Roti Goreng Viral Tanpa Cadbury Pun Anak Layan Sampai Habis, Inti Coklat Versi Sihat!

Share

Roti goreng dengan inti Cadbury yang viral pastinya buat anak rasa teruja untuk makan. Mana tidaknya, pasti anak teruja saat melihat sekeping bar coklat diletakkan pada roti dan mula cair sebaik roti digoreng di dalam minyak panas. Rasa manisnya bukan kepalang.

Namun coklat berinti Cadbury ini pastinya kurang sesuai diberikan pada anak-anak kita yang masih kecil, kerana rasanya yang terlalu manis. Tak perlu gusar kerana olahan resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Mimie Salleh pasti buat anak makan dengan rasa teruja yang sama. Sama rasa enaknya tetapi lebih sihat. Jadi jom cuba.

 

Haritu nampak post roti goreng inti coklat Cadbury. Tetiba datang idea mommy nak olah resepi untuk anak bujang tu. Makanya terhasil lah.

ROTI GORENG INTI COKLAT

Roti putih gardenia
Unsweetened cocoa
Madu
Unsalted butter
Unbleached flour (optional)
Full cream milk

Campur semua bahan bahan di atas kecuali roti. Gaul manja (non stop) atas api dapur yang perlahan sampai likat. Mommy add some unbleached flour sebab budak bertuah tu dah melalak meraung kat depan nak ajak tidur. So untuk cepatkan kuah likat, mommy masukkan sedikit je unbleached flour.

Then ambik dua keping roti putih, sapukan inti coklat tadi. Kemudian goreng atas minyak yang banyak. Make sure api kecik ya. Siap!

Ingat ya, NO SALT, NO SUGAR, NO MSG!

Published by
Siti Ramlah Mahmud