Resipi roti butut antara menu sarapan stail kampung yang boleh boleh dijadikan ssarapan menarikl untuk anak-anak. Cukup menyelerakan dinikmati ketika masih panas. Kalau pagi-pagi asyik buat roti bakar biasa sahaja, apa kata kali ini kita ubah gaya masak roti ini ikut gaya kampung.
Roti Butut Bakar
Roti ini memang rare dan jarang orang buat. Nak cuba buat rori butut? Nak ikut cara seperti yang dikongsikan oleh cikgu Afy Al Habibi ini.
Sekali Sekala Hidang Menu Sarapan Stail Kampung Untuk Anak-anak
1. Paling penting mesti ada roti butut. Guna satu plastik roti. Roti ini kita panggil roti benggali.
2. Seterusnya inilah rahsia bahan-bahan yang menaikkan rasa roti bakar tersebut. Guna marjerin jenama dalam gambar itu ya. Sapu kedua belah roti.
3. Kemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi sudah ada rasa.
4. Kemudian tepek bancuhan telur tapi pada roti yang disapu marjerin tadi. Tepek dua belah bahagian roti. Memang boleh celup tapi nanti banyak guna telur, ini cara jimat.
5. Kemudian sapu juga marjerin tadi atas pan.
6. Seterusnya bolehlah bakar roti tadi atas pan tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing.
7. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi. Apabila sudah siap semuanya bolehlah disusun dalam pinggan.
8. Untuk pilihan sapuan atas roti, kalau nak letak kaya atau jem terpulang. Paling sedap kalau letak sapuan susu pekat manis. (sekali sekala manis bolehlah. Jangan hari-hari pula ya)
Makan roti butut dengan teh o panas, memang sedap. Selamat mencuba.
Sumber: Afy Al Habibi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah
Puri dan bubur boleh dijadikan sajian awal kepada bayi selepas pertama kali diperkenalkan kepada makanan pelengkap. Semestinya tanpa garam & gula!
Puri ialah makanan yang dikisar halus yang diberikan apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap seperti puri bijirin, ikan atau ayam, buah dan sayur-sayuran.
Menyediakan sendiri sajian untuk bayi boleh memastikan ia lebih sihat kerana ibu tahu bahan yang digunakan dan kaedah penyediaan yang bersih. Ibu boleh menggunakan 15 resepi ini sebagai panduan.
#1: Puri brokoli, oat dan pir
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan brokoli, dipotong kecil
1/2 cawan oat
1 biji pir, dikupas dan dipotong dadu
CARA-CARA
1.Masukkan brokoli dan pir bersama air ke dalam periuk.
2.Apabila semua bahan sudah empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
3.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
#2: Puri brokoli bayam
BAHAN-BAHAN
1 cawan bunga brokoli, bersihkan
2 cawan bayam, bersihkan
CARA-CARA
1. Masukkan brokoli dalam periuk pengukus selama air mendidih. Kukuskan selama dua minit.
2. Tambah bayam dan kukus lagi selama dua hingga dua minit atau sehingga brokoli lembut.
3. Angkat dan masukkan ke dalam dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
4.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
TIP: Semasa mengisar puri,pastikan anda mendapatkan tekstur yang sesuai dengan bayi. Elakkan puri yang halus bagi bayi lapan bulan ke atas kerana mereka menyukai puri yang lebih bertekstur.
#3: Bubur pisang dan beras perang
BAHAN-BAHAN
2 biji pisang, dikupas dan didadu
1/2 cawan beras perang, cuci
1 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan beras ke dalam periuk dan masak seperti memasak bubur.
2. Apabila mendidih, masukkan pisang dan biarkan sehingga bubur masak.
3. Kemudian campurkan semua bahan dan kisar. Sedia untuk dihidang.
#4: Puri pisang, oat dan pir
BAHAN-BAHAN
1 biji pisang saiz sederhana, kupas dan dipotong
1 biji pir yang masak, cuci bersih, kupas dan potong dadu
1/4 cawan oat masak segera
1/2 cawan air
CARA-CARA PENYEDIAAN
1. Stimkan pir sehingga lembut.
2. Kemudian masakkan oat dengan air sehingga masak.
3. Selepas itu, kisarkan semua bahan sehingga mendapat tekstur yang sesuai dengan si manja.
#5: Bubur oatmil, labu & ikan
BAHAN-BAHAN
1 cawan labu yang dipotong dadu
1 sudu besar oatmil segera, dikisar halus
50gram isi ikan tenggiri
Sedikit halia
Air panas secukupnya
CARA-CARA
1.Labu dipotong dadu, oatmil dikisar manakala isi tenggiri dicuci bersih dan dipotong kecil.
2.Kukuskan labu bersama isi ikan tenggiri dan halia sehingga masak.
3.Apabila kedua-duanya masak, masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
4.Kisarkan dengan sedikit air panas sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air panas sekiranya mahukan tekstur lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
Labu penuh dengan dan kebaikan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalam labu sesuai untuk perkembangan bayi. Sebagai contoh, kalsium dan magnesium membantu membina tulang yang lebih kuat, fosforus dalam fungsi otak, pencernaan, keseimbangan hormon, dan sebagainya.
#6: Puri labu, ayam dan brokoli
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1/2 cawan bunga brokoli
1 ulas bawang putih
50gram isi ayam
Sedikit minyak zaitun
CARA-CARA
1.Labu yang dipotong dadu manakala brokoli dipotong kecil dan cuci bersih. 2.Kukuskan labu bersama ayam, bawang putih dan brokoli yang sehingga masak.
3.Kemudian kisar halus sebelum disajikan kepada anak.
#7: Puri labu dan kurma
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
2 biji kurma
CARA-CARA
1.Labu yang dipotong dadu manakala kurma dibuang biji dan potong kecil.
2.Kukuskan labu sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan isi kurma.
4. Sajian sedia untuk dinikmati.
Elakkan mengisar terlalu halus untuk bayi yang berumur lapan bulan ke atas kerana pada usia ini bayi lebih berminat kepada sajian yang bertekstur lebih kasar.
#8: Puri kentang dan labu
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1 biji ubi kentang
Sedikit air
CARA-CARA
1. Labu dan ubi kentang dikupas dan dipotong dadu
2.Kukuskan kedua-duanya sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan sedikit air.
4.Sajikan kepada si kecil.
#9: Puri pisang dan labu
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1 biji pisang
Secubit serbuk kayu manis (opsyenal)
Sedikit air
CARA-CARA
1. Labu dikupas dan dipotong dadu manakala pisang dikupas dan dipotong kecil.
2.Kukuskan labu sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan pisang dan sedikit air.
4.Sejukkan terlebih dahulu sebelum disuapkan kepada bayi anda.
Oat mengandungi dengan sebatian vitamin, mineral dan sebatian anti oksidan. Terkandung zat seperti mangan, fosforus, magnesium, kuprum, besi, zink, folat, vitamin B1, vitamin B5, kalsium, potassium, vitamin B6 dan vitamin B3.
#10: Bubur oat, ayam dan lobak merah
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan oat
1/2 biji lobak merah, dipotong dadu
50gm isi ayam, dipotong dadu
1 ulas bawang putih
1 2/3 cawan air
Sedikit minyak zaitun
Sedikit halia dan kulit kayu manis (pilihan)
CARA-CARA
1.Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih,halia dan kulit kayu manis.
2.Apabila garing, masukkan isi ayam dan lobak merah. Biarkan sehingga isi ayam masak dan lobak merah lembut.
3.Selepas isi ayam masak, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
4.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali kulit kayu manis.
4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
INFO: Sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan ke atas.
#11: Bubur oat, bilis, saderi dan brokoli
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan oat
1/3 batang saderi, dipotong dadu
1 sudu besar ikan bilis, dibelah dan bersihkan
1 ulas bawang putih, hiris
1/4 cawan brokoli, potong kecil
1 2/3 cawan air
Sedikit minyak zaitun
CARA-CARA
1.Masukkan saderi, ikan bilis, bawang putih dan brokoli bersama air ke dalam periuk. Jerangkan sehingga mendidih.
2.Apabila sayur empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
3.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
INFO: Sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan ke atas.
#12: Puri Couscous, Epal, Baby Spinach
Bahan-bahan:
1 biji epal merah
Segenggam baby spinach
¼ cawan cous cous
Sedikit mentega tanpa garam
Cara memasak:
1. Bersihkan epal dan potong dadu.
2. Kukus epal yang sudah dipotong dengan segenggam baby spinach.
3. Kukus cous cous secara berasingan.
4. Kisar semua bahan sehingga halus bersama sedikit mentega. Tambah sedikit susu ibu jika puri terlalu pekat.
Info: Puri ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas. Cous cous agak berat dan memberi rasa kenyang kepada bayi kerana ia seperti pasta.
#13: Puri Keledek, Asparagus & Kacang Kuda
Bahan-bahan:
1biji keledek
2sudu besar kacang kuda yang sudah direbus
4 batang asparagus
Cara memasak:
1. Basuh keledek, kemudian bakar tanpa membuang kulit. Bila sudah empuk, kupas kulitnya.
2. Potong hujung batang asparagus dan kukus lebih kurang 20 minit.
3. Bila semua bahan sudah siap, kisar halus hingga menjadi puri, tambah sedikit minyak zaitun.
4. Tambah susu ibu jika suka untuk menjadikan puri lebih berkrim dan tidak terlalu pekat.
Info: Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Campuran asparagus, keledek dan kacang kuda sangat baik kepada bayi dan mengenyangkan.
#14: Puri Peas & Bayam
Bahan-bahan:
Segenggam kacang peas beku
4 helai daun bayam
Cara memasak:
1. Nyah bekukan kacang peas. Kemudian kukus bersama daun bayam.
2. Buangkan kulit kacang peas.
3. Kisar kedua bahan bersama dengan susu ibu atau air.
Info: Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Bayam mengandung vitamin A (dalam bentuk beta karotena) yang tinggi, iaitu1872 mikrogram/100 gram. Selain itu, bayam juga kaya vitamin B, vitamin C, asam folat, serta mineral kalsium, fosfor, dan zat besi. Bayam juga sangat penting untuk pembentukan otak bayi.
#15: Puri Oat Kurma
Bahan-bahan:
1 biji pisang
½ cawan oat (rolled oat organic)
3 biji kurma (dibuang biji)
Cara memasak:
1. Masak oat di dalam air atau susu sehingga kembang.
2. Kisar kesemua bahan sekali gus.
3. Tambah sedikit susu ibu untuk mendapatkan tekstur yang halus.
Info: Sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas. Rolled oat organic lebih berkhasiat berbanding dengan oat segera. Ia harus dimasak sebelum dijadikan puri.
Sumber: Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikan Goreng Sedap Style Mak-Mak, Lumur Bahan Ni! Bukan Letak Garam & Kunyit Je
Ikan goreng jika dimakan panas-panas, ada pula sambal belacan atau paling malas letak kicap je pun, sedar-sedar habis sepinggan nasi. Tapi untuk dapatkan ikan goreng yang sedap, ada caranya juga.
Jika goreng terlalu garing pun tak sedap juga kerana dah tak rasa kemanisan isi ikan tersebut. Jadi bagi anda yang nak cuba tips ikan goreng yang sedap, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Ummi Hana.
Teksturnya yang garing diluar dan lembut isinya memang boleh buat anda terus jatuh hati dengan resepi ini. Malah perapannya yang menggunakan kunyit hidup dan bawang sebenarnya membangkitkan rasa sedap pada ikan goreng tersebut. Macam style mak-mak kita di kampung.
Berikut perkongsian Ummi Hana:
Masak-masak ni senang je. Nak makan sedao mesti kena rajin. Barulah puas hati!
