Selalu kalau beli roti memang tak pernah habis, jadi sudahnya terpaksa dibuang saja. Jadi sebelum sampai tarikh luput dan masih banyak roti yang berlebihan apa kata buatkan cucur roti untuk kudapan petang anda sekeluarga.
Mudah dan sedap, hanya menggunakan beberapa bahan sahaja anak-anak pun pasti suka dan teruja dan makan. Cicah dengan sos tomato atau sos cili, pasti sekelip mata dah habis dimakan. Senang dan dapat mengelakkan daripada pembaziran.
Ikuti perkongsian resipi oleh Puan Zuraita Mohd Anua yang menurutnya juga dia mengambil resipi tersebut daripada perkongsian warga maya di media sosial.
Terima kasih pada yang share resipi ni. Selalu saya terpaksa buang lebihan roti kalau dah expired. Sayang sangat. Nak buat puding roti, anak-anak tak suka. Saya pernah buat tapi tak dimakan. Padahal saya rasa sedap habis dah dengan taburan choc chips, tapi dorang tak suka. Buat puding roti karamel pun, cuma saya jelah yang terpaksa makan. Buat karipap roti, tak rajin pulak buat inti huhu. Bila tahu resipi boleh buat cucur ni, syukur sangat. Taklah membazir roti. Saya buat tadi untuk bekal Zil ke sekolah. Resipi ada kat gambar last.
Bahan-bahan:
Roti 4 keping (saya guna 6 sebab kerak atas bawah)
2 biji telur
hirisan carrot
bawang merah
daun sup
daun kucai
secubit garam
Cara-cara:
1. Bulatkan, lebih senang nak goreng sebab ia cepat masak. Tak macam cucur biasa.
2. Gorenglah cara camne pun asalkan masak.
3. Goreng kejap je rupanya, saya tak tahu, tergelap sikit warnanya.
4. Siap sudah!
Padat, kenyal dan enak rasa dia
Resipi asal daripada Facebook
Selamat mencuba!
Sumber: Zuraita Mohd Anua
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Buat Suami Tambah Nasi, Sambal Tempoyak Bilis Petai. Makan Nasi Panas-Panas, Perhhh!
Sekarang ni musim durian, ada tak peminat tempoyak? Jika anda salah seorang peminat tempoyak wajib cuba menu sambal tempoyak ikan bilis ni. Makanan ni biasanya popular dalam kalangan orang Pahang. Tapi sekarang semua dah menggemarinya.
Mungkin sebab kesedapannya yang ada petai, bilis, daun kunyit membuatkan ramai yang jatuh cinta dan menggemarinya. Menu ni juga dikatakan menu pembuka selera suami.
Seperti perkongsian Sanah Anna, menu ini buatkan si suami yang tak bertambah makan nasi, boleh bertambah ke pinggan kedua.
Menu buat suami tambah nasi 3 kali. Dah lama tengok dia control sekali makan 1pinggan jaa. Baru harini nampak bertambah-tambah sampai peloh ceroiiiiiii orang Kedah cakap. Memang sedap ampaaa sambal tempoyak. Kalau tempoyak campur sambal belacan memang tak lepas telan..ada yang macam tu jugak ke??
Ok bagi yang nak dapatkan resipi sambal tempoyak ikan bilis ni, tak perlu nak susah-susah pun. Ni resipi lengkap dan tersangat mudah!
Bahan dan cara membuatnya:
✅Tumbuk cili dengan garam 1 sudu kecil
✅Siap tumbuk gaulkan dengan tempoyak 1 cawan atau terpulang banyak mana..(lagi banyak lagi sedap)
✅Dah siap gaul, tumis cili tadi kemudian masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng
✅Gaul sampai rata, masukkan daun kunyit sikit dan gaul lagi.
✅Last sekali masukkan Potaiiii..gaul sekejap jer biar potai tu ranggup..then siapppp..
✅Makan dengan nasi panas-panas perhhhhh
Kredit : Sanah Anna
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Goreng Dengan Gulai & Sambal Belacan, Nasi Ala Kak Wok Simple Tapi Sedap, Merecik!
Hujung minggu pasti terasa tidak lengkap tanpa resipi istimewa untuk keluarga. Walaupun beriadah bersama anak-anak di luar, menu di rumah tetap harus diutamakan. Jadi apa menu hujung minggu anda?
Resipi Nasi Kak Wok simple dengan ayam goreng, gulai ayam dan sambal belacan menyengat pasti buat anak makan bertambah-tambah. Lebih merecik dikala nasi panas disajikan. Pasti tak cukup sepinggan. Jom cuba resipi superb yang dikongsikan oleh Rose Farra ini. Memang terbaik!
Nasi Ala Kak Wook. Time panas-panas merecikk. Ratah ayam part paling syok. Nasi putih tanak letak daun pandan simpul. Khasiat banyak tau.
Gulai Ayam:
Bawang bombay – 4 labu
Bawang putih – 5 ulas
Halia – 1 inci setengah
Rempah kari daging – 3 sudu
Rempah kerutub – 1 sudu
Kacang panjang – potong
Terung potong kecik2
Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
Santan (jangan pekat sangat)
Garam dan kiub ayam
1 kerek nisan
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.
Ayam Goreng Harum:
1 ekor Ayam – potong kecik-kecik
Garam- 2 sudu kecik
Kunyit hidup – 2 inci tumbuk lumat
Serbuk kunyit – 1 sudu kecik
Serbuk cili – 1 sudu kecik
Daun kari 3 tangkai
1. Ayam basuh bersih dan toskan.
2. Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap.
3. Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.
Sambal Belacan Ala Kak Wok:
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa
1. Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dengan kulitnya.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Menarik: Kering Idea Nak Masak Boleh Cuba Ayam Perap Mayo Ni Sedap Hingga Menjilat Jari!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Berdepan Ragam Anak Enggan Makan? Sabar Ibu, Cuba 5 Tip BIJAK Ini Dahulu!
Amalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan anak susah makan. Jom ketahui cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tabiat makanan anak ini!
Tabiat pengambilan makanan anak
Memastikan anak mendapat makanan berkhasiat dan seimbang sudah menjadi 1 kemestian buat mereka yang bergelar ibu bapa. Dalam masa yang sama, sebagai ibu bapa, amat penting untuk anda memahami tabiat pengambilan makanan anak.
Ini kerana apabila anda mengetahui isyarat bahawa mereka sudah kenyang, ini sekali gus dapat mengelakkan amalan pemakanan yang tidak sihat seperti makan secara paksa.
Sebaiknya, biarkan anak makan mengikut selera mereka. Mulakan dengan menawarkan makanan dalam saiz hidangan yang lebih kecil dan menambahnya jika mereka meminta. Namun tidak dinafikan ada parents yang mungkin berdepan beberapa isu berkaitan amalan pemakanan yang tidak sihat.
Jangan bimbang, ada cara untuk mengatasinya.
Amalan pemakanan yang tidak sihat & cara mengatasinya
Bercakap mengenai tabiat pemakanan tidak sihat, ia boleh melibatkan tabiat makanan anak yang cerewet makan. Pastinya ibu susah hati apabila anak sering menolak semasa diberikan makanan yang bukan menjadi kegemaran mereka.
#1. Makan makanan tertentu
Untuk mengatasi amalan pemakanan yang tidak sihat ini, antara cara boleh dicuba adalah:
Tawarkan finger food
Sediakan makanan dalam potongan kecil yang memudahkan mereka untuk makan dengan sendiri.
Menjadi contoh
Sebagai ibu bapa berikan contoh terbaik dengan memakan pelbagai jenis makanan. Anda juga harus elak daripada memberikan komen mengenai makanan yang disukai atau tidak.
