Kebanyakan kanak-kanak sekarang mudah terdedah kepada risiko rabun jauh seawal usia dan juling jika ibu bapa gagal mengawal penggunaan gajet dalam tempoh terlalu lama.
Perkara ini bukan main-main tapi benar berlaku. Mungkin sekarang ibu bapa rasa tiada apa-apa tapi seandainya ia berlaku pada anak sendiri, menyesal dah tak guna.
Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Pakar Mata, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah semakin ramai anak-anak datang menerima rawatan sebab mata juling sedangkan sewaktu lahir normal.
Hari ini hari juling di klinik saya.
Beberapa orang pesakit anak-anak datang sebab mata juling, sebab sehari main gadget sampai berjam-jam.
Bila ditanya, Mak tuding jari ke Ayah, Ayah tuding jari ke Mak.
Saya pun nasihatkan dengan baik
1) Anak-anak bawah 7 tahun kalau main gadget LEBIH 2 JAM SEMINGGU boleh tinggi risiko rabun jauh.
2) Apabila mata kabur akibat rabun, ada potensi jadi mata malas, dan jadi juling . Nanti apabila juling, diejek di sekolah dan anak-anak boleh jadi rasa rendah diri.
3) Hadkan penggunaan gadget kepada 2 JAM SEMINGGU untuk anak-anak kurang 7 tahun
4) Tiada gadget untuk anak-anak BAWAH 2 TAHUN
5) Banyakkan anak-anak main di bawah cahaya matahari untuk galakkan penghasilan dopamin dalam bola mata dan elakkan rabun jauh.
6) Kalau nak tengok TV, pastikan jarak adalah 2 METER ATAU LEBIH.
Sekali, Ayah pesakit tanya saya, “Oh, kalau nak hisap rokok 3 meter, anak nak tengok TV, 2 meter.”
Saya terus tepuk dahi.
Saya terus sound,” Hisap rokok kena berhenti terus!”
Hari ini Dr Aisyah jadi GARANG.
Kahkahkahkah .
Baru kau tahu.
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata,
Nak naik juling mata dengar Mak ayah yang kata “nanti anak saya nangis kalau tak bagi gadget “.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rambut Iman Dah Gugur Kesan Kimoterapi. Terus Doakan Iman Kuat Ya Semua
Kehidupan adik Muhammad Iman Al Khausar Bin Ismail sejak menjalani kimoterapi selepas disahkan mengalami kanser saraf tahap 4 mengubah kehidupannya dari seorang kanak-kanak yang ceria dan aktif kini hanya mampu tersenyum saja.
Segala pergerakannnya cukup terhad dan tak boleh selincah seperti anak yang sebaya dengannya. Namun semua itu bukan penghalang untuk Iman terus kuat melalui pelbagai rawatan walaupun sesekali dia seolah tak selesa dan merengek.
Perkembangan terbaru Iman selepas disahkan kanser saraf ini, nampaknya rambutnya dah mulai gugut akibat kimoterapi yang dilakukannya serta benjolan di dahi pun jelas kelihatan.
Tiada apa yang diharapkan oleh seorang ibu melainkan terus berdoa dan Allah dapat angkat segala kesakitan untuk Iman terus membesar dengan sihat serta tabah mengharungi ujian Allah walaupun di usia yang masih kecil.
Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah adik Iman bagaimana dengan hanya terhantuk di kerusi ketika bermain menjadi asbab untuknya diuji dengan kanser saraf tahap 4.
Menurut ibunya, Nursasabila Kamarulzaman, anak sulungnya ini seorang kanak-kanak yang sangat riang dan petah berkata-kata. Namun ketentuan Allah sudah tertulis, Allah uji kami dengan ujian yang langsung tak pernah pun terlintas di fikiran.
ARTIKEL BERKAITAN: [Tolonglah Doakan! Hanya Terhantuk Di Kerusi, Sekelip Mata Hidup Iman Berubah]
“Hanya dengan terhantuk biasa sahaja di kerusi dan bukanlah jatuh di tempat yang tinggi atau terhantuk yang menyebabkan dia luka, segalanya berubah dalam masa dua minggu,” katanya.
Buat X-Ray Tapi Tiada Kecederaan Serius
Nursasabila berkata, selepas Iman jatuh terus bawa ke hospital dan buat X-ray tapi tiada kesan retak atau kecederaan serius.
“Selepas Iman jatuh demam on off dan bawanya ke klinik swasta untuk rawatan dan diberikan antibiotik. Seminggu makan antibiotik, keadaan Iman masih lagi tak baik. Demamnya masih lagi on off,” kongsinya.
CT Scan nampak ada ketumbuhan
Doktor telah buat CT scan dan hasilnya nampak ketumbuhan di depan kepala dan belakang bola mata Iman.
Selepas dapat tahu keputusan inilah, kehidupan Iman dari sehari ke sehari berubah sejak tahun lepas sehinggalah kini.
Namun apa yang pasti, semangat Iman begitu kuat dan seolah-olah faham keadaan dirinya yang sakit.
Walaupun ujian ini sangat besar, selagi Allah bagi Iman ada depan mata, kami akan usahakan sehabis baik untuk dia terus gembira. Sebolehnya kami tak nak dia tahu kesedihan yang semua ahli keluarga rasai dengan kesakitannya itu.
Jika Allah beri pilihan nak sangat lihat Iman kembali sihat dan ceria seperti sebelum ini.
Sumber: Pura Latif & Nursasabila Kamarulzaman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Azrinaz & Anak Perempuan Dijangkiti Respiratory Syncytial Virus (RSV), Hati-hati Bila Demam, Batuk
Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah jangkitan virus yang mudah merebak terutama dalam kalangan kanak-kanak. Azrinaz Mazhar Hakim melalui perkongsian dilaman Instagramnya memaklumkan tentang anak perempuan dan dirinya dijangkiti Respiratory Syncytial Virus (RSV).
Virus itu sering menyerang saluran pernafasan. RSV boleh menjadi serius terutama kepada kanak-kanak berusia setahun ke bawah dan warga emas. Gejala biasanya bermula dalam masa tiga hingga enam hari selepas dijangkiti virus itu dan antara simptomnya termasuk demam, selesema, batuk dan kurang selera makan.
Artikel berkaitan: Jangan Suka-Suka Cium Bayi! Doktor Beri Amaran Kerana Virus RSV Meningkat
Inilah RSV! Berselirat Wayar, Ibu Ini Sedih Kecewa Ada Yang Sentuh & Cium Bayi
Azrinaz & Anak Perempuan Dijangkiti Respiratory Syncytial Virus (RSV)
Dalam perkongsian tersebut, menurut Azrinaz, anaknya Malaykha telah dimasukkan ke hospital pada 27 Feb kerana demam virus RSV. Ujar Azrinaz, dia menjaga anaknya setiap malam bagi memastikan anaknya segera pulih.
Tidak lama selepas Malaykha keluar dari hospital, anak perempuan keduanya Atheera pula jatuh sakit. Bagaimanapun Azrinaz berjaya mengambil langkah berjaga-jaga dan memberi ubat/fisio dan lain-lain rawatan di rumah.
“Seminggu kemudian, saya mula berasa lemah dengan demam panas dan menggigil. Pada mulanya, saya fikir ia hanya demam biasa, tetapi selepas 2 hari demam panas yang berterusan, saya terpaksa mendapatkan rawatan perubatan kecemasan. Doktor mendiagnosis saya mengalami demam virus yang sama seperti dialami anak perempuan saya.
“Demam ini menyebabkan sedikit bengkak di bahagian hati. Saya telah menjalani pelbagai ujian, termasuk ujian darah, x-ray, dan ujian air kencing, dan menjalani ultrasound, ECG, dan ABPI, diambil darah setiap pagi untuk analisis makmal dalam dan luar negara.
“Semasa demam saya bertambah baik, saya mengalami kesakitan yang teruk di sekitar muka kiri saya, disertai dengan migrain dan sakit gigi yang tidak dapat ditanggung. Selepas berunding dengan pakar E&T dan menjalani imbasan CT, didapati bahawa virus itu telah menyebabkan keradangan di sekitar sinus saya dan meninggalkan pengumpulan lendir yang ketara.
“Saya bukan pesakit resdung. Saya kemudiannya diberi antibiotik dan steroid selama seminggu. Walaupun saya telah keluar dari hospital, saya masih perlu berulang alik sebanyak tiga kali sehari ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan.
Atas nasihat doktor, Azrinaz disarankan menjalani pembedahan. Pembedahan tersebut berlangsung selama 5 jam. Kini, Azrinaz sudah pulang ke rumah untuk berehat dengan pemantauan yang ketat.
Berikut perkongsian penuh Azrinaz dilaman Instagramnya:
Hati-hati Bila Demam, Batuk
Fakta Tentang Respiratory Syncytial Virus (RSV):
Doktor mungkin mengesyaki jangkitan RSV berdasarkan ujian fizikal serta tempoh masa jangkitan berlaku.
Semasa peperiksaan, doktor boleh mendengar bunyi paru-paru dengan stetoskop untuk memeriksa bunyi berdehit atau bunyi yang tidak normal.
Doktor anda juga boleh menggunakan kaedah:
*Pemantauan kulit tanpa rasa sakit (pulse oximetry) untuk memeriksa sama ada tahap oksigen yang terdapat di dalam aliran darah adalah lebih rendah daripada biasa
*Ujian darah untuk memeriksa bilangan sel putih atau untuk mencari kehadiran virus, bakteria atau organisma lain
*X-ray pada bahagian dada untuk memeriksa radang paru-paru
*Ujian makmal bagi cecair rembesan pernafasan dari hidung anda untuk mengenal pasti virus
Bagaimana masalah pernafasan ini akan dirawat?
*Rawatan untuk jangkitan ini secara amnya melibatkan langkah penjagaan diri untuk menjadikan anak anda lebih selesa (penjagaan sokongan).
*Tetapi dalam kes yang teruk, penjagaan hospital mungkin diperlukan.
Penjagaan sokongan
*Doktor anda boleh mencadangkan ubat yang boleh dibeli di farmasi seperti acetaminophen (Tylenol dan yang lain) untuk mengurangkan demam.
*Doktor juga boleh menetapkan antibiotik jika terdapat komplikasi bakteria, seperti radang paru-paru bakteria.
*Berikan banyak cecair dan perhatikan tanda-tanda dehidrasi, seperti mulut kering, kurang pengeluaran urin, mata ke dalam atau mengantuk.
Penjagaan hospital
*Penjagaan di hospital untuk jangkitan RSV dalam kes-kes yang teruk mungkin diperlukan untuk memberikan cecair intravena (IV) dan oksigen yang lembap.
*Bayi dan kanak-kanak yang dirawat di hospital juga boleh disambungkan kepada pengudaraan mekanikal – mesin pernafasan – untuk memudahkan pernafasan.
*Dalam beberapa kes yang teruk, bronkodilator nebulized seperti albuterol (ProAir HFA, Proventil-HFA, Ventolin HFA) boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ubat ini membuka laluan udara di dalam paru-paru.
*Adakalanya, nebulized dalam bentuk ribavirin (Virazole), yang merupakan agen antivirus, boleh digunakan.
*Doktor anda juga boleh mengesyorkan suntikan epinefrin atau bentuk epinefrin yang boleh disedut melalui nebulizer (racemic epinephrine) untuk melegakan gejala jangkitan pernafasan RSV.
Untuk info, Azrinaz pernah bernikah dengan Sultan Brunie, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Wad’daulah pada 2005, namun bercerai lima tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup, baginda Sultan dan Azrinaz dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Abdul Wakeel dan Putri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Azrinaz kemudian mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan pilihan hatinya iaitu Fairos Khan Abdul Hamid pada Mei 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha, dan Atheera Madinah.
Sumber: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim dan Hellodoktor
Baca lagi: Ada Anak Kecil Atau Bayi Pramatang, Jaga-Jaga Dengan Jangkitan RSV. Bahaya, Susah Bernafas!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Tolak ‘Direct Feed’ Masuk Usia 3 Bulan Bukan Sebab Tak Nak Susu Ibu, Ini Jawapanya!
“Aduh, kenapa pulak anak tak nak menyusu” Memang risau memikirkan perkara ni kan? Lebih-lebih lagi masa dalam pantang si kecil elok je menyusu susu badan. Bila jadi macam ni tentu sekali mama rasa sedih! Opss, jangan sedih-sedih. Mama kena kekal tenang supaya penyusuan susu ibu dapat diteruskan. Gali dahulu puncanya!
Anak TIBA-TIBA enggan direct feed pada 3 bulan? Ini jawapan dari bidang tangisan bayi.
Ia BUKAN tanda anak mahu berhenti penyusuan ibu.
Ia BUKAN tanda anak nak beralih ke minum dari botol.
Buat anak yang minum susu formula atau dari botol, TIBA-TIBA kurang menyusu dan nampak marah-marah bila cuba disusukan dalam keadaan sedar?
Ia BUKAN semestinya tanda anak sakit.
Ia BUKAN semestinya tanda anak nak tukar susu.
Anak cuma bergelut nak faham dunia bila deria sensasinya semakin canggih! Ibu jangan sampai biarkan rasa susah hati ibu dan rasa risau ibu membuat ibu ‘TOLONG FIKIRKAN’ bagi pihak anak kununnya anak dah tak mahu direct feed atau sudah mahu berhenti penyusuan ibu!
Anak berperangai sukar secara on-off disepanjang waktu membesar ini tanda NORMAL DAN SIHAT. BUKAN SELERA MAKAN anak saja yang kadang-kala berubah atau terjejas di sepanjang waktu membesar. Malah kualiti tidur serta ragam tangisan anak juga AKAN ADA NAIK DAN TURUNNYA.
Dunia ini terlalu canggih buat anak. Dunia ini terlalu asing buat anak.
Usah tambah kesukaran anak dengan sikap gabra, paksa- memaksa, resah, marah-marah dan sedih berlebihan ibubapa.
Satu nasihat terbaik pernah saya terima satu masa dulu dan kini saya panjangkan pula kepada ibubapa lain:
KEMAHIRAN PALING PENTING YANG IBUBAPA PERLU MILIKI IALAH BERTENANG. Bila ibubapa ada sikap tenang, ibubapa dapat berfikir dengan lebih rasional malah lebih hebat mengawal situasi. Anak-anak kecil mahukan ibubapa yang boleh diharapkan dan ia mustahil dapat diberikan oleh ibubapa yang sering resah gelisah.
Kredit: Baby Language
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI