Lebihan roti jangan dibuang! Kadang-kadang kita jemu dan buntu dengan hidangan roti. Jadi apakata anda buatkan roti coklat untuk anak anda dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah yang boleh didapati di dapur rumah! Daripada dibiarkan berkulat dan dibuang begitu sahaja, sekurang-kurangnya boleh dijadikan kudap-kudapan si kecil.

Resipi ini telah dikongsi oleh Nurul Liyana di laman facebooknya. Ikuti perkongsian resipi ini yang mudah dan cepat disediakan.

Roti Yang Lebih Jangan Dibuang! Buatkan Anak Anda Roti Goreng Coklat Yang Mudah

Suka sangat lah tu anak soleh menu baru, habis semua sekali hadap.

IKLAN

ROTI GORENG COKLAT (1y+)

Bahan-bahan;
? 2sb unsweetened cocoa powder *
? 1sk madu/puri kurma *
? air panas *
? roti
? cawan
? minyak 

IKLAN

Kaedah penyediaan;

IKLAN

1. Kacau rata bahan bertanda (*) sedikit pekat
2. Masukkan coklat yang dikacau tadi ditengah2 roti & tindan lagi sekeping roti. Kemudian, terap menggunakan cawan
3. Goreng dengan sedikit minyak dan siap untuk dihidang!

Versi dewasa boleh letak milo dan susu pekat nyumsss!

Sumber: Nurul Liyana

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI