Menu roti semuanya suka. Cuma pengolahan resipi yang berbeza akan menarik anak-anak untuk menikmatinya. Bagi yang ingin cuba buat Risoles Ayam Carbonara, resipi ini cukup senang.

Jika mama dah biasa buat popia carbonara sebelum ini, intinya lebih kurang sama cuma beza menggunaka roti dan serbuk roti. Sesuai sangat untuk dibuat frozen dan bila anak-anak nak makan, boleh goreng terus.

Risoles Ayam Carbonara Guna Roti Biasa. Ranggup Di Luar, Creamy Di Dalam

Bagi anak yang dah bersekolah, boleh bawa bekal ke sekolah. Sesuai untuk dijadikan hidangan sarapan pagi dan minum petang. Bukan itu je, menu ni pun sesuai untuk dihidangkan semasa jamuan atau nak bawa pergi berkelah ke mana-mana selepas ini.

Berikut resipi yang dikongsikan oleh Syafaf Salim dan bolehlah anda cuba!

Risoles Ayam Carbonara Guna Roti Biasa. Ranggup Di Luar, Creamy Di Dalam

Ads

RISOLES AYAM CARBONARA:

Untuk Inti

– Isi ayam dipotong dadu
– Kentang dipotong dadu
*ayam dan kentang saya rebus dulu
– Sayur campur (saya cuma guna carrot dan jagung saja)
– Bawang besar/holland didadu
– Bawang putih dicincang
– ButterRisoles Ayam Carbonara Guna Roti Biasa. Ranggup Di Luar, Creamy Di Dalam– Susu full cream (saya bancuh susu fernleaf jerk)
– Lada hitam
– Lada sulah
– Garam
– Air bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan kuah)

Cara-caranya:-

Ads

Cairkan butter, tumis bawang besar sampai layu, masuk bawang putih, dah naik bau masukkan ayam, kentang dan sayur campur. Gaul-gaul rata taburkan lada hitam, lada sulah dan perasakan dengan garam.

Masukkan susu, gaul-gaul rata dan last sekali masuk air bancuhan tepung jagung. Siap dan sejukkan.

Risoles Ayam Carbonara Guna Roti Biasa. Ranggup Di Luar, Creamy Di Dalam

Ads

Untuk roti, saya gunting tepi-tepinya dan lenyekkan guna gelas. Lepas tu tepinya saya tekan dengan garfu.

Risoles Ayam Carbonara Guna Roti Biasa. Ranggup Di Luar, Creamy Di Dalam

Panaskan minyak, api sederhana. Dah panas celupkan roti tadi dalam telur dan salutkan dengan breadcrumbs dan goreng sampai keperangan. Siap untuk dihidang.

Kredit Resipi: Syafaf Salim

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI