Betapa bahagia dan gembiranya setiap pasangan apabila dimaklumkan tentang kehamilan yang pertama. Tambahan pula sudah menunggu agak lama untuk mempunyai zuriat sendiri.
Pelakon Jehan Miskin berkongsi berita gembira tentang kehamilan isteri tercinta setelah lapan tahun menjalani kehidupan berumah tangga bersama. Berita tersebut dikongsi Jehan sendiri menerusi akaun instagramnya.
Dengan kapsyen bertanda pagar ‘new adventures’ Jehan memuat naik sekeping foto dia dan isteri, Julie Camelia Rhee memegang gambar imbasan bayi.
Daripada kapsyen yang lain juga ternyata pasangan ini begitu gembiran atas kurniaan rezeki zuriat pertama tersebut. Menurut Jehan lagi, isterinya itu bakal melahirkan anak pertama mereka pada tahun hadapan.
Dalam ruangan komen, rakan industri dan juga para pengikut turut mengucapkan tahniah buat pasangan ini.
IKLAN
Untuk rekod, Jehan dan isterinya, Julie telah berkahwin sekitar Mei 2013. Julie merupakan warganegara Korea Selatan dan kini sedang menetap di Kuala Lumpur.
IKLAN
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini, semoga Julie seronok dan teruja untuk melalui proses kehamilan yang indah ini dan semoga semuanya dipermudahkan buat mereka berdua!
Jangan lupa saksikan Episod 5, Journey Bersama JoviaNina pada Rabu 23 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad, 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Hati ayah mana yang tidak terharu saat melihat zuriat sendiri di dalam kandungan. Apa lagi saat melihat anak di dalam perut yang bergerak-gerak aktif. Sebak dan terharu, terasa hampir tidak percaya.
Detik terindah lagi mengharukan ini dilalui oleh pengguna Tik Tok, @naa_eyna yang memuat naik videonya bersama suami ketika melakukan pemeriksaan ultrasound baru-baru ini.
Apa yang menarik perhatian pastinya airmata gembira si ayah yang begitu sebak pertama kali melihat wajah anaknya ketika pemeriksaan itu.
“Assalamualaikum adik ♥️ mummy dengan papa tengok adik ni. Papa adik menangis. Berdekah riuh 1 klinik.
“Papa sebak terus menangis tengok scan baby hari ni,” tulisnya.
Perkongsian video itu sudah semestinya menarik perhatian ramai malah turut terharu dengan situasi itu.
Tambah mengujakan bila mana doktor begitu ‘sporting’ untuk berkongsi dari jarak dekat bayangan wajah anak pasangan ini.
“Zoom muka. Doktor cakap nak bagi bapak dia tengok.
“Terus lagi rasa nak nangis, mommy yang nak nangis terus rasa tak jadi tengok husband terlebih excited macam ni.
“Terima kasih atas nikmat ni Ya Allah. Hampa semua doakan baby sulung kami membesar dengan sihat tau. Doakan baby tak kuat menangis macam papa dia,” tulisnya.
Semoga kelahiran bayi comel pasangan ini dipermudahkan.
Ramai pasangan apabila dah dapat anak sulung, nak tunggu anak kedua ambil masa bertahun-tahun. Sehinggakan dah tak mahu berharap. Jika ada alhamdulillah, tapi sekiranya dapat seorang pun kira bersyukur.
Rezeki anak ni semua rahsia Allah. Hanya dia yang tahu bila waktu sesuai nak bagi pada hamba-Nya. Namun kita janganlah jemu berdoa dan jika ada rezeki, pasti itu masa yang tepat.
Kisah yang dikongsikan kali ini adalah mengenai sepasang suami isteri yang menantikan cahaya mata kedua selama 16 tahun. Seolah seperti tak percaya tapi itulah orang kata rezeki Allah.
Seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Ain menerusi satu video di laman TikTok dia membuat kejutan istimewa terhadap suaminya yang tersayang.
Bermula dengan menghulurkan kotak ‘hadiah istimewa’ kepada suaminya bersempena hari lahir ketika mereka baru sahaja menunaikan solat subuh berjemaah.
Selepas solat subuh sis buat suprise dekat suami. Selamat hari lahir my darling. Hadiah tak ternilai buat abang.
Pada mulanya suami seolah-olah tidak percaya, apabila melihat pregnancy test yang diletakkan di dalam kotak hadiahnya dan bertanyakan kepada isterinya berkali-kali adakah dia benar-benar mengandung atau tidak.
Setelah dijelaskan oleh isteri, reaksi suami agak terkedu dan seolah-olah ingatkan isteri bergurau dan terus tersenyum mendapat perkhabaran itu.
Bercerita lebih lanjut, wanita ini menjelaskan hampir 16 tahun mereka menunggu dan ia merupakan kandungan keduanya.
Penantian hampir 16 tahun, Danial yang kini dah umur 17 tahun akan dapat adik. Alhamdulillah.
Pada masa yang sama, wanita ini juga sempat memberikan pesanan kepada pasangan-pasangan di luar sana supaya tidak berhenti berdoa kepada Allah S.W.T. supaya diberikan rezeki untuk memperoleh cahaya mata.
