Romper bayi merupakan pakaian yang sangat mudah dan ringkas untuk bayi. Selain selesa dipakai ia juga membuatkan bayi nampak comel bila memakai romper.
Selain itu proses penukaran lampin juga mudah dilakukan kerana ada butang di bahagian kelangkang untuk memudahkan ia dipakai dan ditanggalkan.
Terdapat banyak pilihan romper bayi di pasaran sampai rambang mata ibu hendak pilih. Selain berfungsi sebagai pakaian, romper juga merupakan ‘trademark’ untuk bayi tampil comel dan selesa.
Jika ibu sedang mencari romper untuk bayi yang bakal lahir atau yang sudah beberapa bulan usianya perlu ambil kiri beberapa kriteria sebagai tip ketika membeli.
- Pilih fabrik yang selesa
Dalam memilih pakaian untuk bayi, ibu perlu beri perhatian kepada fabrik yang digunakan. Ini kerana bayi mudah berpeluh dan kerap mendapat ruam. Jadi fabrik kain kapas yang selesa dapat mengurangkan risiko tersebut.
2. Rekaan yang ringkas dan mudah
Tak perlu terlalu memilih rekaan pakaian yang keterlaluan untuk bayi anda. Si comel hanya memerlukan pakaian romper yang ringkas dan minima coraknya.
Romper dengan rekaan ringkas pastinya berbaloi dibeli kerana dengan jagaan yang baik ia boleh diguna pakai semula untuk anak seterusnya.
3. Utamakan kualiti
Walaupun sekadar sehelai romper tetapi jika memilih yang berkualiti anda pasti tidak pernah menyesal kerana berpuas hati dengan nilai kualiti berbanding beli dalam kuantiti yang banyak tanpa tidak tahan lama.
4. Tidak mengecut bila dicuci
Pastikan romper yang dibeli tidak mengecut apabila dicuci. Romper yang berkualiti sepatutnya menjadi lebih lembut dan cetakan coraknya tidak hilang apabila dicuci. Paling penting saiz baju tidak mengecut menjadi lebih kecil bila dicuci.
Tip Beli Romper Bayi
Jika masih keliru dengan pelbagai pilihan romper di pasaran, apa kat mama dan papa cuba koleksi romper dan lain-lain produk jenama KAYS+KINS untuk si manja.
Ini antara sebabnya kenapa ‘menang membeli alah memakai’ koleksi KAYS+KINS untuk bayi.
- KAYS+KINS ialah jenama pakaian bayi yang menekankan penciptaan produk yang berkekalan, praktikal dan versatile dengan reka bentuk yang tidak ketinggalan zaman.
- Perincian pakaian, bukan sahaja dari diperbuat daripada fabrik organik dan selamat, tetapi juga sangat selesa dipakai kerana KAYS+KINS mementingkan keselesaan bayi.
- Fabrik pakaian KAYS+KINS diperbuat daripada buluh dan kapas organik yang diperakui GOTS, yang dipercayai sebagai gabungan bahan terbaik untuk menghasilkan pakaian bayi yang paling selesa.
- Menyediakan kotak kenang-kenangan untuk ibu bapa mengukir maklumat bayi mereka di atasnya, supaya mereka boleh menyimpan semua barang berharga bayi sama ada gambar ultrasound, mainan, gigi pertama dan banyak lagi.
Ads
Ads
Ads
- Convertible footies growsuit bagi memenuhi keperluan tumbesaran bayi di mana rekaan romper membolehkan ibu ayah memakaikan ‘buil-in footies’ apabila bayi memerlukan perlindungan tambahan daripada kesejukan, tetapi pada masa yang sama, mereka juga boleh menanggalkannya apabila bayi perlu berjalan dan bergerak aktif.
- KAYS+KINS bodysuits mempunyai dua butang di sekeliling garis leher untuk mengelakkan regangan berlebihan. KAYS+KINS meletakkan semua butiran itu ke dalam reka bentuk mereka, bagi mewujudkan persekitaran yang paling selesa untuk bayi.
- Semua pakaian KAYS+KINS termasuk kad ucapan dan hiasan kotak hadiah, dilukis dengan tangan oleh artis. Mereka mengutamakan banyak reka bentuk estetik untuk cetakan, bukan sahaja untuk ketahanan dan kelembutan bahan, tetapi untuk memastikan ia tidak terlalu tegang, kasar atau tidak berbentuk walaupun sudah dicuci banyak kali.
- Pakaian KAYS+KINS menjadi lebih lembut dengan setiap cucian dan direka untuk relevan sepanjang zaman. Semua cetakan pakaian KAYS+KINS dicat dalam rona gaya Scandinavia supaya ibu bapa dapat menurunkan pakaian itu kepada bayi mereka yang seterusnya tanpa mengira jantina apa.
KAYS+KINS baru sahaja melancarkan koleksinya di pasaran Malaysia dan Singapura pada bulan Mac lalu.
Anda boleh membeli secara dalam talian terus di laman web www.kaysandkins.com atau datang terus ke butik Happikiddo jika anda ingin menyentuh dan membelek sendiri koleksi romper mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI