Entahlah versi #RoadToJannah seorang isteri ini kadang kala menyusahkan diri sendiri. Sedangkan Isteri-isteri Rasulullah S.A.W contoh terbaik dalam mencari redha seorang suami.
Untuk cari redha dari seorang suami tidak perlu untuk l isteri itu sanggup ‘menghambakan’ diri siang malam demi memuaskan hati sang ‘raja’.
Ramai yang salah faham dalam konsep taat. Taat kepada suami bukan bermakna kamu kena basuh kaki suami,mandikan dia,buka stokin untuk dia. Taat disini kamu menunaikan hak hak Allah swt.
Contoh. Isteri mahu keluar rumah jumpa kawan kawan atau mahu bermesej dengan kawan kawan lelaki. lalu suami tidak izinkan. Disini taat perlu ada,jika isteri ingkar ia satu dosa.
Secara peribadi,saya tidak mengharapkan layanan seperti tips yang viral itu. Kerana terlalu ingin merajakan suami awak sendiri tidak terurus,tidak ceria,mengadu sakit itu ini dek kerana ingin di lihat dimata suami sebagai awak itu isteri solehah.
Kamu sibuk dengan rumahtangga,sedangkan solat dihujung waktu,aurat tidak terjaga. Bergaul bebas dengan bukan mahram,tergedik gedik buat live.
Saya dah ramai jumpa dan baca dari inbox dan whatsapp. Siang malam tak kira masa uruskan rumahtangga. Pada awalnya ia seronok,rasa nak disanjung suami,rasa nak jadi yang terbaik buat suami.
Akhirnya sampai satu tahap,awak ‘pancit’,emosi awak penat,jiwa awak memberontak,awak depressed. Suami langsung tidak memuji awak,tidak hargai awak,bahkan jika terkurang suami pula herdek awak kata lambat!,pemalas!
Isteri saya minta nasihat. Abang jika sayang ada kekurangan apa apa cakaplah. Bagi tahu lah apa lagi yang perlu sayang buat. Saya kata kepada isteri,jangan buat apa yang awak tidak mampu buat,buatlah apa tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk mencari redha Allah dan Rasul. Jika awak jaga hak Allah dan Rasul,pasti awak akan faham untuk taat kepada suami.
Saya kahwin dengan awak bukan untuk awak siang malam kena puaskan hati saya. Kita kahwin ini nak saling melengkapi,saling mengecapi kebahagiaan. Apa guna saya puas hati sedangkan awak merana diri.
Cukuplah sekadar isteri jaga solat,puasa ramdhan,jaga maruah,taat kepada suami dalam perkara ma’ruf. Inilah #RoadToJannah untuk isteri pilih syurga yang mana mereka kehendak.
Coretan ini mungkin sesuai untuk saya,mungkin tidak untuk orang lain.
Sumber:
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Demi Jalan ke syurga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI