Percutian peserta rombongan dari Johor ke Melaka bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka yang juga kanak-kanak perempuan ditemui lemas di sebuah taman tema air di sini pada petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa Puteri Sofea Hanis Dania Jamaluddin berusia lapan tahun tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Alor Gajah.
ARTIKEL MENARIK [Bermain Dengan Kakak Di Anjung Rumah, Bayi 15 Bulan Maut Terjatuh Dalam Banjir]
[“Perut Rasa Kejang..” Tak Tahu Diri Hamil, Wanita Bersalin Dalam Tandas Kapal Terbang]
Menurutnya, mangsa dipercayai lemas ketika bermandi-manda di pinggir kolam berdekatan dengan pulau buatan yang berkedalaman lebih kurang satu meter.
Katanya, mangsa bersama ibunya yang mengikuti rombongan komuniti dari Kampung Sungai Tuan Seh, Tanjung Sedili, Johor tiba di taman tema air itu lebih kurang jam 11 pagi sebelum peserta rombongan melakukan aktiviti riadah.
“Bagaimanapun ketika melakukan aktiviti dalam kolam yang mana setiap 20 minit akan berombak selama 10 minit, kanak-kanak itu dipercayai lemas.
“Petugas taman tema telah melakukan bantuan menyelamat, namun kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya.
Tambah beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Kredit: Sinar Harian
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guna Sekuat Tenaga Selamatkan Anak, Tapi Tidak Sempat Selamatkan Diri. Naya Rivera Akhirnya Ditemui Mati Lemas
Seminggu yang lalu, bekas pelakon siri muzikal Glee, Naya Rivera dilaporkan hilang di Tasik Piru di Selatan California. Menurut laporan media, dia dan anaknya Josey Hollis Dorsey dikatakan bersiar-siar dengan bot yang disewa sebelum anaknya ditemui bersendirian tiga jam kemudian.
Namun semalam, misteri kehilangan pelakon tersebut akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di tasik berkenaan. Naya dipercayai mati lemas dan dikenal pasti berdasarkan pakaian terakhir yang dipakai.
Sherif daerah Ventura Bill Ayub, dalam satu kenyataan berkata, tidak terdapat sebarang unsur jenayah atau bunuh diri setakat ini.
Menurut anaknya yang berumur 4 tahun, dia dan ibunya ada turun berenang namun ibunya tidak timbul-timbul.
Pihak polis percaya, Naya Rivera menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk membawa anak ke bot tetapi tidak cukup kuat untuk menyelamatkan diri sendiri.
Malah, anaknya yang berumur empat tahun pernah memberitahu polis ibunya membantu dia kembali ke bot tetapi sebaik sahaja menoleh ibunya sudah tenggelam.
Kata polis lagi, aktiviti berenang sememangnya dibenarkan di tasik berkenaan tetapi kebiasaannya hanya untuk rekreasi kapal air. Selepas ini, mungkin petisyen akan dibuka untuk melarang aktiviti berenang di tasik yang meragut nyawa itu.
Kronologi kejadian menunjukkan pada jam 1 tengah hari, 8 Julai, Naya Rivera menyewa satu bot di Tasik Piru, yang terletak 60 batu daripada Los Angeles. Tiga jam kemudian, lebih kurang jam 4 petang, sebuah bot yang lain membunyikan penggera selepas melihat seorang budak lelaki sedang tidur bersendirian di atas bot yang hanyut.
Jam 6.30 petang, pihak polis dan keselamatan melakukan proses pencarian untuk memeriksa sekiranya ada mangsa lemas. Pada masa yang sama, polis menemui kereta Naya Rivera di kawasan parking. Seterusnya, jam 10.30 malam, polis mengesahkan pelakon siri muzikal popular Glee tersebut hilang selepas pencarian menggunakan helikopter di kawasan tasik tidak menunjukkan sebarang tanda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Boleh Buat Semuanya Sendiri, Tapi Kalau Suami Bantu Benda Boleh Jadi Perfect!
Di dalam sesebuah perkahwinan, tugas suami bukan sekadar mencari dan memberi nafkah kepada suri hatinya. Sangat penting untuk suami mempunyai sikap toleransi dan memahami agar isteri merasa dihargai. Dengan itu, hubungan antara suami isteri juga lebih harmoni dan kurang bermasalah. Anak-anak pula pembawa rezeki. Kelahiran mereka membawa rahmat kepada sesebuh perkahwinan itu.
