Trend sekarang ni, ramai yang kongsi resipi Korean Garlic Cheese Bread. Roti viral ni antara yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Anak-anak kecil pun sangat menggemarinya kerana limpahan cheese yang sedap sebagai inti.

Bagaimanapun, roti viral ni dah mula dipelbagaikan dengan pelbagai citarasa dan antaranya dengan menggunakan carbonara sebagai inti.

Apa yang istimewanya resipi ni, anda tak perlu susah-susah nak buat doh roti. Hanya guna roti burger je.

Tapi untuk cara dan pembuatan intinya, berikut dikongsikan bahan dan pembuatannya  bermula dari langkah pertama hingga dah siap bakar.

Ini resipi yang dikongsikan oleh Rozita Daud dan memang tak rugi anda cuba. Boleh buat sarapan atau minum petang. Confirm sedap!

Roti Burger Carbonara Cheese

Roti Burger Carbonara Cheese Viral. Penuh Inti, Puas Hati Makan!

1/2 tin sos cabonara chees
1/2 biji bawang besar potong dadu
3ulas bawang putih ketuk cincang
1/2 biji lada benggala merah
1/2 biji lada benggala hijau
2 keping daging ayam burger (ramas basuh dan tos)

Roti Burger Carbonara Cheese Viral. Penuh Inti, Puas Hati Makan!

Ads

3 batang sosej potong macam atas tu
4 batang jejari ketam potong macam atas tu

Roti Burger Carbonara Cheese Viral. Penuh Inti, Puas Hati Makan!

Masuk minyak 1/2 senduk kecil, tumis bawang putih dan bawang merah sekejap, masuk isi ayam dan masak kejap. Kemudian masuk sosej masak kejap, masuk sos cabonara kacau.

Api mesti perlahan dan masuk lada hijau dan merah kacau kejap. Kalau pekat masuk air sikit je dan masuk sikit je garam. Kalau tak nak tak apa, kalau nak sikit je dan kacau kejap.

Roti Burger Carbonara Cheese Viral. Penuh Inti, Puas Hati Makan!

Siap intinya!

Ads

Roti Burger Carbonara Cheese Viral. Penuh Inti, Puas Hati Makan!

Untuk marjerin sapu atas dan bawah roti burger. Bahan-bahannya adalah 3 ulas bawang putih tumbuh lumat, sikit daun sup dan marjerin 2 sudu besar campurkan.

Roti Burger Carbonara Cheese Viral. Penuh Inti, Puas Hati Makan!

Siap sapu bawah roti burger

Roti Burger Carbonara Cheese Viral. Penuh Inti, Puas Hati Makan!

Ads

Belah roti burger empat jangan putus dan masuk inti

Roti Burger Carbonara Cheese Viral. Penuh Inti, Puas Hati Makan!

Siap letak cheese keping 1 keping saya bagi 2 roti dan buat macam nie

Roti Burger Carbonara Cheese Viral. Penuh Inti, Puas Hati Makan!

Last sapu lagi marjerin macam nie

Roti Burger Carbonara Cheese Viral. Penuh Inti, Puas Hati Makan!

Bakar suhu 150cc 10 minit je

Kredit Resipi: Rozita Daud

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI