Kesihatan

Romantika Hi Tea Kumpul Pasangan ‘TTC’, Belajar Ilmu Kesuburan & Perancangan Keluarga Bersama Pakar

Share

Apabila sesebuah pasangan mendirikan rumah tangga, sudah tentulah akan memasang impian untuk menimang cahaya mata. Anak adalah anugerah terindah yang dapat mengeratkan kasih sayang antara suami isteri dan menjadi penyeri rumah tangga.

Namun bukan semua pasangan mempunyai rezeki untuk terus hamil selepas berkahwin. Ada yang harus menunggu sehingga bertahun-tahun sebelum mempunyai anak sendiri. Tidak kurang juga pasangan yang terpaksa menjalani rawatan kesuburan sebagai ikhtiar untuk hamil.

Menghargai serta ingin terus memberi semangat kepada pasangan yang sedang TTC (Trying to conceive) memberi inspirasi kepada Pa&Ma untuk mengadakan Romantika Hi Tea yang telah di adakan di Metro IVF Setia Walk, Puchong pada 16 Disember yang lalu.

Bertemakan warna merah jambu, sebanyak 20 pasangan suami isteri telah mengikuti acara ini untuk belajar banyak ilmu baru tentang kesuburan serta perancangan keluarga. Panel jemputan istimewa pada hari tersebut adalah Dr Magendra Ramalingam (Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi serta Kesuburan) dan Dr Afida Sohana (Pendaftar Kanan Obstetrik & Ginekologi).

Antara pasangan suami isteri yang mengikuti Romantika Hi Tea

Pelancaran IVF Rahmah Rakyat 

Paling menarik, acara dimulakan dengan pelancaran IVF Rahmah Rakyat yang mensasarkan pasangan B40 yang sedang merancang anak pertama dalam keluarga. YBrs Dr Tee Swi Peng, Pengerusi Metro Healthcare Berhad & Pengasas Metro IVF melalui ucapannya turut melahirkan rasa teruja ketika berkongsi berita gembira mengenai pasangan pertama yang berjaya hamil dengan pakej IVF Rahmah Rakyat.

YBrs Dr Tee Swi Peng, Pengerusi Metro Healthcare Berhad & Pengasas Metro IVF, berkongsi berita gembira pasangan pertama yang berjaya hamil melalui pakej IVF Rahmah Rakyat

Bagi melengkapkan acara, turut diadakan majlis perasmian IVF Rahmah Rakyat yang oleh YB Puan Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam & Alam Sekitar Selangor diringi Dr Tee serta disaksikan selebriti Elizabeth Tan dan kesemua peserta Romantika Hi Tea.

YB Puan Jamaliah dan Elizabeth Tan dibawa melawat ke makmal Metro IVF

Perkongsian Ilmu Kesuburan & Perangan Keluarga

Bagi memberi kesedaran serta ilmu kepada peserta yang hadir, Dr Magendra telah berkongsi tentang proses sebelum menjalani rawatan kesuburan serta persediaan yang perlu dibuat oleh pasangan suami isteri sebelum berjumpa pakar untuk mendapatkan konsultasi.

Dua panel yang terlibat menyampaikan ilmu kesuburan dan perancangan keluarga – Dr Magendra & Dr Afida

Melalui perkongsian beliaun, Dr Magendra juga menasihatkan supaya para suami dan isteri untuk mengamalkan pemakanan seimbang serta banyakkan menjalani gaya hidup yang sihat. Beliau turut menegaskan buat suami yang merokok atau vaping untuk meninggalkan tabiat itu sebagai salah satu langkah persediaan untuk menjalani rawatan kesuburan.

Dr Magendra dan Dr Afida menyampaikan hadiah kepada peserta bertuah

Dr Afida pula banyak menyentuh tentang prosedur untuk rawatan kesuburan. Beliau berkongsi beberapa jenis rawatan kesuburan yang boleh dicuba oleh pasangan suami isteri mengikut kes serta kesesuaian mereka.

Games Menarik, Tambah Meriah!

Bagi memeriahkan suasana pada hari tersebut, turut diadakan sesi games bersama para peserta. Selain game ‘Siapa Cepat, Dia Dapat’ yang memerlukan para peserta menyediakan barangan yang diminta oleh hos, turut diadakan ‘Serasi Ke Idok?’.

Pasangan yang memenangi game ‘Serasi Ke Idok’?

Pasangan suami isteri yang menyertai game ini perlu menjawab beberapa soalan berkaitan pasangan mereka dan yang paling banyak menjawab soalan dengan betul dipilih sebagai pemenang. Acara telah diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para peserta.

Pasangan yang menyertai Romantika Hi Tea bergambar kenangan bersama Dr Afida dan Head of Business F&P, Pn Wan Erni Liza (kiri)

 

Semua pasangan bergembira dan teruja dengan acara yang diadakan kali ini. Seronok melihat kesemua pasangan terus positif untuk berusaha mendapatkan cahaya mata.

Ada rezeki, kami akan terus anjurkan pelbagai acara menarik buat semua follower yang banyak memberi sokongan kepada Pa&Ma!

Published by
Emy H