Roti Telur Berhantu Buat Anak Makan Tak Berhenti, Sedap Sangat!

Share

Bakal memasuki persekolahan bagi murid tadika dan pra sekolah pada 1 Julai ini pastinya membuatkan jadual mak ayah berubah. Dari pagi rutin sudah bermula untuk menyiapkan sarapan buat si comel. Tak perlukan menu yang berat, roti sudah mencukupi buat mereka. Namun jika nak memikat selera si comel, roti yang satu ni mama perlu cuba.

Roti Telur Berhantu yang dikongsikan oleh Cheyah Saripuddin ini memang lain daripada yang lain. Bukan roti telur biasa tetapi digabungkan dengan bahan special yang pastinya buat anak makan tak berhenti. Nak tahu apa bahannya, jom cuba!

RESEPI ROTI TELUR BERHANTU

Ngeri pulak rasa tajuk roti telur berhantu. Tapi betul taw. Sekali kau dah rasa tak boleh stop makan. Lagi-lagi makan waktu panas memang best! Kalau yang dah sejuk rasa still sama cumanya aura sedap tu kureng.

Senang nak buat pula tu sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu. Boleh la view step senang namatey. Ajarkan anak-anak masak gini seronok mereka nanti.

Bahan-bahannya. Sesuai untuk 6 keping roti kalau dua biji telur.

Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat.

Kacaulah bagi ianya sebati.

Celup roti. Haa bagi dua belah celup taw.

Gorenglah tanpa minyak atau less sebab kalau minyak banyak ia meresap oiii. Makan minyak la. Haa nampak manis warnanya boleh la angkat.

Dah angkat tu dia takkan keras. Dia lembut kelepek gini. Tapi makan dia soft waktu panas-panas.

Tip Pantas:
* Boleh sediakan dengan kuantiti masa yang pantas kerana tidak gunakan sebarang tambahan makanan lain.

* Potong empat segi siap-siap.

* Nak lagi lemak, boleh juga ditambahkan secubit garam.

Selamat mencuba!

Published by
SRM