Jika anda penggemar roti, menikmati roti bakar di Old Town White Coffee pastinya terasa cukup nikmat. Apa lagi kala digabungkan bersama secawan kopi panas. Pastinya roti yang dihidangkan tak cukup dimakan hanya satu keping.
Tak perlu makan di Old Town lagi, sebaliknya hanya cuba sahaja di rumah bersama anak-anak. Roti dengan tiga bahan ini memang mantap dan gabungannya cukup padu. Nak tahu apa rahsianya? Resipi mudah lagi ringkas yang dikongsikan oleh Nur Haziqah ini memang awesome. Wajib cuba!
ROTI BAKAR KAYA + MENTEGA ALA ALA OLD TOWN WHITE COFFEE.
Hari tu nampak post cara buat roti bakar ala ala old town white coffee. So harini cubalah buat. Tapi saya ubah resepi tu ikut citarasa. Saya guna roti gardenia putih dan pure butter. Butter jenama anchor sedap untuk makan dengan roti. Kaya pulak kaya pandan brand gardenia. Kat sini saya sertakan resepinya sekali jika ada yang nak cuba buat.
Resepi :
Roti gardenia putih yg dibuang tepi
Kaya pandan brand gardenia
Butter Anchor
Bakar roti – saya guna oven sebab tak ada toaster. Jangan bakar sampai garing sangat , bila sejuk roti liat.
Kemudian potong roti kepada dua.
Sapukan kaya – sapu sebelah saja , kalau dua2 belah nanti manis.
Letak butter yang dipotong nipis. Saya suka hiris tebal tapi kalau risau muak hiris nipis ja.
Tutup dengan roti. Siap!
Selamat mencuba !