Menu simple dan mudah sangat nak buatnya. Yang pasti hasilnya terbaik. Kalau rasa tak ada idea untuk buat sarapan pagi atau minum petang, roti sosej kukus pilihan yang patut ibu cuba.
Boleh disediakan untuk anak-anak dalam pelbagai versi ikut pilihan yang mereka suka. Nak letak cheese lebih, mayonis, sos cili atau tomato terpulang. Cuma roti dan sosej mesti dikukus untuk dapatkan hasil yang sangat best.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Suzana Othman dan boleh ibu-ibu cuba. Memang confirm sedap!
Kita nak tunjuk cara buat roti sosej kukus yang sangat lembut dan digemari anak-anak. Jom tengok langkah demi langkah pada gambar.
Roti Sosej Kukus
Bahan-bahan:
Roti sosej
Sosej
Cheese slice
Mayonese
Sos cili
Cara-cara membuatnya:
– Mula-mula kukus sosej selama 5minit. Kalau sosej tu beku boleh up lagi masa supaya hilang beku. Kita guna sosej cheese. Kalau nak sedap baik guna sosej yg berkualiti sikit, kalau guna sosej murah nanti rasa dia pun tak berapa sedap.
– Potong roti macam dalam gambar jangan sampai terputus.
– Masukkan sosej ke dalam roti kemudian selimutkan sosej dengan cheese slice yg di belah dua bahagian.
– Kukus selama 5 minit atau sehingga cheese cair. Roti sosej yang dikukus akan menghasilkan roti yang lembut dan gebu.
– Paipkan mayonese dan sos atas roti. Kita guna sos cili peket mekdi. Beli mekdi jangan buang sos tu sebab boleh guna buat roti sosej
– Akhir sekali taburkan parsley kering atasnya. Kalau tak ada pun tak apa sekadar untuk lawa-lawa aje. Hias dengan daun salad dan tomato cherry, sedia untuk dinikmati..
Kredit resipi: Suzana Othman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)