Penyanyi Fynn Jamal menasihati kepada semua yang ingin mengambil anak angkat supaya pertimbangkan dua perkara ini terlebih dahulu lebih daripada rupa paras. Kebanyakkan mereka yang berhubung dengan penyanyi tersebut untuk tujuan pengambilan anak angkat lebih merisaukan tentang rupa paras.
Terdahulu Fynn telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Bakti Arjuna Fitri dan kemudian beliau mengambil seorang lagi anak angkat iaitu Sakti Kencana Fitri. Kedua-dua anak ini diambil oleh Fynn tanpa memikirkan tentang rupa paras kerana niatnya ingin menjaga dua anugerah ini sebaik mungkin. Ikuti perkongsian beliau di instagramnya.
aku risau bila baca dm hendakkan anak angkat tapi meletakkan special request jenis materi.
“kalau boleh nak mak yg lawa sikit, kak” “saya cari yg putih, kak” “kalau boleh mak dia kurus ye” “anak2 dia yang lain comel2 tak?”
Ads
haih.
Ye. aku faham. risau kalau kaler dia lain dari kita. risau dia tiba2 kemek sedangkan kita suami isteri macam ada pembaris kat pangkal hidung. takut org tau dia bukan anak kita.
But that is the point KENAPA bin binti tak boleh tukar, kan..? sbb mmg TAKKAN sampai mati boleh diganti bin bintinya.
Dia MEMANG bukan anak yg lahir dari darah kita. But that does not make them any less of your own.
Ads
Susukan. itu nombor satu benda yg patut dirisaukan. jgn tunggu baby ada. the moment mmg dah decide nak ambil anak angkat— start producing milk. bekukan. kalau kau dtg pada aku dan tunjuk mmg dah ada stok susu beku— mmg aku kasi VIP lane.
Percayalah. الله tgk effort. susu badan seorang mak angkat adalah bukti kau dah standby mental physical. izinkan aku menjadi laluan utk الله sampaikan rezeki anak utk kau.
Next case terus aku pass. parents yg dah submit utk masuk senarai aku tuari majoriti dah standby duit bersalin biomom. for that— good job! kalau biomom nak— senang. kalau dia xnak— kau belilah stroller paling mahal dalam asia tenggara. korang juga yg bahagia. kan?
Adoption is a choice. betul. pilihan kau utk yg terbaik UNTUK anak. bukan utk kau. anak2 ni bukan boleh pilih2 dalam katalog. paling2 yg ada pun pilihan jantina. itu aku faham. ye la. in case xde susu— kita boleh pilih mengikut adik beradik siapa yg ada susu (utk penggantian ibu susuan).
Ads
So please. worry about these two (susuan / kos) MORE than you put your mind into cantik tidak hitam tidak pandai tidak budak itu.
Stop obsessing with looks. julaybeeb sahabat rasulullah dikategorikan sbg yg hodoh dijanjikan syurga. kita lawa2 macam puteri mahkota pun, bau firdaus belum tentu lagi.
Juna tak hensem mana. kulit dia eczema. dedek tak lawa mana. kulit dia hitam lebam. they both look good sbb mummy is good with camera.
BUT. keduanya menyejukkan hati kalian— PURELY sbb kalian kasih sama mereka. so stop wanting surface. when you love, you embrace.
Macam mana nak hindarkan rasa sedih melihat anak-anak tidak dilayan baik oleh mertua berbanding dengan cucu-cucu mereka yang lain? Apa yang boleh buat untuk anak tak rasa hati sedangkan ibu bapa pun terasa hati dengan keadaan tersebut.
Anak tercalar emosi kerana favoritism
Ada di antara kita memang punyai favorite di antara anak-anak atau cucu-cucu kita. Mungkin kerana personalitinya atau sikapnya atau apa-apa sahaja.
Namun, adalah amat penting kita berkelakuan adil dengan yang lain. Jangan kita menampakkan favoritism itu melampau.
