Menu roti boleh dikatakan semua suka. Walaupun roti kosong cicah teh, kopi atau milo dah kira sedap. Tambah lagi kalau ada sapuan sekaya, jem buah atau kacang dan coklat lagi melengkapkan hidangan itu.

Bukan tu je, jika anda rajin selain buat sandwich, apa kata cuba buat roti sardin. Jangan kata makan pagi jer, buat minum petang pun layan. Mesti sekali makan, jadi ketagih sebab sedap sangat.

Ni resipi dari Farhana Ismail untuk anda cuba buat.

Nahhh, far bagi resepi roti sardin. Makan sure ketagih sebab sedap sangat. Hidang panas-panas kat suami dengan kopi O, sure dapat belanja lebih.

Roti Sardin Ketagih! Bestnya Resipi Ni Susu Full Krim Buat Roti Gebu & Sedap 

ROTI SARDIN KETAGIH

Ads

– Sardin
– Cili padi(dipotong kecil)
– Bawang merah(dipotong dadu)
– Serbuk lada hitam
– Telur
– Susu full krim
– Roti buku

1) Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan sardin. Far hancurkan ikan sardin dalam kuali.

Roti Sardin Ketagih! Bestnya Resipi Ni Susu Full Krim Buat Roti Gebu & Sedap 

2)Masukkan lada hitam, cili padi ikut kepedasan yang korang nak. Perasakan garam dan gula.

Ads

3)Dalam bekas lain, pukul telur dan masukkan sedikit susu. Susu akan bagi roti kita sedappp gebu.

Roti Sardin Ketagih! Bestnya Resipi Ni Susu Full Krim Buat Roti Gebu & Sedap 

4)Roti tu lenyek bagi nipis. Far lenyek pakai cawan jer. Lepas tu isikan inti dan kelim tepi tu gunakan garpu (supaya tak terkeluar inti)

Ads

5) Celup roti dalam telur kemudian goreng. Sedia untuk dihidang dengan kopi panas.

Roti Sardin Ketagih! Bestnya Resipi Ni Susu Full Krim Buat Roti Gebu & Sedap 

Sure shuben tersenyum sampai telinga.
Selamat mencuba.

Kredit: Farhana Ismail

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI