Makan

Roti Butut Bakar, Sekali Sekala Hidang Menu Sarapan Stail Kampung Untuk Anak-anak

Share

Resipi roti butut antara menu sarapan stail kampung yang boleh boleh dijadikan ssarapan menarikl untuk anak-anak. Cukup menyelerakan dinikmati ketika masih panas. Kalau pagi-pagi asyik buat roti bakar biasa sahaja, apa kata kali ini kita ubah gaya masak roti ini ikut gaya kampung.

Roti Butut Bakar

Roti ini memang rare dan jarang orang buat. Nak cuba buat rori butut? Nak ikut cara seperti yang dikongsikan oleh cikgu Afy Al Habibi ini.

Sekali Sekala Hidang Menu Sarapan Stail Kampung Untuk Anak-anak

1. Paling penting mesti ada roti butut. Guna satu plastik roti. Roti ini kita panggil roti benggali.

2. Seterusnya inilah rahsia bahan-bahan yang menaikkan rasa roti bakar tersebut. Guna marjerin jenama dalam gambar itu ya. Sapu kedua belah roti.

3. Kemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi sudah ada rasa.

4. Kemudian tepek bancuhan telur tapi pada roti yang disapu marjerin tadi. Tepek dua belah bahagian roti. Memang boleh celup tapi nanti banyak guna telur, ini cara jimat.

5. Kemudian sapu juga marjerin tadi atas pan.

6. Seterusnya bolehlah bakar roti tadi atas pan tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing.

7. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi. Apabila sudah siap semuanya bolehlah disusun dalam pinggan.

8. Untuk pilihan sapuan atas roti, kalau nak letak kaya atau jem terpulang. Paling sedap kalau letak sapuan susu pekat manis. (sekali sekala manis bolehlah. Jangan hari-hari pula ya)

Makan roti butut dengan teh o panas, memang sedap. Selamat mencuba.

Sumber: Afy Al Habibi

Published by
Has