Enggan mengambil sebarang risiko, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Cinta Lestari yang baru mendirikan rumahtangga pada Disember lalu tidak merancang untuk memiliki cahaya mata lagi.
Menurut Bunga, dia tidak mahu mengambil sebarang risiko memandangkan usianya kini sudah pun menjangkau usia 41 tahun.
“Rasa tidak mahu anak lagi, saya sudah tua. Mungkin berisiko sebab saya sudah lebih 40 tahun.
“Dikala usia 35 hingga 40 tahun sudah mula risiko jika hamil lagi,” kongsinya dalam satu temubual.
Berkongsi kisah kehidupannya selepas kembali bergelar isteri, akui ibu kepada Noah Sinclair ini lagi, hidupnya juga kini berubah selepas kehadiran Tiko.
Jika dahulu Ashraf menjadi peneman hidupnya paling serasi, kini akui Bunga, dia menjalani kehidupan yang berbeza dengan Tiko.
“Saya rasa amat serasi dengan Ashraf. Jadi terfikir terus untuk hidup sendiri. Hampir lapan bulan menangis setiap hari selepas kehilangan dia.
“Kemudian saya cuba buka lembaran baru. Pasti ada perbezaan kerana Tiko bukan Ashraf. Saya jalani hidup baru kerana saya juga sudah berbeza,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Bunga dan Tiko mendirikan rumah tangga pada 2 Disember tahun lalu di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!