Apabila sesebuah pasangan mendirikan rumah tangga, sudah tentulah akan memasang impian untuk menimang cahaya mata. Anak adalah anugerah terindah yang dapat mengeratkan kasih sayang antara suami isteri dan menjadi penyeri rumah tangga.
Namun bukan semua pasangan mempunyai rezeki untuk terus hamil selepas berkahwin. Ada yang harus menunggu sehingga bertahun-tahun sebelum mempunyai anak sendiri. Tidak kurang juga pasangan yang terpaksa menjalani rawatan kesuburan sebagai ikhtiar untuk hamil.
Menghargai serta ingin terus memberi semangat kepada pasangan yang sedang TTC (Trying to conceive) memberi inspirasi kepada Pa&Ma untuk mengadakan Romantika Hi Tea yang telah di adakan di Metro IVF Setia Walk, Puchong pada 16 Disember yang lalu.
Bertemakan warna merah jambu, sebanyak 20 pasangan suami isteri telah mengikuti acara ini untuk belajar banyak ilmu baru tentang kesuburan serta perancangan keluarga. Panel jemputan istimewa pada hari tersebut adalah Dr Magendra Ramalingam (Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi serta Kesuburan) dan Dr Afida Sohana (Pendaftar Kanan Obstetrik & Ginekologi).
Pelancaran IVF Rahmah Rakyat
Ads
Paling menarik, acara dimulakan dengan pelancaran IVF Rahmah Rakyat yang mensasarkan pasangan B40 yang sedang merancang anak pertama dalam keluarga. YBrs Dr Tee Swi Peng, Pengerusi Metro Healthcare Berhad & Pengasas Metro IVF melalui ucapannya turut melahirkan rasa teruja ketika berkongsi berita gembira mengenai pasangan pertama yang berjaya hamil dengan pakej IVF Rahmah Rakyat.
Bagi melengkapkan acara, turut diadakan majlis perasmian IVF Rahmah Rakyat yang oleh YB Puan Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam & Alam Sekitar Selangor diringi Dr Tee serta disaksikan selebriti Elizabeth Tan dan kesemua peserta Romantika Hi Tea.
Perkongsian Ilmu Kesuburan & Perangan Keluarga
Bagi memberi kesedaran serta ilmu kepada peserta yang hadir, Dr Magendra telah berkongsi tentang proses sebelum menjalani rawatan kesuburan serta persediaan yang perlu dibuat oleh pasangan suami isteri sebelum berjumpa pakar untuk mendapatkan konsultasi.
Ads
Melalui perkongsian beliaun, Dr Magendra juga menasihatkan supaya para suami dan isteri untuk mengamalkan pemakanan seimbang serta banyakkan menjalani gaya hidup yang sihat. Beliau turut menegaskan buat suami yang merokok atau vaping untuk meninggalkan tabiat itu sebagai salah satu langkah persediaan untuk menjalani rawatan kesuburan.
Dr Afida pula banyak menyentuh tentang prosedur untuk rawatan kesuburan. Beliau berkongsi beberapa jenis rawatan kesuburan yang boleh dicuba oleh pasangan suami isteri mengikut kes serta kesesuaian mereka.
Games Menarik, Tambah Meriah!
Ads
Bagi memeriahkan suasana pada hari tersebut, turut diadakan sesi games bersama para peserta. Selain game ‘Siapa Cepat, Dia Dapat’ yang memerlukan para peserta menyediakan barangan yang diminta oleh hos, turut diadakan ‘Serasi Ke Idok?’.
Pasangan suami isteri yang menyertai game ini perlu menjawab beberapa soalan berkaitan pasangan mereka dan yang paling banyak menjawab soalan dengan betul dipilih sebagai pemenang. Acara telah diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para peserta.
Semua pasangan bergembira dan teruja dengan acara yang diadakan kali ini. Seronok melihat kesemua pasangan terus positif untuk berusaha mendapatkan cahaya mata.
Ada rezeki, kami akan terus anjurkan pelbagai acara menarik buat semua follower yang banyak memberi sokongan kepada Pa&Ma!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekian lama menanti, akhirnya pasangan selebriti media sosial, Duriankimchi, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim dapat kembali pulang ke kampung halaman Maryam di Korea.
Menerusi Instagramnya, dan Maryam mahupun Ryzal turut berkongsi cerita balik kampung mereka yang dipenuhi dengan aktiviti bermain salji.
Ia pastinya satu perjalanan paling menarik buat anak pasangan ini, Nik You Rina yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Korea itu.
Setelah pulang ke negara ini ketika musim pandemik yang melanda dunia, inilah pertama kali keduanya dapat pulang ke Korea. Begitu juga dengan Rina yang baru berkesempatan balik kampung di usianya baru setahun dua bulan.
Apa yang menarik perhatian pastinya gelagat Rina yang baru berkesempatan bermain salji.
Jelas Rina yang baru ‘dapat kaki’ berjalan itu nampak cukup aktif dan riang bermain dengan salji dan berjalan-jalan bersama neneknya.
Apa lagi ketika di agah bapanya dengan salji. Nampak cukup gembira Rina bersama ibu dan ayahnya.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini serta pengikut setia Rina turut teruja melihat aksi comel Rina bermain salji apa lagi aksi balik kampungnya yang hanya bermain salji di sebelah rumah. Memang comel.
Bagi yang mengikuti media sosial selebriti, Betty Rahmad pasti cukup mengenali keramahan dan kebijaksanaan si comel Adry Wira yang sentiasa menghiburkan ibu dan ayahnya.
Jika sebelum ini Ardy Wira membuat hotel tour ketika bercuti, kali ini anak kecil yang petah ini mengajar ibunya berenang pula.
Petah berkata-kata malah lagak gayanya seperti seorang jurulatih renang yang cukup berpengalaman.
“Morning with my personal swimming coach.
“Semua benda eh coach saya explain sampai phone nak letak mana pun dia bagitau lol.
“Tak sia-sia lah his swimming coach @danorniel trained him well,” kongsi Betty menerusi kapsyennya di Instagramnya.
Ardy Wira yang baru berusia empat tahun tujuh bulan itu beraksi lincah mengajar ibunya langkah demi langkah ketika berenang.
Melihat video yang dikongsikan Betty, jelas Ardy Wira yang baru sahaja belajar berenang bersama jurulatih peribadinya mula menunjukkan kepakarannya dan kini sudah mula pandai berenang.
Terdahulu, Betty dan suaminya Ardy Damis berkahwin pada 4 Februari 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang anak, Ardy Wira yang kini berusia empat tahun.
Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2018 yang bertemakan Asas Kepada Kehidupan telah berlangsung sepanjang minggu pertama Ogos 2018 iaitu daripada 1 hingga 7 Ogos 2018 yang lalu. Lantaran itu, Pa&Ma antara pihak yang tidak ketinggalan untuk turut sama terlibat dalam menyatakan sokongan terhadap amalan penyusuan susu ibu ini.
Pa&Ma dengan kerjasama pihak PruBSN dan tiga buah hospital swasta iaitu Hospital Pakar KPJ Selangor dan Hospital Pakar Avisena yang terletak di bandaraya Shah Alam serta Hospital Pakar KPJ Klang telah menjalankan program tanggung jawab sosial korporat dengan mengunjungi wad ibu bersalin dan Klinik Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di samping Klinik Pediatrik pada 2 Ogos 2018.
Menerusi kunjungan ini, pihak Pa&Ma dan PruBSN telah menyampaikan cenderamata iaitu pelapik payudara pakai buang daripada jenama Lunavie dan beberapa hadiah sampingan iaitu tungku bayi dan pes sup bertajaan tajaan daripada Mumdreams.
Dalam pada itu, orang ramai yang berada di ketiga-tiga berkenaan juga sudi bergambar dengan placard #pamasupportbf sebagai menyatakan sokongan masing-masing kepada amalan penyusuan susu ibu.
Sementara itu pada tarikh 8 Ogos 2018, sekali lagi Pa&Ma dan PruBSN bekerjasama dengan Jabatan Obsteterik dan Ginekologi Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan dan Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM) di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultamn Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.
Di majlis ini berlangsungnya pelbagai program yang disusun rapi. Antaranya ialah aktiviti senaman sebagai pembuka majlis, ucapan pembukaan oleh Pengarah Program, Dr Maiza Tusimin, Ketua Jabtaan O&G, UPM, ucapan perasmian oleh Dato’ Hajah Mariam Mas Yaacob iaitu Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), slot daripada Hospital Wanita dan Kanak-kanak Andorra, PruBSN, sembang santai tentang pengalaman beberapa ibu mengenai perjalanan dan cabaran amalan penyususan masing-masing dan ucapan penutup oleh Dr Hajah Fauziah Adnan, Ketua Pusat Kesihatan Kesihatan UPM.
Terdapat juga reruai yang menempatkan pelbagai produk penyusuan susu ibu. Antaranya ialah Lunatots Putrajaya, Mamayazone, ArRaudhah Moms dan banyak lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!