BAHAN-BAHAN:
1.5 ulas bwg merah
2.4 ulas bwg putih
3.2 inci kunyit hidup
4.5 sdb cili kisar
5.3 sdb garam halus
6.Belacan skit ( optional )
– Tumbuk garam halus, belacan dengan kunyit hidup hingga lumat lepas tu tumbuk bawang merah dan bawang putih tak lumat sangat pun takpe
– Msukkan cili kisar dan gaul sebati lepas tu masukkan dalam bekas bertutup nak guna boleh ambik sikit-sikit.
– Lumur ikan dan perap kejap lepas tu baru goreng
– Minyak goreng ikan sedap buat goreng sayur @ buat nasi goreng ikan…
Selamat mencuba!
Kredit: Ummi Hana
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lauk Ayam Masak Lada Hitam, Bantu Ibu Berpantang Hangatkan Badan. Senang Nak Buat!
Biasanya kalau waktu berpantang ni, ramai yang fikir tak dapat nak makan sedap. Yalah, asyik makan menu yang sama. Cara masakan pun hanya direbus atau dipanggang saja. Bila nak makan pun kurang selera sebab dah bosan.
Ibu bersalin jangan rasa stres tak dapat makan sedap waktu berpantang. Sebenarnya banyak jenis lauk yang boleh dinikmati, sedap-sedap pula tu! Lada hitam sangat digalakkan untuk ibu dalam pantang kerana ia dapat membantu memanaskan badan.
Salah satu lauk yang boleh dibuat adalah Ayam Masak Lada Hitam seperti yang dikongsikan oleh Fey Leeya ini;
Selalunya isi ayam korang masak apa lg selain paprik? Ni salah satu menu yg saya suka buat kalau banyak isi ayam dalam peti 😅
Ayam goreng lada hitam namanya. Ala2 korean chicken la ni tp sy hack sikit resepinya jd versi melayu 🤣🤣🤣
Bahan-bahan:
Bawang merah dua biji
Bawang putih 3 ulas
Isi ayam
Serbuk lada hitam (lada hitam biji2 tu sangai tanpa minyak, lepastu blend kasar. Stok lada blend ni mmg sentiasa sy buat sbb kadang2 teringin nak makan lauk org dlm pantang 😆Nak guna sos lada hitam pun buleh tp rasa dia x kick sgt 🤭)
Tepung jagung sesudu besar, bancuh dgn air suam. Agak-agak je.
Tepung bestari untuk celup ayam
Sos tiram (agak-agak)
Kicap pekat manis (agak-agak)
Baca Juga:
Resipi Lauk Pantang Orang Dulu-Dulu, Ikan Masak Lemak Lada Hitam. Sedap Makan Dengan Nasi!
Resipi Sambal Cekur, Ibu Berpantang Selera Makan. Nak Buat Senang, Tak Sampai 10 Minit!
Resipi Sup Wantan Mudah. Hirup-Hirup, Bertambah Selera. Sesuai Buat Untuk Famili!
Cara-cara:
1. Potong dadu isi ayam, gaulkan dengan garam sikit. Lepas tu celup tepung bestari. Goreng dgn minyak banyak, dah garing toskan, letak tepi.
2. Guna minyak yang baru, tumiskan bawang putih & merah, naik bau masukkan serbuk lada hitam yang blend tadi, gaul-gaul dan masukkan air satu cawan kecil.
3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat manis untuk balancekan rasa, dan tepung jagung yang dah dibancuhkan dengan air tadi.
4. Kacau2 letak garam skit, last masukkan ayam yang dah goreng tadi. Gaul-gaul sikit lepastu tutup api. Taburkan daun bawang siap!
Makan dengan nasi panas-panas fuhh! Merecik peluh gaisss 😂😂😂
Memang sedap lauk ni, biarpun ringkas tetapi sangat sedap dan dapat membangkit selera. Bukan untuk ibu berpantang saja, tapi menu ini sesuai dinikmati satu keluarga. Selamat mencuba!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI