Umum mengetahui kisah pergolakan pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil yang tidak berkesudahan. Lama berdiam diri, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya bila mana dia dipersalah malah menghasut anaknya untuk berjumpa bapa mereka.
Tambah Rita menerusi satu temubual, dia benar-benar kecewa malah tiada siapa yang mengetahui kepayahannya membesarkan dua anaknya, Rayyan dan Arjuna.
Bahkan kata Rita lagi, jauh sekali dia menghasut dua anak lelakinya itu untuk membenci bapanya.
“Yang korang nak sedih dan kesian tu, aku yang berpeluh-peluh bela anak daripada kecik korang kesian tak?
“Yang di sana sebut sikit nama terus kesian,” luahnya kecewa.
Dalam satu temubual kata Rita, dia paling terkesan bila mana anak pertamanya dituduh bukan anak kandung kepada bekas suaminya, Aidil.
“Satu benda yang saya akan ingat apabila anak pertama saya dikatakan bukan anak dia. Okay baik, anak orang lain. Jadi jangan tengok anak aku. Aku tak akan bagi dia dekat,” luahnya kecewa.
Tambahnya lagi, anak pertamanya iaitu Rayyan sendiri yang sudah tidak mahu berjumpa dengan bapa mereka dek kerana terlalu lama tidak bertemu.
“Tiada masa saya nak hasut anak-anak. Anak saya dah besar dan saya tanya Rayyan kalau tiba-tiba dia (Aidil) nak jumpa, Rayyan kata tak nak jumpa.
“Saya tak boleh nak paksa, korang jangan menilai orang dari segi luaran. Buka mata hati, kena scan betul-betul,” jelasnya.
Terdahulu, Rita dan Aidil mendirikan rumahtangga pada 2008 namun berpisah pada tahun 2013. Mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan, 15 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.