Roti Jala Lembut Bersos Coklat. Makan Saja Pun Sedap, Gerenti Anak Suka!

Share

Sebut roti jala semua akan terfikir warnanya kuning dan dicicah bersama kuah kari. Kalau di negeri Kelantan, kebanyakannya akan makan bersama kuzi ayam atau kambing. Ikut kepada citarasa masing-masing.

Mungkin bagi kita orang dewasa, roti jala ni makan kegemaran dan biasanya akan menjadi hidangan sarapan atau minum petang. Cuma bagi anak-anak kecil mereka kurang menggemarinya kerana dicicah dengan kari yang rasanya sedikit pedas.

Tak apa anda jangan risau. Kali ni Pa&Ma nak kongsikan resipi roti jala coklat melalu resipi yang dikongsikan oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar.

Caranya sangat simple dan mudah sangat. Kalau ada rezeki boleh buat jual pula. Semestinya anak-anak akan suka kerana dicicah dengan sos coklat yang sedap.

Roti Jala Sos Coklat‎ 

GUNA KUALI NONSTICK

– Gandum 3 cawan
– 2 biji telur
– 3 sb serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
– 3 sb gula
– Sedikit garam
– 3 sb minyak masak
– 1/2 cawan susu cair
– Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jangan cair sangat

Kacau semua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend hingga halus. Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar kat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik.

RESIPI MENARIK [Puding Buah Naga Susu 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Sekejao Je Licin!]

Kalau blend adunan tu tak ada pusar atau pusar kecik.. masukkan air bagi ada pusar kat tengah. Tak pandai nak explain dah kenalah pandai tengok ya.. ahha

**MESTI GUNA BOTOL 3 KAKI (baru cantik kejadiannya)

Sos coklat

Double boiler
– 200 gm. Milk coklat masakan.. (selbourne brand saya guna)
– 100 gm dark coklat
– 200 gm susu fullcream / Susu cair

Saya jual RM5 (7 keping)

Masukkan semua sekali dan double hingga semuanya cair. Dah sejuk sikit, bolehlah dicicah bersama dengan roti jala. Memang sedap.

Sumber: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy