Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kek pisang sememangnya tidak pernah kalah. Cukup enak rasanya apalagi dikukus, semakin bertambah gebu, lembut dan enak. Namun kek pisang dengan gabungan coklat yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat ini cukup hebat hasilnya.
Resipi yang dikongsikannya cukup ringkas malah gabungan bahannya juga tidak sukar dan mudah disediakan. Anak-anak pastinya cukup teruja saat kek dibakar di dalam ketuhar. Ternanti-nanti saban waktu. Jom cuba untuk anak-anak dihujung minggu ini.
Kek pisang coklat versi kukus. Lembut dan gebu. Yang nak mencuba cikza bagi resepinya sekali.
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan pisang yang siap dilenyek
4 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 Sb serbuk koko
Esen vanilla
Tepung gandum, soda, baking powder diayak.
Satukan telur, gula, minyak dan esen vanila kemudian diblander hingga sebati.
Masukkan ke dalam bekas kemudian masukkan pisang dan tepung yang di ayak tadi. Kaup balikkan bagi sekata.
Sapu Planta pada loyang, adunan tadi dibahagi dua. Satu adunan dimasukkan serbuk koko dan yang satu lagi dibiarkan warna asal. Masukkan adunan berselang seli sehingga habis.
Kadang-kadang bila nak minum petang, kita mahukan menu yang ringkas tetapi mengenyangkan. Biasanya sandwic menjadi pilihan tetapi dah bosan pula gunakan roti putih biasa untuk buat sandwic.
Pilihan lain adalah menggunakan croissant, rasanya lebih ringan dan tidak muak. Sedap pula tu! Kalau anda masih tercari-cari menu yang mudah untuk disediakan, bolehlah buat cuba resipi Tuna Croissant ni.
Modal berbaloi, lebih jimat dari beli di kafe. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini;
Tuna croissant sandwich ranggup berongga sedap makan ketika panas mahupun sejuk cara #dapurpolis Buat sendiri puas hati inti tu padat boleh rasa dri hujung ke hujung.
Sumber foto: Aisyah Humaira
Bahan-bahan:
1 bungkus roti croissant dipotong 2
Hirisan timun Jepun
Hirisan tomato
Salad romaine
Capsicum dicincang (kalau suka pedas guna cili padi)
Bahan inti tuna:
1 tin tuna mayonis
1 tin tuna cilli
3-4 sudu besar mayones
4 keping keju Cheesedale
Cara-cara:
1. Roti croissant dipotong dibahagian tengah tanpa putus.
2. Dalam mangkuk ,masukkan tuna, mayones, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.
Sumber foto: Aisyah Humaira
3. Sudukan tuna yang telah dibancuh ditengah roti ,letakkan keju atasnya dan bakar selama 2 minit tekan menu air fryer dengan suhu 200c.
Inti untuk sandwic croissant ini boleh dipelbagaikan. Tak semestinya menggunakan tuna saja. Untuk lebih sesuai dengan selera anak bolehlah digantikan inti telur. Mahu lebih berat gantikan dengan isi ayam panggang. Selamat mencuba!
Kek marjerin yang dimakan ketika waktu panas sememangnya cukup istimewa. Rasanya lembut dan aromanya cukup hebat. Aroma marjerin yang semerbak baunya ketika dibakar ini buat seisi rumah terganggu sambil menanti untuk dijamah. Hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi ini pastikan sebiji kek sedap tersedia buat keluarga. Bosan mencuba kek coklat, kek marjerin ini antara yang disyorkan.
Resipi yang dikongsikan oleh Junaida Shukor ini nampak cukup sedap. Malah paling istimewa cara hendak menyediakan kek marjerin sedap ini juga cukup mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Jadi senang hendak di cuba. Jom simpan kemas resipi ini untuk raya nanti.
Resipi wajib cuba: Kuih Bunga Orang Terengganu Simple Cepat Buat, Rasanya Lembut Liat-Liat Manis!
Ernie Zakri dan Syamel sambut hari lahir anak - "Anak ibu, daddy dah 3 tahun." Tanggal 22 Februari menjadi tarikh istimewa buat pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel kerana ia merupakan hari lahir anak sulung mereka, Nur Khawla Soleha, yang kini genap berusia tiga tahun.