Roti Dah Nak Expired, Buat Je ‘Roti Kok’. Guna 3 Bahan, Berebut Anak Makan!

Share

Kalau roti tak habis dah nak expired tu, boleh cuba buat resepi ni. Ada orang panggil roti kok atau biskut roti.  Tak kisahlah apa namanya, tapi sekali makan memang layan dan susah nak berhenti kunyah.

Anak-anak bila sesekali makan menu yang lain sikit dari kebiasaannya, pasti berebut makan. Tambah pula dengan rasa lemak manis dari marjerin atau butter dan ditabur sedikit gula menambahkan lagi kesedapannya.

Dengan keranggupan roti yang dibakar itu, letak dalam botol, sedar-sedar dah licin. Bukan anak je suka, mak ayah pun layan je sambil minum kopi atau teh.

Nak tahu resipi lanjut, perkongsian Akak Wai ni bolehlah dicuba. Hanya perlu ada tiga bahan utama sahaja.

Bahan-bahannya:

1) Roti
2) Gula
3) Marjerin

Cara membuatnya:

  1. Potong roti ikut saiz yang dikehendaki. Sama ada nak potong dua atau potong empat.

2. Sapu marjerin atau butter di atas permukaan roti tersebut.

3. Tabur gula ikut kemanisan atau citarasa masing-masing.

4. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius. (Sebaiknya panaskan dulu oven selama 5 minit sebelum masukkan roti yang disusun atas dulang pembakar.)

5. Bakar selama 15 minit (bergantung pada oven masing-masing ya. Jangan suhu terlalu tinggi sangat)

6. Dah nampak kekuningan, boleh angkat dan sejukkan dulu sebelum disimpan dalam botol.

Kredit: Akak Wai

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

 

Published by
Wan Amy