Ketika membesarkan anak perempuan, banyak cabarannya. Perlu diajarkan tentang pelbagai perkara terutamanya kehormatan diri. Itulah yang menjadi kerisauan ibu ayah apabila anak perempuan sepanjang mereka membesar.
Nak besarkan anak perempuan dengan baik perlu elakkan enam perkara ini. Jadikan perkongsian dari Ustazah Aminah Mat Yusoff ini sebagai panduan untuk kita semua.
Pesan Imam Al-Ghazali.. Jauhilah 6 perkara ini daripada anak perempuan
Beberapa orang sahabat tanya saya, apakah bekal yang terbaik untuk seorang anak perempuan agar mereka beroleh kebahagiaan, pandai bawa diri, menyejukkan hati dan menjadi bakal isteri yang dicari-cari?
Perkara yang paling penting dalam hidup seorang anak perempuan ialah persekitaran yang baik, selamat, mawaddah dan penuh dengan mahabbah.
Pesan Nabi SAW : عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « إياكم وخضراء الدمن » ، فقيل : يا رسول الله ، وما خضراء الدمن ؟ قال : « المرأة الحسناء في المنبت السوء »
Dari Abu Sa’id al Khudry radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jauhilah khadhraaad diman.”
Ads
Mereka berkata, “Apakah khadhraaad diman wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda, “Wanita cantik yang tumbuh dalam lingkungan buruk.”
Dalam hadith ini Rasulullah SAW menyatakan pentingnya background family seorang perempuan. Anak yang didik dengan kasar, bebas, persekitaran yang tidak sihat sangat memberi pengaruh kepada pembentukan karekter dan sifatnya.
Ingat baik-baik pesan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal):
Jauhi anak perempuan dari 6 sifat ini:
Ads
1. Al-Annanah : Suka mengeluh dan malas.
Anak perempuan yang dimanjakan, banyak mengeluh dan suka mengadu. Buat-buat sakit, penat dan rasa terbeban dengan tugasan hariannya. Berpura-pura sakit kerana malas, banyak tidur dan menghabiskan masanya dengan hiburan semata-mata.
Bekalkan anak-anak dengan ilmu agama, ilmu keduniaan, ilmu kehidupan, skill penting seperti masak, kemas rumah, menjaga kebersihan diri dan keluarga.
Ajari mereka cara hidup yang susah dan berdikari. Hadiahkan mereka dengan kata-kata semangat dan pujian bukan dalam bentuk meterial semata-mata. Sentiasalah berdoa, sedekahkah al-Fatihah untuk roh mereka setiap malam dan ajari mereka lazimi surah al-Qadr untuk selamat dari maksiat.
2. Al-Mananah: Suka mengungkit-ungkit
Setiap kebaikan yang dilakukan lalu disusuli dengan sikap mengungkit-ngungkit, akan menghilangkan pahala kebaikan. Ajar anak untuk jadi seorang yang ikhlas dan redha dengan setiap usaha yang dilakukan. Terapkan nilai afektif, nilai murni dalam kehidupan seharian. Ia melatih anak-anak melakukan rutin harian dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak rasa terbeban. Disiplinkan mereka dengan jadual kehidupan yang teratur dari awal, jika sudah terlambat anak-anak akan mengatur kehidupannya dengan cara yang salah.
3. Al-Hananah : Merindui orang yang tidak sepatutnya.
Bahaya jika anak perempuan mula menaruh minat dan merindui seorang lelaki yang bukan pasangannya. Ia sedang menghampiri fitnah dan kerosakan. Rasa cinta, rindu dan suka itu tidak salah tapi mesti berada pada landasan yang betul. Penting ibu ayah terapkan rasa malu pada anak-anak perempuan agar peribadi dan akhlaknya sentiasa terjaga.
Ads
4. Al-Haddaqah : Boros dan suka berbelanja. Habit ini boleh mengundang kecenderungan lain yang lebih bahaya. Jika tidak dapat penuhi keinginannya kerana tidak mampu dan keluarga tidak berduit mungkin anak ini akan sanggup berhutang, mencuri dan meminta-minta. Ajari anak cara berjimat cermat, membeli apa yang perlu dan tidak mengikut nafsu. Menjadi bebanan yang sangat berat pada ibu ayah dan juga suaminya jika sifat boros ini tidak dikawal dengan baik.
Sumber foto: Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal
5. Al-Barraqah : Imam Al-Ghazali mentafsirkan perkataan ini dengan dua makna,
a) Melampau dalam berhias semata-mata untuk mendapat perhatian orang ramai. Perbuatan ini mempunyai unsur maksiat dan mendatangkan dosa. Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Didik anak dengan sifat wasatiyyah iaitu bersederhana dari segala sudut. Sederhana ketika berhias dan berpakaian adalah lambang keindahan peribadi.
b) Bersifat selfish, pentingkan diri. Perumpamaan yang diberikan ialah menyembunyikan makanan yang sedap untuk dirinya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain termasuk ahli keluarga atau suaminya.
6. Al-Syaddaqah : Banyak bercakap perkara yang sia-sia.
Lidah punca ke Neraka, juga punca ke syurga. Latih anak-anak menggunakan bahasa yang sopan dan sedap didengar. Ibu ayah yang suka bergaduh depan anak-anak akan mempengaruhi perwatakan dan pemikiran anak. Anak berubah menjadi ganas, menggunakan bahasa yang kasar dan melawan cakap kerana ia diserap melalui persekitaran dan cara didikannya.
Jangan tunggu anak-anak dah jauh tersasar kerana kita tidak mampu lagi berhadapan dengan mereka. Pastikan kawannya adalah orang yang baik dan boleh dipercayai, pastikan juga bahan bacaan anak-anak, web yang dilayari, idola anak-anak dan minat anak-anak. Semua itu akan mempengaruhi pemikiran dan karekter mereka.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat semua.
-Aminah Mat Yusoff –
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati
Setiap ibu bapa ada pendekatan sendiri untuk didik anak-anak. Ada yang anggap tegas dan garang tu baru anak takut dan jadi ‘orang’. Ada pula lebih berlembut dengan anak dengan harapan anak tahu ibu bapanya sayang.
Sebenarnya dalam bab mendidik anak ini, ibu bapa perlu tahu ASAS terlebih dahulu. Walaupun kita dah ada anak lebih dari seorang tak bermakna kita dah berjaya sebab setiap anak tak sama. Sebab itu penting kita sama-sama belajar dan perbaiki diri sepanjang masa agar anak-anak membesar dalam persekitaran yang lebih positif.
Seperti perkongsian Puan Wawa Shauqi, ada 4 gaya parenting memberi kesan pada masa depan anak jika tak diperbetulkan dari awal.
“Jangan manja-manja sangat anak ni. Kena jadi garang sikit. Kalau tak, besar esok jadi besar kepala.”
Saya angguk. Saya senyum. Ingat saya ni tak garang ke. Ada masa nanti saya mengaum la kak. Kata saya dalam hati.
Akak yang cakap ni, memang sangat terkenal dengan kegarangannya. Tapi saya perhati, bila anak menangis, dia kalah. Segala kehendak anak dia turuti.
Saya tak berniat untuk jugde. Tapi saya tau kes anak sulung beliau yang tak bersekolah dan ugut suruh beli moto.
Ada satu konsep yang saya rasa akak ini tak faham. TEGAS DAN GARANG. Macam sama. Tapi ia 2 perkara yang berbeza. Tegas tak perlu jadi garang. Garang pun, belum tentu mampu bertegas.
Kita ni, nak jadi mak ayah, pilihlah jadi mak ayah yang penyayang. Peluk, cium, cakap baik-baik. TAPI, bila bab agama, adab dan peraturan BERTEGASLAH.
Tak guna kalau kita garang, tapi bab peraturan kita longgarkan. Anak ni dia tau nak test boundary kita. Kalau dia tau mak ayah sejenis kalah dengan tangisan, tangisan itu akan dia guna untuk langkau boundary yang mak ayah tetapkan.
Kalau dia tau mak ayah kalah dengan ugut, maka dia akan gunakan kuasa ugut untuk memanipulasi kita.
Tapi kalau kita berpegang pada konsep LOVE & FIRM, kita peluk ciumlah anak kerap mana sekalipun.
Bila rules kata tak boleh, tetap tak boleh. Lama kelamaan anak tau, boundary takkan boleh dilangkaui. Dan mereka akan usaha hormat dengan peraturan yang ditetapkan.
Cium, peluk, puji, cakap lembut-lembut takkan bukan punca anak besar kepala. Tapi memanjakan dengan memberi segala yang anak mahukan tanpa peraturan dan sempadan, mungkin boleh jadi punca.
Nabi Muhammad contoh terbaik bagaimana kelembutan dia terhadap kanak-kanak tak langsung menggugat kaliber Baginda. Saya pegang nasihat dari Ibu Rose ni. Be a LOVING & FIRM parent.
Jangan kekok untuk peluk cium. Jangan lokek untuk puji. Jangan geli untuk cakap lembut-lembut.
Kita besarkan seorang manusia. Yang penuh dengan sifat kasih sayang. Bukan pembuli atau pembenci. yang kerjanya menghentam dan memaki.
Kasih sayang dan perhatian yang kita bagi, insya Allah melengkapi keperluan mereka untuk rasa selamat, dimiliki dan disayangi.
Moga dengan asbab ni, anak kita tak perlu buat perangai untuk meraih perhatian. Atau tak tersesat dalam dakapan buaya daratan. Hanya kerana laparkan kasih sayang.
Mahupun terjerat dengan ketagihan games gajet dan bahan terlarang, untuk penuhi jiwa yang kosong.
Saya takut nak menghadapi zaman remaja anak-anak saya. Tanyalah mana-mana ibu bapa. Atau flashback diri kita zaman remaja.
Mana-mana kerja gila yang pernah kita buat, banyak jadi waktu usia kita sedang remaja.
Tapi kerisauan saya berkurang bila membaca. Bahawa cabaran menjadi mak ayah seorang remaja boleh dikurangkan dengan mengisi keperluan emosi dan mental mereka pada awal-awal kehidupan anak-anak.
Jadi kawan bila mereka perlu bercerita. Jadi coach bila mereka terbuat silap. Jadi motivator bila mereka perlukan nasihat.
Bukan jadi bos yang memberi arahan. Atau ditaktor dalam meletakkan peraturan.Saya bukan ibu sempurna. Anak saya pun bukan baik mana. Tapi saya sedar cabaran membesarkan anak tidak semudah dengan hanya buat andaian sendiri. Saya yakin, dengan ilmu, kita dapat kurangkan diri dari buat silap yang kita akan sesali.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu mana yang tak sayangkn anak kan, kalau marah tu tandanya sayang. Baru-baru ni, muncul semula video Nabila Huda marah anak perempuannya iaitu Keisha Laila yang pernah di post pada tahun 2021. Siapa yang pernah tengok, mesti tahu betapa sedihnya bila kena marah macam tu. Kalau min yang kena marah macam dalam video tu, makan dalam sampai menangis tak berlagu la ya. Tapi syukur sebab Nabila Huda ‘prank’ untuk hadiah hari lahir je!
“Benda simple macam ni pun tak boleh buat tau. Mesti nak kena bagi mummy marah. Awak tak fokus eh? Setiap kali semua benda mesti awak tak tahu nak buat apa. Mesti awak akan lembab. Why? Suka buat saya marah-marah tahu tak. Cuba buka ni fokus, saya buka sekejap ja.”
Sebenarnya Nabila berhasrat untuk hadiahkan buah hatinya ‘iPad Pro’ sebab itu keinginan Keisha dari dulu lagi.
Apa yang menjadi perhatian netizen adalah cara Keisha yang masih hormat Ibunya tidak menjawab, tunduk saja ke bawah. Biasanya kalau umur-umur macamni anak dah pandai dah menjawab tapi lain pula dengan Keisha Laila. Ada juga yang sebak lihat hubungan dua beranak yang rapat dan mesra ini apabila Keisha terharu menangis peluk ibunya selepas dihadiahkan Ipad. Keakraban antara ibu dan anak ini diakui semua.
Sebelum ini, anak kepada penyanyi rock Malaysia, Amy Search ini berhasrat untuk memiliki lagi cahaya mata. Min dan peminat sentiasa mendoakan agar doa Nabila dimakbulkan dan dikurniakan zuriat.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apakah Maksud Ummu Shibyan. Ummu bermaksud ibu dan sihbyan bermaksud budak-budak. Dalam kitab dipanggil syaitan daripada jin kafir. Pekerjaanya adalah menganggu budak-budak bawah umur 2 tahun pada waktu maghrib. Pada waktu maghrib dia akan duduk di hujung syiling rumah.
Apa yang perlu dilakukan untuk elak gangguan syaitan?
10 minit sebelum maghrib ibu bapa perlu menutup pintu, tingkap rumah. Ummu shibyan akan masuk melalui pintu dan tingkap, dalam hadis nabi “Ummu Shibyan”, menceritrakan cara berjalannya seperti cicak, kepala kecil dan matanya besar. Dia akan menjelir kearah bayi dan bayi akan menagis tanpa henti.
Apakah punca anak diganggu syaitan?
Anak menangis tanpa henti dan bila kita alihkan pandangan mata dia, atau pusingkan kepalanya, dia tetap menangis dan matanya tetap melihat keatas iaitu tempat yang sama. Dia sebenarnya sedang melihat Ummu Shibyan
Apa yang perlu dilakukan jika anak menangis tanpa henti?
Pesanan buat Ibu Bapa Yang Ada Anak Kecil
Satu kita kena tahu, bebudak kecik ni hijab mereka masih terbuka di mana dorang ni boleh nampak makhluk halus.. Biasanya hijab akan tertutup dengan sendirinya bila anak itu berusia 4 tahun. Kalau tetiba anak tu nampak macam pelik. Merenung satu tempat dalam rumah contohnya atau tetiba menjerit menangis tanpa sebab, jangan panik. Tutup mata anak dan bawak jauh dari tempat tu.
Ambil air, bacakan Al-Fatihah 11x, Ayatul Kursi 11x dan Selawat Nabi 11x. Gunakan air tu untuk ambilkan wudhu kat anak. Peluk anak kuat-kuat lepas tu boleh baca Surah Al-Baqarah. Kalau tak pandai baca, buka la youtube ke. Biar bacaan surah sampai habis, Iblis dan Syaitan ataupun jin yang jahat tidak akan ada di dalam rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.
Tapi sekali baca, ianya hanya mampu bertahan selama 3-4 hari je pastu kena ulang semula ye. Semoga anak-anak kita terlindung daripada gangguan Iblis dan Syaitan! Syaitan dan Iblis memang suka mengacau bebudak kecik terutamanya bayi sebab mereka benci dengan kelahiran khalifah baru ke dunia.
BACA AYAT KURSI DAN BAGITAHU “WAHAI UMMU SIBYAH, JANGAN GANGU RUMAH AKU, KELUAR DARI RUMAH INI”. DIA AKAN KELUAR.
Fitrah manusia takut dengan benda yang menggerunkan. Walaupun bayi tidak kenal atau tidak tahu apa itu syaitan, tapi syaitan menunjukkan rupanya yang menggerunkan, jadi bayi akan berada dalam keadaan takut.
Impian Kecil, Semangat BesarDi zaman moden yang dipenuhi cabaran dan pengaruh digital, mencari jalan terbaik untuk membina potensi anak bukanlah mudah. Namun, kisah sekumpulan...