Bila kita terlampau melayan mesra yang favorite itu dan yang tidak diperlakukan bagaikan tidak dipedulikan, ia akan mencalarkan hati yang bukan favorite itu. Kita mungkin rasa ok sekarang. Namun, ketahuilah, ianya tidak akan ok nanti.
Tentu amat sedih jika anak-anak atau cucu-cucu kita melihat favoritism diamalkan di dalam keluarga kita.
Oleh itu sayang Ibu, jika ini berlaku didalam keluarga mu, anak yg tidak ‘difeveretkan’ itu, selalu ingatkan pada mereka bahawa anda sayang mereka dan sayang yg amat sgt.
Jika mereka mengadu sedih, ajak mereka merasakan sayang Allah dan ajar mereka berdoa dan memaafkan orang yang mencalarkan emosi mereka.
Keredaan (redhaan) mendekatkan diri kita kepada Allah dan kita tidak hilang diri kerana kemarahan.
Sesiapa yang telah melalui favoritism yg menyedihkan diri, I would like to give you a virtual hugs. Just know that “You Are Enough and You Are Loved” Allah loves you!
Tidur juga amat mustahak kepada perkembangan si manja, sama seperti keperluan nutrien dan aktiviti fizikal. Jangan ambil mudah keperluan ini kerana kekurangannya boleh mempengaruhi perkembangan otaknya si kecil dalam jangka masa panjang.
Janin dalam kandungan tidur selama 16 hingga 20 jam sehari manakala bayi yang baru lahir akan tidur 16 hingga 17 jam sehari. Kebanyakan mereka tidak akan berada dalam keadaan jaga hanya dua hingga empat jam sehari pada minggu-minggu pertama kehidupan mereka. Rapid Eye Movement (REM) yang berlaku pada 60% hingga 80% dalam tempoh fasa tidur aktif menyaksikan aktiviti otak. Peratusan REM akan menurun seiring peningkatan usia. Ini menjawab kenapa bayi dan kanak-kanak tidur lama dan apakah kepentingannya kepada perkembangannya.
BERAPA LAMA SI KECIL PERLU TIDUR SIANG?
Selain tidur malam, tidur siang juga amat diperkukan oleh si manja. Apabila mula dilahirkan, bayi hanya menyusu dan tidur, itu sahaja rutin harian mereka. Bagi bayi yang berusia satu hingga enam bulan, mereka akan tidur siang sebanyak tiga kali dengan tempoh satu hingga dua jam setiap kali tidur.
Bagi si kecil yang sudah mencecah usia setahun, kekerapan tidur berkurangan kepada sekali sehari sahaja. Setelah mencecah usia lima tahun, mereka sudah jarang perlukan tidur siang kecuali kepenatan atau tidak mendapat tidur malam yang cukup.
5 SEBAB TIDUR PENTING UNTUK SI MANJA
1.Doktor percaya REM ini akan memberikan peluang kepada otak untuk ‘aktif’ menerima stimulasi dan selain daripada rangsangan melalui aktiviti sensori fizikal.
2.Tidur bagi kanak-kanak amat penting untuk perkembangan neural kerana ketika tidur, bahagian otaknya dirangsang.
3.Pada masa bukan fasa REM, tidur akan memberikan si manja rehat dan salah satu proses menyegarkan kembali tubuh.
4.Kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami kurang mahir skil kognitif , hiperaktif, ADHD dan pembangunan neurologi terjejas.
5.Kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup akan menjadi lebih peka, cukup rehat, ceria dan bersedia untuk menerokai ilmu baru.
7 TIP SUPAYA ANAK TIDUR LEBIH BAIK
Ada 7 cara boleh anda cuba supaya si manja boleh tidur dengan cara lebih baik.
Biarkan si manja tertidur sendiri.
Pastikan anda konsisten meletakkan bayi ke dalam katilnya pada masa yang sama setiap hari.
Tidur lebih awal daripada waktu si kecil selalunya mengantuk. Apabila dia sudah terlalu penat dan mengantuk, dia sukar untuk tidur dan lebih suka menahan matanya daripada tertidur. Apabila tidur, mereka juga lebh mudah terjaga.
Cipta rutin tidur dan ikutinya 100%. Lebih awal anak dilatih, lebih baik.
Jangan lupa tidur siang kerana ia akan memberikan kesan kepada 24jam berikutnya. Tapi pastikan tidur siang tidak terlalu dekat dengan waktu tidur utama.
Kalau boleh, elakkan susukan bayi dan kanak-kanak sehingga dia tertidur. Sediakan ruang yang selesa, bilik yang gelap dan senyap untuk membantunya tertidur sendiri.
Ada sesetengah ibu membedung bayi mereka kerana mendapati dengan membedungnya, bayi lebih mudah tertidur sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bedung bayi berikan banyak kelebihannya kepada bayi. Selepas lahir, bayi melalui perubahan suasana dari alam rahim ke dalam dakapan mama dan papa. Bantunya menempuh hari-hari pertamanya dengan cara membedungnya menggunakan kain.
Tindakan membedung bayi akan membantu bayi untuk menempuh hari-hari pertamanya. Ia diibaratkan seperti seni membalut bayi dengan menggunakan kain yang akan memberikan si kecil pelbagai faedah kesihatan dan sokongan kepada emosinya.
7 KEBAIKAN MEMBEDUNG BAYI
Antara manfaat membedung bayi ialah seperti berikut;
1.Menjadikan bayi lebih tenang dan kurang refleks Moro iaitu tindakbalas bayi apabila kehilangan dinding rahim sesudah kelahiran. Ia menyebabkan bayi kecil mereka terkejut atau tersentak dan mula menangis.
2.Bayi akan tidur lebih lena.
3.Mengurangkan risiko kematian bayi atau Sudden Death Infant Syndrome (SIDS). Elakkan meletakkan bayi yang dibedung dalam posisi tidur meniarap.
4.Rasa selamat kepada bayi.
5.Bayi kecil sering kali menghadapi masalah ‘terkejut’ atau startle reflex. Membedung mengelakkan ia daripada terjadi (sehingga bayi pandai meniarap).
6.Bayi baru lahir seringkali kesejukan. Membedung memberikan kehangatan sehingga kawalan suhu tubuhnya mula berfungsi.
7.Amat disarankan untuk bayi yang menghadapi masalah neurologi atau kolik.
10 PERLU DILAKUKAN/ DIELAKKAN DALAM MEMBEDUNG BAYI
Walau pun membedung bayi memberikan banyak faedah, tapi anda harus ingat, membedung ada do’s & dont’s.
Pastikan bayi yang dibedung tidur dalam keadaan berbaring, bukan meniarap atau mengiring.
Buka bedung sekiranya nampak bayi panas berpeluh dengan pipinya kemerah-merahan.
Sesetengah bayi suka bahagian tangannya bebas bergerak. Boleh ikuti cara bedung yang biasa tapi pastikan kain bedung tidak meliputi tangan dan bahu dan berada dibawah bahagian ketiaknya.
Cara bedung perlulah betul. Jangan meletakkan apa-apa kain pada bahagian muka.
Gunakan kain bedung yang tipis yang sesuai dengan suhu sekeliling supaya bayi tidak kepanasan.
Tidak membedung ketika menyusu membantu bayi untuk melekap dengan lebih baik di mana bayi bebas menyentuh kulit (sentuhan kulit ke kulit).
Pastikan bayi tidak dibedung dalam tempoh yang terlalu lama. Mungkin boleh dibedung untuk tidur dan menyusu. Kaki dan paha bayi perlu bergerak untuk perkembangannya.
Pastikan anda tidak membedung dengan terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan masalah pada sendi paha dan pinggulnya yang masih lembut. Jangan bedung sehingga kakinya menjadi lurus dan ketat!
Hentikan membedung apabila bayi sudah mula meniarap. Semakin membesar, bayi akan lebih banyak bergerak semasa tidur.
Bayi yang dibedung akan tidur nyenyak. Jadi, mama perlu kejutkan mereka untuk menyusu supaya mereka tidak terlepas untuk sesi penyusuan.
Anda boleh belajar mengikuti langkah membedung bayi berpandukan video ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...