Rotavirus Punca Anak Cirit-Birit Lebih 15 Kali, Muntah 10 Kali Akibat Disuap Makan Orang Yang Tangan Kotor

Share

Bukan nak cover anak sangat, tapi itulah hakikatnya bila orang suka-suka hati suap anak orang lain makan. Nak larang serba salah kan?

Harap apa yang dikongsikan oleh Puan Alya Atiqah ini boleh dijadikan peringatan semua agar tidak mudah-mudah nak suap anak orang jika tangan kotor.

Akibat daripada kejadian tersebut, anaknya telah dimasukkan ke hospital akibat cirit-birit dan muntah selepas dijangkiti rotavirus.

Tak Sangka Kesihatan Anak Makin Teruk

Setelah beberapa hari anakku menanggung kesakitan, baru dapat tahu segalanya.. Semua salah mama, x pandai jaga zahra

Hari pertama kena, kiteorg ingat biasa.. Sebab dia pon memang biasa jgk berak cair..

Selepas dua hari, nmpk dia ok.

Hari ketiga dia lain macam, nampak makin teruk.. Kiteorg pon bawak pergi ke klinik swasta (8/1/2018)

Bagitahu doc, anak i sakit sekian2.. Dia muntah n berak2..Doc pon bagitahu, awak tukar susu lain, yang laktosfree (isomil, pediasure)

Pstu doc bg lah ubat cirit n air garam.. Okay lah balik dari klinik terus kiteorg cari susu isomil.. Balik rumah bagi kat zahra minum..ya Allah makin terukk muntah n cirit.. Badan dah lemah,

Pastu(9/1/2018) jam 3.45 pgi kiteorang bawak dia prgi HTAA, jam 6.15 pgi baru dapat, doc x ambii darah, just doc ckp nak warded atau nk balik rumh cuba mnum air garam dulu.. Klau dia okey teruskan.. Klau x okey bawak sini smula, Jgn bagi lebih dari 24 jam dia x makan..

Kena Kuarantin

Sampai umah dlm 8pgi, kiteorg bagi zara mnum susu, muntahh.. bagi air garam muntah…pastu cirit tak habis2..

Dalam jam 12 tengahari kiteorg pon bawak datang uiim, pergi dekat kecemasan, doc panggil masuk ambik darah semua.. Pastu doc cakap, tunggu setengah jam nanti dapat tahu result ( then, result dia okeeyyy)

Alhamdulillah…

Semalam stay kt sini nk masuk air, nak tengok keadan zahra, tapi still sama.. Cuma dia nmpk kuat skit, Cirit tetap ada.. Muntah satu kali ja. Allahu.

Petang 11/1/2018 doc bagitahu zahra menghidap rotavirus doc ckp (puan anak puan kena alih masuk dlm bilik, anak puan kena rotavirus, so x boleh bercampur dengan budak2 lain)

Tercengang sekejap mama, serius wei mama pon tak tahu apakah itu ROTAVIRUS

Tanya suami (AYAH)

Husband pon bagitau rotavirus kebanyakkan terjadi pada budak2.. Lpas maghrib doc dtg lagi, dia tanya puan tahu kan kenapa puan masuk bilik ni??, ye tahu…

Ok puan penyakit ni agak bahaya pada baby dan kanak2,

Penyakit ni memang mudah berjangkit..

Punca Dari Pemakanan

So mak awasi lah anak , jangan bagi kanak2 y lain duduk sekali.. Kuman dia ni jahat..

Then aku tanye, biasa terjadi ni dari Punca apa ye? Doc kate “ini salah satu punca dari pemakanan, doc tanya mak prgi makn kedai ada suap2 baby tak, hhmm mesti ada doc.. Tpi biasa sy bagi 2/3 butir nasi ja…

“”Ye itu pon x boleh..””

Allahu..

Ni lah aku geram sangat, orang suka hati je suap makanan kat budak.

Biasa sangat kan kite2 suap sesuka hati ja, pastu tangan kotor2 pegang anak sesuka hati je

Sekarang ni nak pegang zahra kena basuh tangan, lps pegang basuh cuci ngn sabun, sampai tandas dia pon x boleh kongsi buat masa sekarang.

Plis lah mak2, jaga anak korang.. Sanggup ke tengok dia seksa dengan berak 14/15 kali sehari, dengan muntah 9/10 kali sampai x boleh msuk makanan langsung????

Dia y seksa kite y susah,. Jaga lah baik2 nyawa2 kite…

*Doakan anakda kami cepat sembuh…

Terima kasih kepada pihak hospital

iium kuantan , terutama kepada doc2 n nurse2 dan pembantu2 kerana servis nya tiptop amat memuaskan hati..

Sumbe: Alya Atiqah

Published by
Wan Amy