Sebut roti jala ramai yang membayangkan hidangan ini sedap di makan dengan kuah kari atau serawa durian. Selalunya kita akan nampak warnanya kuning. Sama ada digulung atau dilipat, kedua-duanya sama.
Cuma untuk resipi roti jala kali ini, anda akan lebih tertarik lagi kerana menggunakan dua campuran warna yang menarik dan boleh tahan selama dua hari jika tak habis serta masih lagi lembut.
Bagi mama yang nak cuba buat untuk hidangan berbuka pun sesuai sangat. Sesekali nak tukar menu nasi apa salahnya kan. Tetap kenyang dan pastinya anak-anak pun suka.
Nak tahu apa rahsia dan cara membuat roti jalan jelita ini, perkongsian resipi Raja Amanina ini sangat mudah dan gerenti jadi!
Roti jala lembut 2 hari pun masih elok tak basi tu pun kalau tak habis la kan. Nina bagi resepi untuk sukatan sekilo tepung dan 3 cawan tepung dan Nina sertakan sekali cara menjala dan acuan yang nina guna.
Resepi Roti Jala Lembut (untuk sukatan 1kilo tepung)
Bahan-bahan:
-1kg tepung gandum
-telur 4biji
-susu cair 1/2tin
-air 4tin(sukat guna tin susu)
-4sudu makan minyak
-2sudu makan gula
-1sudu teh garam
-pewarna
Cara membuatnya:
* Gaul sebati atau blend semua bahan hingga halus
* Tapis dan perap sekejap
* Untuk jala yang pertama sapukan sedikit minyak.
Roti Jala Lembut Sukatan 3 cawan Tepung
Bahan-bahan:
-3 cawan tepung gandum
-telur sebiji
-setengah cawan susu cair
-2 cawan setengah air
-gula 1sudu kecil
-secubit garam
-2 sudu besar minyak masak
-pewarna
Cara membuatnya:
*gaul sebati atau blend semua bahan dan tapis
*untuk jala yang pertama sapukan kuali dengan sedikit minyak
Kalau masak roti jala partner wajib dia haruslah kari ayam kan. Ok Nina akan kongsikan juga resipi kari ayam.
Resepi Kari Ayam
Bahan-bahan:
-1ekor ayam
-8biji bawang merah
-4ulas bawang putih
-3inci halia
-2tangkai daun kari
-2paket kecil serbuk kari adabi
-2sudu makan cili giling atau cili kisar
-3sekawan
-2keping asam keping
-santan
-gula garam secukup rasa
-kentang secukupnya
Cara membuatnya:
*kisar@blend bawang merah, bawang putih dan halia
*panaskan minyak tumis bahan kisar bersama daun kari dan 3 sekawan hingga wangi
*masukkan cili giling, rempah kari yang di bancuh dengan sedikit air dan tumis hingga pecah minyak
*masukkan ayam dan asam keping bila dah separuh masak masukkan kentang dan santan
*perasakan gula garam
*renehkan hingga kuah sedikit pekat dan pecah minyak.
Kredit Resipi: Raja Amanina
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)