Makbul atau tidak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa. Doakan semoga sis dan baby sentiasa dilindungi Allah S.W.T. Alhamdulillah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Urine pregnancy test atau UPT ialah satu ujian kehamilan yang boleh dilakukan oleh ibu untuk memeriksa sama ada diri sendiri sebelum disahkan dengan oleh doktor di klinik.
UPT positif dan negatif tentu memberikan kesan emosi kepada si ibu. Sama ada sedang mengharapkan kehamilan atau masih sedang merancang tidak mahu hamil. Dr Zubaidi Haji Ahmad menerangkan bahawa tidak mustahil bagi ibu untuk mendapati ujian UPT positif walau pun hakikatnya dia tidak berbadan dua. Jika merasakan hamil melebihi 6 minggu, ujian imbasan ultrasound adalah terbaik untuk mengesahkannya.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Saya tersenyum bila seorang bakal ibu yang baru saja hamil, tetapi belum bersedia untuk hamil, menelefon saya.
“Doktor saya belum bersedia untuk hamil. Saya masih muda. Masih lagi belajar di universiti. Suami saya tinggal berjauhan. Saya anak yatim. Kami belum bersedia…”
Ya puan. Apa masalahnya?
“Saya sedih doktor. Ujian UPT saya pagi tadi POSITIF. Saya tidak sangka yang saya hamil”
Perbualan kami panjang. Sepatutnya kerunsingan ini dikongsikan bersama suami. Fikir apa yang harus dilakukan. Sama-sama berjumpa doktor. Minta nasihat.
Kerisauan ini bukan patutnya dihadapi sendirian oleh isteri.
Di akhir perbualan, beliau mahu tahu bagaimana menggugurkan kehamilan.
Saya mengucap panjang dalam hati. Tak mahu dia berkecil hati dan mengatakan saya tak empati.
UPT BUKAN PENGESAHAN, HANYA ULTRASOUND YANG BOLEH SAHKAN
“Begini puan. Puan harus berjumpa doktor dulu. Paling baik bersama suami. Bincang dengan suami dan doktor bagaimana nak buat.”
“Yang penting ialah pastikan atau confirmkan kehamilan puan”
“Bolehkah UPT positif tapi saya tidak hamil?”
“Ya ia boleh berjadi. Puan harus buat pemeriksaan ultrasound jika kehamilan puan sudah memasuki 6 minggu.Pemeriksaan UPT hanya ujian saringan. Ia bukan pengesahan. Ia harus dipastikan dengan pemeriksaan ultrasound.”
Banyak pemeriksaan UPT POSITIF tetapi wanita itu tidak hamil. Sementara itu ada pemeriksaan UPT NEGATIF TETAPI wanita itu hamil.
Oleh setiap ujian UPT yang dilakukan sendiri haruslah dirujukkan kepada doktor kerana ada kalanya ujian ini mengelirukan.
Ada beberapa keadaan di mana ujian UPT positif padahal wanita itu tidak hamil.
#1: Pertama, apabila alat ujian UPT telah tamat tempoh atau disimpan di tempat yang panas. Oleh itu sebelum melakukan ujian ini, perhatikan tarikh luputnya. Kadang kala kita simpan alat itu terlalu lama dan terlupa ia telah pun mencapai tarikh luput. Malah ada yang disimpan di tempat yang panas sehingga merosakkannya.
#2: Kedua, keadaan di mana telah mengalami keguguran dan menyangka darah yang keluar itu adalah darah haid. Padahal darah yang keluar adalah darah keguguran. Dalam kes ini ujian UPT mungkin masih menunjukkan tanda positif, tetapi kehamilan telah berakhir.
Saya percaya melakukan ujian UPT selepas beberapa hari, ujian UPT akan bertukar menjadi negatif.
#3: Ketiga, apabila seorang wanita yang sedang dalam rawatan kesuburan dan diberikan suntikan kesuburan. Ramai yang tidak sabar untuk mengetahui sama ada beliau hamil atau tidak selepas beberapa hari bersama suami.
Ujian UPT akan menunjukkan keputusan positif, pada wanita itu tidak hamil.
#4: Keempat, apabila seorang wanita mengalami beberapa penyakit seperti ovarian cyst dan kanser ovari. Tidak semua semua kes ovarian cyst yang menunjukkan ujian UPT positif. Jadi ujian UPT bukanlah saringan untuk ovarian cyst.
Ujian UPT juga mungkin positif bagi wanita yang mengalami kanser ovari yang advanced bila sel-sel kanser telah mereka ke bahagian lain.
Jadi apa yang perlu dilakukan bila ‘mendapati berita gembira apabila ujian UPT yang dilakukan sendiri memberikan keputusan positif’?
BILA SESUAI BUAT UJIAN KEHAMILAN DI RUMAH?
Jika ujian UPT dilakukan terlalu awal, belum cukup (6 minggu), sebaiknya melakukan semula selepas dua minggu kemudian.
Jika ujian itu telah dilakukan selepas 6 minggu, elok buat pemeriksaan doktor bagi melakukan ujian pemeriksaan ultrasound.
Jadi jangan terlalu gembira sebelum pengesahan dilakukan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!