Kebanyakan kanak-kanak sekarang mudah terdedah kepada risiko rabun jauh seawal usia dan juling jika ibu bapa gagal mengawal penggunaan gajet dalam tempoh terlalu lama.
Perkara ini bukan main-main tapi benar berlaku. Mungkin sekarang ibu bapa rasa tiada apa-apa tapi seandainya ia berlaku pada anak sendiri, menyesal dah tak guna.
Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Pakar Mata, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah semakin ramai anak-anak datang menerima rawatan sebab mata juling sedangkan sewaktu lahir normal.
Hari ini hari juling di klinik saya.
Beberapa orang pesakit anak-anak datang sebab mata juling, sebab sehari main gadget sampai berjam-jam.
Bila ditanya, Mak tuding jari ke Ayah, Ayah tuding jari ke Mak.
Saya pun nasihatkan dengan baik
1) Anak-anak bawah 7 tahun kalau main gadget LEBIH 2 JAM SEMINGGU boleh tinggi risiko rabun jauh.
2) Apabila mata kabur akibat rabun, ada potensi jadi mata malas, dan jadi juling . Nanti apabila juling, diejek di sekolah dan anak-anak boleh jadi rasa rendah diri.
3) Hadkan penggunaan gadget kepada 2 JAM SEMINGGU untuk anak-anak kurang 7 tahun
4) Tiada gadget untuk anak-anak BAWAH 2 TAHUN
5) Banyakkan anak-anak main di bawah cahaya matahari untuk galakkan penghasilan dopamin dalam bola mata dan elakkan rabun jauh.
6) Kalau nak tengok TV, pastikan jarak adalah 2 METER ATAU LEBIH.
Sekali, Ayah pesakit tanya saya, “Oh, kalau nak hisap rokok 3 meter, anak nak tengok TV, 2 meter.”
Saya terus tepuk dahi.
Saya terus sound,” Hisap rokok kena berhenti terus!”
Hari ini Dr Aisyah jadi GARANG.
Kahkahkahkah .
Baru kau tahu.
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata,
Nak naik juling mata dengar Mak ayah yang kata “nanti anak saya nangis kalau tak bagi gadget “.