
Nak pikat selera anak-anak memang kena selalu bereksperimen dalam masakan. Tapi lama-lama boleh naik buntu juga tak ada idea apa lagi yang hendak dimasak untuk penuhi selera si kecil tersayang.
Perkongsian resepi oleh Puan Nor Hazlina Othman ini mungkin boleh dijadikan idea untuk bekal anak-anak. maklum sahaja minggu depan semua dah mula sekolah. Nak buat pun cepat anak pun kenyang.
Dah buntu nak buat breakfast untuk kids?
Tadaa! Terhasil lah ROTI BAKAR CHEESE LELEH PADU!
Boleh lah buat bekal sekolah tak lama lagi ni. Buat pun cepat jer. Kenyang pun kenyang
Mama Ina ada share resipi. Ada yang nak cuba buat boleh la buat nanti. Senang jer, semudah ABC githeww.
Dipersilakan share untuk reference korang?
BAHAN-BAHAN
****************
1@2 biji telur
2 keping roti putih gardenia
2 keping cheese
1 sudu susu pekat manis
Minyak masak
CARA-CARA
**************
1. Pukul telur dgn susu pekat sehingga kembang.
2. Panaskan frying pan dengan sedikit minyak (just tak nak bagi melekat)
3. Masukkan telur and gerakkan kuali supaya telur tu nipis and besar (dapat balut roti)
4. Bila telur separuh masak letak cheese dan roti.
5. Balut roti dengan telur then balikkan.
6. Ermm dap dap makan panas panas and cheese still meleleh lagii!.
Wajib korang toraii. Makan satu mesti tak cukup.
Kredit: Nur Hazlina Othman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bagi Anak Air Kosong, Bukan Sirap Atau Teh. Air Manis Punca 76.5% Karies Gigi Anak 5 Tahun

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.
Apakah saranan pengambilan gula tambahan?
WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
Gula tambahan yang dimaksudkan adalah monosakarida dan dwisakarida yang ditambah ke dalam makanan dan minuman oleh pengilang-pengilang makanan dan gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan.
Apakah corak pengambilan gula di Malaysia?
Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g.
Apakah kesan pengambilan gula secara berlebihan?
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan mankala 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
Apakah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan pengambilan makanan dan minuman kurang gula?
Saranan utama 1
Makan makanan yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
- Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
- Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
- Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
- Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
- Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
Saranan Utama 2
Minum minuman yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
- Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
- Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
- Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
- Periksa kandungan gula dalam label minuman.
- Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat,kordial, cendol dan air batu campur (ABC).
- Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
(Sumber: Panduan Diet Malaysia 2010)
Apakah kesan penjimatan gula kepada kesihatan?
Pengurangan penggunaan gula menjimatkan perbelanjaan dan boleh meningkatkan taraf kesihatan.
Kesan kepada kesihatan individu :
1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori. Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan!. Ini belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari.
Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada 7 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam.
Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari (iaitu 1 sudu teh gula bagi setiap cawan minuman dan diambil 3 kali sehari), beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.
7 Langkah bijak mengurangkan gula
- Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
- Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
- Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
- Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
- Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.
- Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.
- Pilih produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”.
Rujukan
Panduan Diet Malaysia 1999. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Recommended Nutrient Intake, 2005. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia.
Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005.
National Healthy Morbidity Survey III, 2006. Ministry of Health Malaysia.
Malaysian Adult Nutrition Survey, 2002/2003. Ministry of Health Malaysia.
Food Balance Sheet, FAO 2008.
Panduan Diet Malaysia, 2010. Kumpulan Kerja Teknikal Panduan Diet Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kredit: Myhealthportal
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Baca: “Tak Bergesel Ke Tempat Czer” Ditegur Pakai Seluar Jeans Lepas Bersalin, Ini Jawapan Scha Alyahya
Baca: Kalau Anak Bosan, Biarkan. Bosan Akan Jadikan Anak Lebih Kreatif & Bijak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Popis Coklat Versi Baby Untuk Minum Petang, Anak-Anak Confirm Suka!

