Rombongan Percutian Berakhir Tragedi. Anak Lemas Di Taman Tema Air

Share

Percutian peserta rombongan dari Johor ke Melaka bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka yang juga kanak-kanak perempuan ditemui lemas di sebuah taman tema air di sini pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa Puteri Sofea Hanis Dania Jamaluddin berusia lapan tahun tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Alor Gajah.

ARTIKEL MENARIK [Bermain Dengan Kakak Di Anjung Rumah, Bayi 15 Bulan Maut Terjatuh Dalam Banjir]

[“Perut Rasa Kejang..” Tak Tahu Diri Hamil, Wanita Bersalin Dalam Tandas Kapal Terbang]

Menurutnya, mangsa dipercayai lemas ketika bermandi-manda di pinggir kolam berdekatan dengan pulau buatan yang berkedalaman lebih kurang satu meter.

Katanya, mangsa bersama ibunya yang mengikuti rombongan komuniti dari Kampung Sungai Tuan Seh, Tanjung Sedili, Johor tiba di taman tema air itu lebih kurang jam 11 pagi sebelum peserta rombongan melakukan aktiviti riadah.

“Bagaimanapun ketika melakukan aktiviti dalam kolam yang mana setiap 20 minit akan berombak selama 10 minit, kanak-kanak itu dipercayai lemas.

“Petugas taman tema telah melakukan bantuan menyelamat, namun kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kredit: Sinar Harian

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy