Kebanyakan kanak-kanak sekarang mudah terdedah kepada risiko rabun jauh seawal usia dan juling jika ibu bapa gagal mengawal penggunaan gajet dalam tempoh terlalu lama.

Perkara ini bukan main-main tapi benar berlaku. Mungkin sekarang ibu bapa rasa tiada apa-apa tapi seandainya ia berlaku pada anak sendiri, menyesal dah tak guna.

Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Pakar Mata, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah semakin ramai anak-anak datang menerima rawatan sebab mata juling sedangkan sewaktu lahir normal.

Hari ini hari juling di klinik saya.

Beberapa orang pesakit anak-anak datang sebab mata juling, sebab sehari main gadget sampai berjam-jam.

Bila ditanya, Mak tuding jari ke Ayah, Ayah tuding jari ke Mak.

Saya pun nasihatkan dengan baik

1) Anak-anak bawah 7 tahun kalau main gadget LEBIH 2 JAM SEMINGGU boleh tinggi risiko rabun jauh.

2) Apabila mata kabur akibat rabun, ada potensi jadi mata malas, dan jadi juling . Nanti apabila juling, diejek di sekolah dan anak-anak boleh jadi rasa rendah diri.

3) Hadkan penggunaan gadget kepada 2 JAM SEMINGGU untuk anak-anak kurang 7 tahun

4) Tiada gadget untuk anak-anak BAWAH 2 TAHUN

5) Banyakkan anak-anak main di bawah cahaya matahari untuk galakkan penghasilan dopamin dalam bola mata dan elakkan rabun jauh.

6) Kalau nak tengok TV, pastikan jarak adalah 2 METER ATAU LEBIH.

Sekali, Ayah pesakit tanya saya, “Oh, kalau nak hisap rokok 3 meter, anak nak tengok TV, 2 meter.”

Saya terus tepuk dahi.

Saya terus sound,” Hisap rokok kena berhenti terus!”

Hari ini Dr Aisyah jadi GARANG.

Kahkahkahkah .

Baru kau tahu.

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata, 
Nak naik juling mata dengar Mak ayah yang kata “nanti anak saya nangis kalau tak bagi gadget “.

 

 

 

Tinggalkan Komen