Tidak dinafikan, roti bukanlah makanan utama yang kita boleh habiskan dengan pantas. Ada masanya, roti terbiar begitu sahaja hingga habis tamat tempohnya. Jangan dibiarkan membazir. Jika menghampiri waktu tamatnya, apa kata anda cuba buatkan biskut kering ringkas ini.
Resipi mudah lagi suberb yang dikongsikan oleh Raja Ema ini wajib dicuba dari terus dibiarkan membazir. Cukup mudah, tiga bahan sahaja dan bakar. Siap!
Roti gardenia beli sebungkus je untuk 4 hari. Family kecik ku kurang makan roti ni jadi esok nak expired hari ni kawan bagi idea buat roti jadi biskut kering. Tak ada lah membazir. Jadi biskut ni makan gitu dan boleh cicah air milo.
Bahan mudah je.
Roti gardenia
Majerin@planta
Gula
Roti sekeping potong 4. Cairkn marjerin @planta ambil kepingan roti tadi, sapu atas roti.
Susun dalam tray..ambil gula tabur secubit secubit atas roti yang di salut majerin@planta.
Susun la macam dalam gambar ye dan bakar la dalam suhu 180°. Api atas bawah dalam 20 minit. Nak bagi garing tambah la minit, korang ikut oven masing-masing.
Siap boleh susun dalam bekas kedap udara.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents