Roti Sourdough Alternatif Ganti Roti Putih, Bantu Tingkatkan Bakteria Baik Dalam Usus

Share

Roti sourdough boleh dijadikan sebagai roti alternatif yang lebih sihat berbanding roti putih. Banyak manfaat kesihatan daripada roti sourdough. Roti sourdough kaya dengan probiotik, prebiotik dan protein. Ia membantu tingkatkan penghasilan bakteria baik dalam usus.

Roti sourdough adalah alternatif yang lebih sihat berbanding roti putih. Ia dibuat dari tepung yang telah difermentasi dengan lactobacilli dan ragi. Ini membuatkan roti akan mengembang dan menyebabkan rasa yang khas.

Roti Sourdough Alternatif Ganti Roti Putih

Roti sourdough mempunyai nilai GI rendah iaitu bawah 55. Proses fermentasinya  telah ubah struktur molekul karbohidratnya. Perut tidak kembung. Sembelit boleh dielakkan. Irritable bowel syndrome (IBS) boleh dicegah.

Kredit foto: Pexels

Manfaat Roti Sourdough 

Kandungan probiotik dalam roti sourdough ini menyebabkan roti ini lebih sihat dimakan terutama untuk kesihatan perut dan usus. Bahan yang digunakan dalam pembuatan roti ini menggunakan tepung, ragi dan sedikit gula.

Tiada pengawet dan pewarna digunakan. Jadi ia lebih baik. Meskipun roti sourdough sering dibuat dari tepung yang sama dengan jenis roti lainnya, tetapi proses fermentasi telah meningkatkan nutrisinya.

Bantu Tingkatkan Bakteria Baik Dalam Usus

Kredit foto: Pexels

ANTARA MANFAAT ROTI SOURDOUGH INI IALAH:

1. Kaya dengan protein
Sepotong roti sourdough memiliki lebih banyak protein dari roti putih biasa.

2. Mudah dicernakan
Ini kerana ia mengandungi prebiotik dan probiotik.
Prebiotik adalah serat yang tidak dapat dicerna dan memberi makan bakteria baik dalam usus, sedangkan probiotik adalah bakteria baik yang berada dalam usus.

3. Rendah gluten
Proses fermentasi membuat roti sourdough menjadi lebih rendah gluten. Gluten adalah sejenis protein yang ditemukan dalam biji-bijian tertentu yang menyebabkan masalah pencernaan pada orang yang sensitif atau alergi terhadapnya.

4. Mengawal gula darah lebih baik
Proses fermentasi juga telah mengubah struktur molekul karbohidrat menyebabkannya rendah indeks glikemik.

Kredit foto: Pexels

5. Membantu penurunan berat badan
Kehadiran probiotik dan proses fermentasi sendiri membantu menghasilkan sebatian yang disebut sebagai asid lemak rantai pendek seperti butirat, propionat, dan asetat yang meningkatkan penghasilan tenaga dan mengurangkan selera makan.

6. Sihat untuk penghadaman
Probiotik dalam sourdough membantu menjaga keseimbangan bakteria dalam usus. Probiotik ini juga membantu masalah sindrom iritasi usus besar (IBS), mengurangi gas dan kekembungan dan sembelit. Ia membantu melawan infeksi Helicobacter pylori yang merupakan salah satu penyebab utama masalah gastritis.

Roti sourdough sangat disarankan sebagai pilihan yang lebih sihat. Boleh cuba tukar roti putih dalam diet haria anda sekeluarga.

Sumber: FB Klinik Dr Zubaidi

Kredit foto top image: Pexels

Published by
Has