Suami yang baik akan sentiasa mencuba untuk memahami isterinya. Biarpun apa yang isterinya buat adalah perkara rutin, belum tentu ia akan menjadi sempurna. Pasti akan ada kekurangannya, walaupun perkara itu dibuat setiap hari. Kadang-kadang terlupa, maklum saja banyak perkara yang perlu difikirkan dalam satu masa. Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini menyentuh hati dan memberi kesedaran buat pasangan berkahwin dan ibu ayah kepada anak-anak.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Selalu Bermanja & Saling Bercinta, Rahsia Kurus Paling Mudah!]
Baru ni masa bawa keluarga bercuti saya tengok seorang suami dekat hotel hempas barang dan marah isterinya dan 3 anaknya. Rupanya isterinya tertinggal barang dekat bilik. Suaminya terus pergi. Menjerit-jerit. Barang bertabur. Anak yang besar dalam umur 10 tahun agaknya menangis peluk maknya. Semua menangis-nangis. Saya pergi dekat situ tolong kutip barang yang bertabur-tabur tu. Eh takper. Takper…kata wanita itu. Ish tak per sikit jer kak..
Eh ebit lew kan…yer saya Puan..Allah sayang sabarlah..
Tak lama suami dia datang nampak saya. Eh ebit lew kan..yer saya abang..
Kenapa abang akak ok. Ok ustaz. Isterinya jawab suami saya kuat marah ustaz dan tak mahu tolong saya. Dia asyik main hp. Lepas tu bila barang tinggal marah-marah. Dia suka marah-marah..
Abang penat kerja yer. Nak berehat-rehatkan. Akak pun sama.Saya nampak muka abang dengan akak sama dan saya tahu saling mencintai dan menyayangi. Pasangan bahagia..Beginilah, kita hidup untuk Allah sayang. Anak saya pun ada yang kecil lagi. Memang penat. Tapi mereka rindukan kasih sayang kita mak ayah.
JANGAN BERGADUH DEPAN MEREKA. JADIKAN BARANG TERTINGGAL, SESAT JALAN, SEBAGAI GELAK TAWA DALAM RUMAHTANGGA. ABANG JANGAN MARAH-MARAH. LEMAH LEMBUT DALAM KELUARGA IALAH TANDA KELUARGA DALAM RAHMAT ALLAH. ORANG YANG TERBAIK IALAH YANG PALING BAIK KEPADA AHLI KELUARGANYA..ITULAH AKHLAK NABI SAW..
Suaminya kata saya ada tengok ustaz berdakwah di jalanan. Boleh saya peluk ustaz. Boleh abang. Saya peluk agak lama dan doakannya. Saya bisik padanya. Abang peluk isteri dan anak-anak abang. Mereka sedih tu. Dia terus peluk isteri dan anaknya. Dia menangis dan minta maaf pada isterinya..
Artikel Menarik: [Tak Ada Hadiah Atau Suprise, Hanya Ingatan Tentang Akhirat. Tanda Suami Sayang Isteri]
Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan..hanya Alllah yang membalasnya segala kebaikan dan pengorbanannya..
Hargailah Isteri
Isteri mengandung 9 bulan..rupanya latihan mengandung seluruh hidupnya..hargailah ibu. Hargailah isteri..
Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Sebab penat urus rumahtangga ini. Perlu pasangan mendengar luahan rasa dan juga perlu belajar doa luah pada Allah waktu seorang diri menangis..Walau saya tahu. Saya takkan pernah dapat membalas kebaikannya dan pengorbanannya sampai bila-bila.
Begitulah selalunya..
Keluhan lelaki. Tunggu awak bersiap saya sempat keluar beli barang balik, awak belum siap lagi. Cepatlah sikit…kalau 15 tahun kahwin. 15 tahun mengeluh.
Bila keluar pampers anak tertinggal. Laa kan abang dah cakap keluar bawa anak kenalah bawa pampers susu dan semua yang lain-lain…
Laaa itu tinggal…ini tinggal…apa awak ingat.
BAGI SETENGAH LELAKI SIAP TU SIAP..BAGI WANITA SIAP TU MAKNANYA MANDIKAN ANAK, BASUH BERAK ANAK DULU, BUAT SUSU ANAK, BAWA BEKAL LAIN ANAK LAIN, SIAPKAN BAJU SUAMI, SIAPKAN BAJU ANAK, BUANG SAMPAH DULU, MATIKAN LAMPU, BAWA PAMPERS, BAJU LEBIH TAKUT ANAK BERAK MUNTAH, KUNCI PINTU RUMAH…
Sepatutnya tolonglah buat semuanya sama-sama. Kalau tak nak tolong pun jangan mengeluh dan jangan sakitkan hati pasangan. Sebaiknya belajarlah buat semua sama-sama dengan kasih sayang dan rendah diri..pimpinlah dengan bersama-sama melakukannya. Tunjukkan contoh terbaik. Pemimpin yang baik tugas yang berat saya buat. Orang lain bantu. Isteri pembantu kita. Tetapi ramai isteri mereka urus semua. Ada yang tak berterima kaseh. Di marahnya pula. Ya Allah..
Belajarlah melihat dengan hati. Sayangilah isteri dan anak-anak. Berlemah lembutlah. Berkasih sayang- Ustaz Ebit Lew.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anugerah Diraja PTSS, Hadiah Istimewa Lok Mee Wan, Anak Pengawal Keselamatan Buat Keluarga
Anugerah Diraja PTSS, hadiah istimewa Lok Mee Wan, anak pengawal keselamatan buat keluarga. Mahu mengubah nasib keluarga menjadi antara pendorong kepada anak pengawal keselamatan, Lok Mee Wan berjaya menerima Anugerah Diraja pada sidang pertama Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Arau, Perlis.
Anugerah Diraja PTSS, Hadiah Istimewa Lok Mee Wan, Anak Pengawal Keselamatan Buat Keluarga
Mee Wan, 22, graduan Diploma Pengurusan Pelancongan yang berasal dari Kamunting, Perak itu turut menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum serta Anugerah Pengarah pada majlis konvokesyen yang dihadiri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Beliau berkata bapanya Lok Tart Chon, 59, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta di Kamunting dan ibunya S. Kanagawaly, 64, menjadi pembakar semangat kepadanya untuk komited belajar bagi mencapai kejayaan.
“Pengajiandalam bidang ini ada enam semester dan semua semester saya dapat keputusan pointer dekan. Saya juga mempunyai tekad sendiri untuk berjaya dalam hidup,” katanya.
Anak kedua daripada dua beradik dan fasih berbahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris itu berkata beliau mempunyai minat dalam bidang pelancongan serta media dan komunikasi dengan menaruh impian untuk bergelar wartawan penyiaran mahupun penyampai berita pada masa depan.
“Walaupun saya belajar dalam bidang pelancongan di PTSS tetapi di PTSS tiada had atau tak menghalang pelajar menceburkan diri dalam bidang lain yang mana saya pernah menjadi Penerbit Berita bagi Kelab Berita Poli TV News di PTSS selama tiga semester,” katanya.
Mee Wan yang kini bekerja sebagai Guest Service Experience, Front Office di sebuah hotel mewah di Langkawi berkata, pencapaian tertinggi beliau dalam bidang media dan komunikasi ialah meraih gelaran juara untuk pertandingan English Newscasting Online menerusi BudiDarma English Festival 2021 (BUDAEFEST) anjuran Universitas Budi Darma di Medan, Indonesia pada 2021.
“Pertandingan ini disertai Malaysia, Indonesia dan Thailand. Saya memang minat menonton berita dan membaca surat khabar sejak kecil lagi. Saya juga mendapat tempat kedua dalam Ikon Siarawan bagi dua tahun berturut-turut pada 2021 dan 2022,” katanya.
Mee Wan yang pada masa ini turut membuat perniagaan kecil-kecilan mengait benang itu berkata, dia optimis dengan keupayaan menguasai kemahiran dalam bidang pelancongan serta media dan komunikasi memberikannya kelebihan untuk mengharungi cabaran masa depan.
Tuanku Syed Faizuddin Putra berangkat ke majlis konvokesyen itu bagi mewakili Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Majlis konvokesyen yang berlangsung sebanyak tiga sidang itu bermula meraikan 1,155 graduan lulusan diploma, asasi dan sijil dalam pelbagai jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang tamat pengajian bagi tahun lepas dan tahun ini.
Sumber: Bernama
Baca artikel lain juga: Jenama Kasut Sekolah ABARO Kekal Dedikasi Ringankan Beban Keluarga B40 & Orang Asli
Tak Ego Mengaku Tumpang Tuah Anak, Patutlah Rezeki Ajak Makin Meriah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI