Pernah terfikir apa yang berlaku bila kita guna minyak masak berulang kali? Walaupun nampak seperti langkah berjimat, tindakan ini sebenarnya mengundang bahaya besar kepada kesihatan kita.
Kenyataan mengenai bahaya minyak masak terpakai yang diguhakan lebih tiga kali ini dihuraikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad dan Public Health Malaysia ini dengan fakta mengejutkan tentang risiko penggunaan minyak masak terpakai.
Jom kita fahami lebih lanjut untuk elakkan ancaman kesihatan kepada diri dan keluarga!
Apa sebenarnya yang berlaku apabila minyak masak digunakan berulang kali?
Setiap kali minyak dipanaskan, ia melalui proses kimia yang berbahaya: Penguraian Lemak
Lemak dalam minyak mula terurai apabila dipanaskan terlalu lama atau berulang kali, menghasilkan lemak-trans.
Lemak-trans ini sangat berbahaya kerana ia menyumbang kepada kolesterol tinggi dan penyumbatan salur darah (atherosclerosis).
Pembentukan Radikal Bebas
Ads
Suhu tinggi menyebabkan minyak menghasilkan radikal bebas, iaitu molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel-sel badan kita. Radikal bebas ini berkait rapat dengan radang kronik, kanser, dan juga penuaan pramatang.
Aldehid dan Bahan Toksik
Minyak yang digunakan berulang kali juga menghasilkan aldehid, bahan toksik yang merosakkan organ dalaman seperti hati, jantung, dan otak.
Pengambilan bahan ini secara berterusan meningkatkan risiko penyakit seperti Alzheimer, Parkinson, dan kanser.
Warna dan Bau Minyak Berubah
Semakin lama minyak digunakan, warnanya menjadi gelap dan bau tengik muncul.
Ini petanda bahan kimia berbahaya telah terkumpul di dalam minyak tersebut.
Penggunaan Maksimum: 3 Kali Sahaja!
Untuk keselamatan keluarga, elakkan makanan yang dimasak dengan minyak terpakai. Pilihan anda hari ini menentukan kesihatan mereka di masa hadapan.
PASTIKAN ADA PENGESAHAN SIRIM, ELAK HIDAP RISIKO KANSER
Ads
Sebagaimana perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, menjelaskan minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Katanya minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali.
“Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.”
Dia juga memberi nasihat supaya berhati-hati membeli minyak paket yang murah supaya tidak menjejaskan kesihatan. Dia menegaskan bahawa pastikan minyak berkenaan mendapat pengesahan daripada SIRIM.
Ads
“Kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
“Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.”
“Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah,” jelasnya menerusi coretannya di facebook miliknya.
Kesihatan adalah aset paling berharga, dan semuanya bermula dari pilihan kecil kita sehari-hari. Elakkan penggunaan minyak masak berulang kali kerana kesannya bukan saja merosakkan tubuh, malah boleh membawa kepada penyakit serius seperti kanser dan penyakit kronik lain. Sayangi diri dan keluarga, dan jadikan ini peringatan untuk gaya hidup yang lebih sihat. Pilihan anda hari ini adalah penentu masa depan mereka!
Baru memasuki minggu kedua raya, sudah semestinya kuih raya menjadi perhatian. Balang yang kosong harus diganti. Apa kata kali ini anda cuba pula resipi Biscoff Cheese Tart ini. Laju anak makan.
Resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini cukup mudah dan paling penting sedap. Jom cuba!
Bahan Bahan :
Untuk Kulit Tart :
125g mentega tanpa garam
1 biji kuning telur
1 sk esen vanilla
2 sb sapuan biscoff
2 sb serbuk biscoff
1/4 sk garam
1/2 cawan gula aising ( diayak )
2 cawan tepung gandum
Untuk Krim Keju :
500g krim keju
3/4 cawan gula aising
1 sk esen vanilla
2 sb mentega tanpa garam
3 sb telur
Kacau mentega bersama gula aising sehingga sebati. Masukkan pula bahan bahan yang lain dan kacau sebati.
Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan menjadi doh. Simpan doh didalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum digunakan.
Sementara itu, sediakan bahan krim keju. Pukul krim keju bersama gula aising dan esen vanilla sehingga sebati. Masukkan mentega dan juga telur. Kacau rata.
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila doh sudah sedia digunakan , ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan tart.
Ratakan doh dan buang lebihan kulit tart. Ulang proses sehingga selesai.
Bakar kulit tart pada suhu 180• selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
Setelah masak, biarkan kulit tart sejuk seketika sebelum digunakan. Setelah sejuk, letakkan sedikit sapuan biscoff ke dalam kulit tart dan paipkan pula adunan krim keju di atasnya.
Bakar cheese tart selama 5 – 10 minit. Untuk bahagian topping cheese tart pula, cairkan sedikit sapuan biscoff dan tuangkan di atas cheese tart. Taburkan juga serbuk biscoff .
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja ayam goreng pasti anak-anak tak senang duduk. Selagi tak tersedia di atas meja hidangan, selagi itulah anak asyik bertanya kelaparan.
Resipi ayam goreng ala KFC dengan kriuk-kriuk rangup ini pasti buat anak makan berebut. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Hazlina Hassan ini. Memang mantap!
Sis nak hadiahkan resepi ayam goreng ala Kepci pada korang. Sis dapat pun dari kakak sis. Lepas ni boleh la korang cuba. Silap-silap tokey kepci nangis.
Bahan-bahan:
Ayam
Tepung bestari pedas -untuk anak ganti yang biasa
1 cawan tepung
2 cawan air
Lepas basuh ayam bersih-bersih, lumur dengan tepung bestari pedas ye korang. Pakailah sarung tangan plastik. Kalau untuk anak-anak boleh ganti dengan tepung bestari biasa je.
Lepas lumur, rendam dengan bancuhan tepung bestari pedas tu 1 cawan tepung, 2 cawan air. Biar 15 minit okei.
Lepas 15 min korang masukkan dalam tepung lagi. Gaul-gaulkan. Buat sampai dia jadi berkuping tuh haa.
Goreng ayam mesti tenggelam dalam minyak. Api sedang.
Tu rupa dia. Baru angkat. Korang jangan letak tepung banyak sangat sebab nanti tak berapa garing.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak cuba biskut moden yang popular tetapi tidak yakin kerana sedikit menyukarkan. Apa kata kita cuba biskut ringkas yang cukup mudah disediakan.
Resipi Biskut Casablanca ini antara yang boleh dicuba bersama anak-anak. Ia ringkas dan paling mudah disediakan. Paling menarik, gabungan nestum, oat, cornflakes, badam dan bijan buat anak teruja. Jom cuba resipi perkongsian Pn Roz Mika.
Berhajat, boleh cuba resepi di bawah. InshaaAllah ..rasa tak mengecewakan. Casablanca Delight Cookies.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.