Menyediakan sarapan buat anak sebenarnya tidak memerlukan resipi yang berat. Adakalanya anak lebih sukakan menu yang ringkas tetapi mengenyangkan. Salah satu menu yang cukup popular tetapi berkhasiat adalah berasaskan telur. Namun menu yang satu ini bukan hanya sihat bahkan kaya karbohidrat dan protin.
Roti yang dibungkus dengan keju dan telur ini sememangnya jadi pujaan anak-anak. Paling utama cara penyediaannya juga teramatlah mudah dan paling sesuai disajikan oleh ibu yang mengejar masa ke tempat kerja. Pilihan ekpress untuk semua ibu-ibu di waktu pagi. Jom cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh Shezz Yusof ini.
Sebelum tidur, godek godek FB terjumpa pulak resepi Roti Telur Cheese Bungkus ni, tapi dia guna 3 bahan saja dan saya tambah setengah sudu blackpepper untuk anak pagi ni.
**Sesuai untuk dari 8m (guna cream cheese), make sure dah pass telur & semua bahan.
Cairkan unsalted butter.
Masukkan telur kemudian letak cheese.