastikan perkembangan  anak yang bijak dan sihat hari ini dengan memberikan nutrisi yang berkhasiat daripada Dutch Lady dengan 5X DHA10! Dutch Lady 123 sesuai untuk si manja berumur 1 hingga 3 tahun, Dutch Lady 456 sesuai untuk si manja berumur 4 hingga 6 tahun dan Dutch Lady 6+ sesuai untuk si manja berumur 6 ke atas, boleh didapati di semua pasar raya besar dan kedai-kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady atau untuk dapatkan sampel percuma, layari https://www.smartmoments.com.my/ms/get-a-free-sample.

Rujukan:

  1. Tahap DHA untuk setiap hidangan bagi DL 123 Biasa & Madu berbanding susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang lain (1-3 tahun) dalam lingkungan harga yang sama (Mass category; GUM1+).
  2. Status nutrisi dan pemakanan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 12 tahun: hasil kajian Nutrition Survey of Malaysian Children (SEANUTS Malaysia), British Journal of Nutrition (2013), 110, S21–S35.
  3. Koo HC, Poh BK, Lee ST, Chong KH, Bragt MC, Abd Talib R, SEANUTS Malaysia Study Group. Are Malaysian Children Achieving Dietary Guideline Recommendations, Asia Pacific Journal of Public Health, 2016 Jul; 28(5_suppl):8S-20S.
  4. Berdasarkan Audit Runcit untuk 12 bulan berakhir Mac 2018 di Semenanjung Malaysia (Hak Cipta Terpelihara © 2018, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd) bagi kategori produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak.
  5. Perbandingan Dutch Lady 123 Biasa dengan jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak (1-3 tahun) yang lain dalam lingkungan harga yang sama.
  6. Chang C.Y, Ke D.S, & Chen J.Y. Essential fatty acids and human brain. Acta Neurol Taiwan. 2009 Dec; 18(4):231-41. Retrieved September 5, 2017, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20329590.
  7. Peranan protein tenusu untuk negara-negara membangun, 2017. Jan Steijns.
  8. National Institute of Health, Office of Dietary Supplement, Vitamin D, Factsheet for Healthcare Professionals – https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminD-HealthProfessional/
  9. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review – https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3738999/
  10. Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009).

 



Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI