Selalu kalau beli roti tak sempat habis dah tamat tempoh. Akhirnya buang macam tu sahaja. Jangan dibuang roti yang dah nak sampai hari expired, boleh buat bengkang roti yang mudah dan sedap.
Seperti perkongsian yang dibuat oleh Nurnaema Naema menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang membuat bengkang roti menggunakan roti yang nak tamat tempoh. Resipinya cukup mudah walaupun pertama kali buat terus jadi. Boleh cuba nanti!
Resipi wajib cuba: Resipi Roti John Popular Yang Viral, Guna Roti Oblong sahaja. Pasti Buat Anda Terliur
Roti dan nak tamat tempoh,jangan buang.Boleh buat pelbagai resepi.Maka semalam terjadi la Bengkang roti
First time juga buatnya.Alhamdulillah menjadi dan sedap
Saya ikut resepi ni:
Senang dan mudah je nak buat
Bahannya:
5 keping roti putih
3 cawan santan /susu segar/susu cair
2 biji telur
3/4 cwn gula pasir (boleh kurang 1/2 cawan)
1 sudu kecil garam
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar marjerin
Cara buat
1.Carik-carik kecil roti dan rendam sekejap dengan 2 cawan santan, tekan sikit dengan sudu bagi roti terendam
2.Sementara tu kita blender baki 1 cawan santan, marjerin, telur,gula, garam, esen vanilla dan tepung gandum. Blender jangan lama sangat cukup sekadar sebati semua
3.Bila dah sebati tuang bahan blender dalam roti yang terendam tadi
4.Kacau rata semua
5.Boleh guna Loyang ( 8’x8′) sapu minyak dan alas baking paper. Kalau ada acuan bingka boleh guna juga sapu minyak / marjerin elak lekat.
6.Tuangkan adunan dalam loyang
7.Oven panaskan dulu dalam 8-10 minit. Bakar dalam oven 180 degree (oven kecil 170 degree) selama 45 mnt – 1 jam . Kalau suka permukaan atas garing sambung bakar hingga 1 jam.
8.Dah siap baru keluar dari oven.sejukkan dalam 2-3 jam baru potong
Creadit by Lets cook & bake
***Saya guna susu full cream ,resepi ni saya kurangkan gula.
Selamat mencuba!
Resipi wajib cuba: Sedapnya Minum Air Katira Waktu Berbuka, Yang Ni Versi Jimat & Pantas. Senang Je Nak Buat!