Popis atau popia pisang adalah makanan yang berasal dari negara seberang, Indonesia. Mereka menjadikan ia sebagai menu bersahur seisi keluarga. Kebiasaanya hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah seperti kulit popia, pisang segar dan coklat.
Tapi mama boleh olah supaya sesuai untuk anak kecil mama. Kalau nak tahu resipi jom ikuti perkongsian ini.
POPIS COKLAT VERSI BABY 💓
Bahan-bahan:
Kulit popia
Pisang secukupnya ( dibelah dua )
Minyak untuk menggoreng
Untuk Coklat:
1/3 cawan susu penuh krim
1 sb mentega tanpa garam
1 sk tepung jagung
2 sb serbuk koko
3 sb puri kurma Fawwaz The Little Kitchen ( AN_babyfood )
Untuk Topping:
Adunan coklat
Serbuk keju Fawwaz ( AN_babyfood )
Biskut coklat Fawwaz ( AN_babyfood )
Snek buah Fawwaz ( AN_babyfood )
Badam cincang
Cara-cara:
Mula mula, sediakan bahan bahan untuk coklat. Satukan ke semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi likat. Coklat ini juga boleh dijadikan sebagai sapuan coklat dan coklat cip. Kemudian biarkan sejuk sebelum digunakan
Untuk membuat popis coklat , ambil sekeping kulit popia , letakkan pisang dan tuangkan sesudu adunan coklat di atas pisang tadi. Lipatkan popia dengan kemas
Sapukan sedikit air pada bahagian hujung kulit popia agar tidak terbuka ketika digoreng. Ulang proses sehingga selesai. Panaskan minyak, gorengkan popia menggunakan api sederhana besar sehingga garing. Angkat dan toskan. Hiasan popia dengan bahan topping. Siap , selamat mencuba !
FB : Farisha Sofea
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Mashed Potato Ala KFC, Baby Umur Setahun Pun Boleh Makan

Seronok tengok anak berselera makan. Ibu-ibu boleh cuba buat sendiri mashed potato ala KFC untuk bayi anda.
Guna resipi dikongsi oleh Puan Ana Razif yang nampak mudah nak disediakan. Semoga si manja akan lebih berselera makan lepas ini.
Mashed potatoes untuk my little hero 1 year 1 month. Before this ibu buat mashed potatoes kosong sahaja tapi sejak umur dia dah setahun haritu ibu upgrade sikit buat gravy sekali. Memang fav dia la wajib buat tiap-tiap minggu.
Mashed potatoes
Bahan-bahan:
Kentang potong kecil-kecil supaya cepat masak/empuk
Cheese (chesdale) potong kecil-kecil
Fresh milk
Cara-cara:
- Rebus/steam kentang sampai masak
- Bila dah masak toskan & gaul dengan cheese masa kentang masih panas
- Tambah fresh milk sikit & lenyek/ blend kentang sampai halus
Mushroom chicken gravy
Bahan-bahan:
Button mushroom cincang halus
Bawang holland cincang halus
Unsalted butter
Tepung gandum Unbleached 2 sudu
besar
CBB (boleh ganti dengan serbuk ayam)
Kicap untuk bagi color pada gravy (boleh skip kalau tak nak/ganti alternatif lain untuk gelapkan kuah
Cara-cara:
- Larutkan tepung gandum dengan air panas.
- Panaskan butter & tumis bawang holland sampai brown
- Masuk button mushroom tumis lagi
- Masuk bancuhan tepung kacau sebati jangan bagi berketul-ketul
- Tambah air dan masukkan cbb/serbuk ayam/serbuk bilis
- Titis kicap dalam 2/3 titis untuk bagi warna brown pada kuah
- Kacau lagi sampai mendidih
- Bila kuah dah agak pekat boleh tutup api, siap !
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI