Rizky Pejuang Covid! Hari Pertama Lahir Positif, Syukur Selepas 8 Hari Ibu Dapat Peluk

Share

Penantian dan doa yang tak putus seorang ibu untuk memeluk dan menyusukan bayi akhirnya dimakbulkan juga oleh Allah selepas 8 hari berpisah. Ini kerana, ibu disahkan positif Covid dan selepas swab test dilakukan pada bayi, turut juga positif.

Pengalaman yang dilalui oleh Puan Nur Ellyana ini benar-benar memberi trauma pada dirinya ketika di awal minggu pertama kelahiran. Tapi keadaan ini tiada siapa pun nak ia berlaku. Semua ini diluar jangkaan.

ARTIKEL BERKAITAN [Rasa Nak Demam, Sakit Tekak Masa Kontraksi Rupanya Positif Covid. Doakan Rizky Kuat!]

Menurut ibu tiga anak yang berkongsi pengalamannya kepada Pa&Ma sebelum ini, keputusan swab test dan tahu diri positif Covid hanya diketahui selepas melahirkan bayi. Semasa tengah sakit kontraksi itu memang ada rasa nak demam dan sakit tekak.

Selepas dinasihati oleh jururawat untuk melakukan swab test ternyata keputusan itu sungguh tak sangka. Mujurlah ketika bertarung nyawa melahirkan bayi semuanya dipermudahkan dan bayi juga lahir dengan selamat.

Hari ke-8, barulah Rizky bebas Covid

Cuma tak sempat lama dengan bayi, doktor terus meletakkannya di bawah pemantauan NICU Sungai Buloh sehinggalah hari ke-8. Pada hari ke-8 barulah dapat tengok Mohamad Nur Rizky Zhafwan dan doktor mengesahkan bayi dah bebas Covid dan sihat sepenuhnya.

Pada 31 Julai barulah Rizky dibenarkan balik ke rumah. Tapi dalam keadaan ini seolah-olah masih rasa trauma dan berjaga-jaga sepanjang masa. Sebolehnya tak mahu lagi berlaku kejadian sama selepas ini.

Syukur juga pada Allah, Rizky dah tak perlu lagi datang untuk buat follow up kerana keputusan pemeriksaan kesihatan semua ok. Cuma hanya ke klinik kesihatan untuk rutin pemeriksaan bulanan sahaja.

Kongsi Nur Ellyana lagi, dia juga bersyukur sepanjang 8 hari Rizky tak menyusu badan, selepas dapat pulang ke rumah, penerimaan dengan susu badan sangat baik sekali. Alhamdulillah dia begitu seronok dapat menyusu badan dan mungkin juga rindu bau ibunya.

Apa pun saya nak berterima kasih juga pada semua yang mendoakan Rizky sejak dari posting saya yang viral baru-baru ini. Mungkin berkat doa orang ramai, Allah beri kekuatan padanya.

Kredit: Nur Ellyana

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy