Kepingan roti putih yang tidak sempat dimakan dan bakal hampir tarikh luputnya jangan terus dibuang sebaliknya cuba kreatifkan diri untuk sediakan menu untuk anak-anak.
Salah satunya adalah menyediakan menu Roti Puding Kurma buat anak-anak. Bulan puasa yang bakal menjelma lagi beberapa hari ni, mama bolehlah cuba sediakan resipi ini buat anak-anak. Anak-anak confirm kenyang. Malah banyak khasiatnya.
Jom cuba resipi yang disediakan oleh Puan Sha Roziah Al Yahya ini. Mantap!
Petang tadi Ummi buatkan PUDING ROTI KURMA. Mula-mula dik Hannan dia luahkan balik bila Ummi suap. Pastu kali kedua suapan baru dia tahu sedaaap. Habis sepiring dia makan.
PUDING ROTI KURMA
————————————
BAHAN- BAHAN :-
3 keping roti wholemeal
Unsalted butter
1 biji telur
1 cawan susu fresh/full cream
3 biji kurma
CARA-CARANYA :-
——————————
1. Masukkan telur, kurma dan susu ke dalam blender. Blend hingga kurma hancur.
2. Ambil roti, potong 4 dan sapukan unsalted butter depan dan belakang susun dalam loyang bagi comel-comel tau!
3. Kemudian, tuang ke semua adunan yang di blend tadi ke atas roti dalam loyang tu.
4. Kukus selama 20-25 minit.
5. Kita bakar sebab nak garing-garing sikit.
#Alhamdulillah sedap sangat, bukan anak saja, seisi keluarga pun boleh makan ya.