Risiko Jangkitan Coronavirus Terhadap Kanak-kanak, Doktor Saran Amal Langkah Pencegahan Elak Dijangkiti

Share

Penularan wabak Novel Coronavirus yang bermula dari sebuah daerah di Wuhan, China kini semakin merebak ke seluruh dunia. Sebanyak 6064 kes yang dikenalpasti seluruh dunia, dengan jumlah kematian sebanyak 132 di China sahaja, pada jam 3:51petang Jan 29, 2020. Dan setiap hari semakin banyak kes-kes melibatkan virus ini dicatatkan di seluruh China dan juga seluruh dunia.

Setakat ini jumlah akibat koronavirus telah melonjak kepada 8 orang di Malaysia. Tiada kes kematian buat setakat ini. Status terkini, pesakit telah dikuarantinkan dan maklumat lanjut boleh rujuk dari website MOH.

Status kes-kes untuk globally, boleh rujuk pada website ini :
https://infographics.channelnewsasia.com/wuhan/gmap.html

Menurut Dato’ Dr Chen Tse Peng, Nephrologists & amp; Physician, Gleneagles Penang Hospital, tahap kritikal di Malaysia masih boleh dikatakan pada first stage atau first wave. Ini kerana ia hanya berpunca dari pesakit yang mempunyai baru pulang dari Wuhan, China atau daerah yang berdekatan dengannya. Kini, paling baru kes sudah menjadi 8 orang. Kes terbaru di Langkawi. Jadi saranan Dr Chen juga supaya orang ramai tidak ke Langkwai buat masa sekarang.

Bagaimana koronavirus boleh menyebabkan kematian?

Kadar mortaliti adalah 15%. Wabak koronovirus boleh menyebabkan kematian melalui masalah Pneumonia atau dikenali sebagai Acute Respitory distress Syndrome (ARDS). Koronavirus ini menjadi lebih serius kerana jika seseorang pesakit itu mempunyai masalah atau komplikasi lain seperti masalah jantung, diabetes, atau sebagainya yang mendorong kearah lebih serius.

Silent Infection

We called it silent infection. Ya, ini kerana sesetangah kes, pesakit masalah coronavirus ini tidak menunjukkan sebarang simptom seperti demam biasa, demam selsema, tetapi sebenarnya virus itu sememangnya telah ada dalam dirinya – kerana sebab-sebab seperti kontak secara langsung, telah dijangkiti oleh keluarga atau rakan sekerja yang baru pulang dari Wuhan, China, mempunyai keluarga atau orang terdekat yang bekerja di hospital yang mengendalikan pesakit coronavirus atau telah dijangkiti melalui penyebaran udara. Segera dapatkan rawatan di hospital sekiranyanya simptom-simptom yang berlarutan dalam lingkungan 14 hari.

Tindakan yang perlu dilakukan untuk mereka yang mempunyai kontak secara langsung dengan pesakit yang positive koronavirus

jika terdapat simptom-simptom seperti yang disebutkan, Dr Chen menyeru untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang dinyatakan dalam guideline Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana individu yang disyaki dijangkiti akan di asingkan agar tidak mendekati orang lain kerana positif atau tidak, mereka perlu diasingkan sementara menunggu keputusan kesihatan mereka.

Langkah-langkah pencegahan yang wajar diamalkan:

  • Tindakan pencegahan awal adalah semestinya dengan pemakaian topeng muka. Mask 3layer (surgical face mask 3ply) Terutamanya bagi yang bekerja di hospital. Mereka adalah orang terdekat yang boleh dijangkiti wabak ini.

  • Jangan travel buat masa ini di negara-negara yang telah mempunyai masalah koronovirus ini, dan juga negara yang berdekatan.

  • Jauhi tempat yang terlalu ramai orang. Jika perlu, pakai topeng muka.

  • Cuba jauhkan diri dengan seseorang yang mengalami demam selsema.

  • Amalkan cara basuh tangan dengan bersih.

  • Sentiasa pantau suhu badan dan kelainan pada diri anda

  • Jaga kebersihan badan dan jauhi kawasan pelancongan.

  • Ambil tahu dan baca tips-tips pencegahan kesihatan seperti ini

  • Dapatkan rawatan lanjut dengan pantas, jangan lengah-lengahkan pemeriksaan kesihatan.

Jelas Dr. Chen lagi walaupun tidak mengalami demam tapi mempunyai simptom seperti batuk dan selesema, individu terbabit wajar melakukan pemeriksaan kerana ia sebagai langkah pencegahan awal sebelum merebak kepada sesuatu masalah atau penyakit lain yang tidak diingini atau sebagai langkah pencegahan. Tambahnya juga kepada yang ingin melakukan ujian koronavirus perlu mendapatkannya di ​​​​​hospital kerajaan sahaja. Rujuk senarai hospital di laman web KKM.

Siapa Yang Berisiko & Langkah Pencegahan Yang Perlu Diambil?

Kanak-kanak dan warga dewasa semuanya berisiko untuk mendapat jangkitan wabak ini tetapi risikonya adalah kurang dikalangan kanak-kanak buat masa ini, ianya bergantung kepada faktor kesihatan pesakit itu sendiri.

Tetapi jangan melewat-lewatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya anda mempunyai tanda-tanda simptom seperti flu atau demam berpanjangan, kesukaran bernafas dan batuk yang akan berpotensi menjurus kepada komplikasi lain yang lebih serius. Jika wabak koronavirus menyerang pesakit yang berumur 50/60tahun ketas yang mempunyai komplikasi jantung, diabetes, hati atau lain-lain, keadaannya boleh menjadi lebih serius.

Penghasilan vaksin untuk menangani wabak koronovirus ini masih dalam kajian. Rujuk info dari KKM.

Extra tips juga untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil :

  • Pakai topeng muka jika mengalami masalah batuk dan selsema.

  • Jauhi haiwan seperti burung dan sebagainya dan juga jangan mengambil segala jenis daging yang tidak dimasak dengan sempurna.

  • Jauhi kawasan yang ramai orang, terutama tempat yang ramai pelancong dan elakkan bersentuhan dengan dengan mana-mana individu yang bergejala.

  • Jauhkan anak anda dengan kanak-kanak lain yang kurang sihat atau sudah menunjukkan tanda-tanda demam flu.

  • Jaga kebersihan diri dan keluarga

  • Gunakan sabun selepas ke tandas. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan

diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau

  • menggunakan hand sanitizer.

  • Pastikan tangan anda bersih setiap masa dan sediakan pakaian dan makanan yang bersih untuk keluarga anda.

  • Tutup mulut ketika batuk dengan tisu atau kain bersih dan pastikan basuh tangan dahulu san gunakan sanitasi sebelum memegang anak atau mula memasak.

  • Dapatkan rawatan segera dan jangan lengah-lengahkan pemeriksaan kesihatan ibu, bapak dan anak-anak.

Published by
SAHR