Hidangan ringkas di pagi hari adakalanya buat anak-anak teruja untuk mencuba. Bosan dengan bijirin dengan susu, pizza dari roti gardenia ini antara yang disyorkan. Resipi ringkas tetapi pastinya dapat menarik perhatian anak kita.
Mana tidaknya, resipi Roti Pizza Tuna yang disediakan oleh Ain Aziz ini cukup menyiurkan. Paling menarik kerana bukan adunan doh biasa tetapi hanya menggunakan kepingan roti Gardenia yang dipotong dadu kecil dan kemudiannya di masak di atas kuali. Mudah sahaja hendak membuatnya. Jika anda tercari hidangan pantas untuk anak-anak, anda wajib cuba Roti Pizza Tuna ini.
Dah tak risau kalau ada extra roti yang nak expired. Buat je menu ni tapi pastikan bahan lain cukup, kalau skip rasa pun kurang tak sama. Senangkan masak atas dapur. Tapi korang Ain ingatkan, masak tu api kena slow tau & tutup kuali. Biar masak sekata semua. Takdelah hangit bawah roti nanti. Kejadian roti bawah memang akan garing & gelap tapi bukan hangit ye.
Sedap makan time panas-panas baru tarik-tarik cheese nya. Bawah garing dan roti masih lembut je bila makan walau dah sejuk. Korang cubalah nanti ok. Jangan tanya masak berapa lama, sebab Ain pun agak-agak je. Tapi pastikan masak api slow ye 😉
Roti Pizza Tuna
Bahan-bahan
Minyak masak (sapu atas kuali)
4 keping roti
2 biji telur
Sos Cili, Mayonis, cendawan butang, nenas, isi tuna, thousand island & mozarella cheese.
Ads
Bahan ni agak-agak saja, ikut pada masing-masing nak letak lebih atau kurang.
** Cendawan butang & nenas ain guna yang dalam tin saja.
Potong dadu 4 keping roti, letak dalam mangkuk.
Masukkan telur dan gaulkan rata. Sapu kuali dengan minyak dan tuangkan roti. Ratakan bentuk bulat.
Ads
Tuangkan ke dalam kuali, letak mayonis, sos cili, cendawan, bawang holand, nenas, isi tuna dan sos thousand island serta cheese.
Tutup apinya dan biarkan api masak sekata. Api pastikan perlahan. Siap!
Sedap di makan panas.
Ads
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Siapa yang suka makan kacang kuda? Kalau beli kat pasar ke atau mana-mana, sikit je dapat. Buat sendiri, puas hati. Modal tak sampai RM5 pun.
Tambah lagi buat kudapan depan TV. Sekali kunyah nak berhenti tu susah. Lagipun kacang kuda ni elok berbanding mengunyah bermacam-macam jajan yang tak berkhasiat.
Anak nak makan banyak pun elok dan kita tahu cara pembuatannya, tak mengandungi sebarang pewarna atau penambah rasa. Cuma kalau yang ada anak kecil, jika tak mahu ada rasa pedas, boleh ubah suai ikut citarasa anak. Yang penting senang je nak buat.
Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Atiqah Zaki melalui FB Resepi Masakan
Resipi Kacang Kuda
– Kacang kuda (rendam semalaman, lepas tu rebus sampai lembut dan toskan)
– Bawang merah (hiris-hiris je)
– Bawang putih (hiris-hiris je)
– Cili kering (potong 2 atau 3)
– Daun kari (ikut suka nak bape pelepah)
– Bancuhan serbuk kari 1 sudu (kalau banyak, pahit)
– Air
– Garam
Cara-cara:
Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili kering, daun kari.
Kacau-kacau, masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit then masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang. Bagi menggelegak, masukkan garam.
Kacau-kacau, masukkan kacang. Gaul sampai sebati.. Lepas tu dah puas hati, tutup api, sejukkan. Kalau tak sabar, boleh ngap terus.
P/s: lebih sedap kalau dah masuk peti ais then baru makan. Sebab salutan tu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup resap.
Oh ye, ada jugak yang letak ikan bilis. Nak bagi penambah rasa. Saya buat sesimple mungkin je. Boleh olah ikut citarasa sendiri. Tapi macam gini je pun dah sedap..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak cara pemakanan mereka tak sama. Ada yang boleh makan semua masakan, ada yang hanya nak nasi saja atau segelintir tu mereka suka makan makanan ala western atau sebagainya.
Kadang bila fikir menu anak ini, boleh buat mak-mak pening. Kali ini idea resepi bebola kentang mungkin salah satu menu yang boleh disediakan untuk anak-anak. Mana tahu dah bosan makan nasi, boleh cuba resepi ini pula. Rasanya semua anak pasti menggemarinya.
Rasa dia sedap dan crispy. Budak budak pasti suka! Resepi ni sangat mudah. Kalau dekat rumah ada banyak kentang tu baik korang buat potato ball ni. Boleh buat sebagai hidangan petang ataupun malam sebelum tidur.
So jom kita buat bebola kentang, let’s go for the resepi!
Bahan-bahan yang diperlukan:
4 biji ubi kentang
2 sudu tepung gandum
4 sudu tepung jagung
Serbuk lada putih
Cara- caranya :
1) Step yang pertama, kupas dan potong kentang.
2) Step yang kedua, rebus kentang yang sudah dikupas ke dalam air panas selama 10-15 minit. Pastikan sehingga lembut untuk mengelakkan sukar untuk dilenyek.
3) Step yang ketiga, angkat kentang tadi dan sejukkan dalam air tapis.
4) Lenyek kentang yang sudah lembut direbus sehingga hancur dan sekata.
5) Campurkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk lada putih sekali. Tambah sedikit air ke dalam kentang yang sudah dilenyek.
6) Gaulkan sehingga sebati
7) Bentukkan mengikut kesukaan
Goreng dalam api yang panas sehingga warnanya menjadi perang. Dah siap!
Pergi check dekat dapur kalau ada kentang boleh la korang buat golden potato ni sekarang!
Selamat mencuba
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.