Saiz hidangan
Untuk makanan anak yang digemari, letakkan dalam jumlah kecil. Jangan lupa untuk turut menyertakan sekali makanan lain yang anda mahu perkenalkan kepada si kecil.
Terus tawarkan makanan baharu tetapi jangan memaksa
Dengan pendedahan berulang, kebanyakan anak dipercayai akan mencuba makanan baharu. Jika tidak, jangan terus memaksa. Percayalah lama kelamaan seiring dengan peningkatan usia, akan berlaku perubahan dalam tabiat pemakanan anak.
#2. Tidak makan sayur-sayuran
Anak tidak mahu makan sayur-sayuran adalah masalah yang paling biasa untuk terjadi. Apa kata ibu cuba strategi ini:
Pelbagai warna
Siapa kata sayuran hanya perlu berwarna hijau dan berdaun? Ibu, jadilah kreatif dengan menyediakan pelbagai sayuran berwarna dan bentuk seperti jagung, labu, lobak merah, bunga kubis, tomato dan cendawan butang.
Tambahkan dalam sos atau makanan
Anda juga boleh mencampurkan sayuran dalam sos atau makanan yang akan disediakan kepada anak. Sebagai contoh, kisar lobak merah dan cincang cendawan butang untuk dimasukkan ke dalam sos spageti bersama campuran ayam atau daging.
#3. Enggan mengunyah
Mungkin kedengaran agak pelik. Tetapi ia antara amalan pemakanan yang tidak sihat boleh terjadi pada si kecil. Untuk mengatasi keadaan ini:
Pantau keadaan anak
Ini untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran motor yang diperlukan untuk mengunyah.
Perubahan tekstur
Adakalanya anak mungkin sudah terbiasa untuk terus menelan apabila sering diberikan makanan seperti bubur. Jadi secara beransur-ansur, lakukan perubahan pada tekstur makanan mereka.
#4. Mengambil masa lama untuk makan dan menyimpan makanan dalam mulut (rumination)
Kaedah yang boleh dicuba untuk mengatasi keadaan ini:
Tiada kemahiran
Si kecil mungkin tidak mempunyai kemahiran motor untuk mengendalikan makanan yang diberi. Jadi ibu boleh cuba untuk membantu dengan menyediakan makanan dalam saiz dan potongan yang kecil.
Kurangkan gangguan
Kadang-kala tabiat makanan anak berlaku apabila terdapat banyak gangguan persekitaran. Jadi sebaiknya, apabila tiba waktu makan, minimumkan segala gangguan daripada televisyen, barang permainan dan pastikan anak duduk dengan sebaiknya.
#5. Memilih makanan sendiri
Ia satu keadaan biasa apabila anak kecil yang berusia 18 bulan ke atas ingin lebih berdikari, termasuklah dalam aspek pemilihan makanan. Atasinya dengan:
Berikan pilihan kepada anak
Contohnya sama ada ingin makan nasi atau pasta. Elakkan daripada memberikan soalan terbuka, seperti, “Apa yang awak ingin makan?”
Tegas dalam membuat keputusan
Dalam mengatasi isu berkaitan tabiat pemakanan yang tidak sihat ini, anda perlu tegas dalam setiap perkara. Pastikan setiap ahli keluarga lain seperti pasangan mahupun datuk atau nenek turut melakukan perkara yang sama. Ini kerana jika anda tidak konsisten mungkin sukar untuk mengatasi masalah ini.
Berdepan keadaan anak sukar makan atau memilih dalam aspek pemakanan adalah satu cabaran buat ibu bapa. Walaupun ia boleh menimbulkan kerisauan, namun percayalah ia adalah keadaan normal yang dialami oleh kebanyakan ibu bapa lain dan seiring peredaran masa, ia akan selesai dengan sendiri.
Tetapi jika tabiat makanan anak mendatangkan kebimbangan, berbincanglah dengan pakar pediatrik untuk penyelesaian yang lebih baik.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI