Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila melihat si kecil mereka sudah menunjukkan pertumbuhan gigi pertama.
Malah, ia juga menjadi petanda bahawa kanak-kanak itu boleh diberi makanan yang lebih pejal, sekali gus membantu si kecil menerima lebih banyak khasiat daripada pemakanan.
Namun, dalam kegembiraan melihat pertumbuhan gigi kanak-kanak, sebenarnya mereka juga perlu dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan secara berkala.
“Hak Anak Yang Diabaikan”
Zalim kan statement di atas? Hak apa yang diabaikan?? Hak untuk mendapatkan pemeriksaan gigi mengikut waktu yang sewajarnya.
Ramai ibu bapa yang tidak peka mengenai pemeriksaan pergigian bagi anak-anak di bawah umur 4 tahun.
Belek-belek sedikit buku kesihatan anak anda itu. Cuba lihat muka surat 68, 96 & 115..Jarang sekali dilihat lengkap semuanya. Tahniah buat yang peka.
Ads
Untuk makluman ibu bapa sekalian, anak berumur bawah 4 tahun giginya perlu diperiksa sekurangnya 3 kali:
📍 0 – 9 bulan
📍 10 – 23 bulan
📍 2 – 4 tahun
Ads
Kesihatan pergigian perlu seiring dengan kesihatan tubuh badan yang lain.Jangan di anggap remeh walaupun hanya gigi susu yang ada. Gigi susu sama pentingnya seperti gigi kekal.
Mahukah anda lihat anak kecil itu tak lena tidurnya kerana kesakitan gigi? Sanggup anda lihat anak kecil itu kekurangan zat kerana tak mampu mengunyah makanan dgn baik?
Ada juga anak kecil terpaksa keluar masuk hospital kerana jangkitan kuman akibat kerosakan gigi susu. Bawa anak anda ke klinik pergigian seawal yang boleh. Pasti ada nasihat dan celoteh dari doktor atau nurse yang merawat nanti.
Masih belum terlewat.
Oleh: Dr Noraisyah binti Mahmuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi pertama dilahirkan pada jam 1.33 petang dan bayi kedua jam 1.34 petang.
Tiada Keturunan Kembar
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil berkata, itu adalah rezeki dan kurniaan Allah SWT walaupun dia dan isteri termasuk keluarga tidak mempunyai sejarah kembar.
“Dalam keluarga kami memang tidak ada kembar. Kembar kami adalah yang pertama dan saya anggap rezeki yang tidak terhingga. Alhamdulillah, Allah berikan dua terus selepas tujuh tahun menanti kelahiran anak kedua. Ramai cakap kami menggunakan teknik IVF, tapi tidak. Ini kehamilan secara semula jadi,” katanya.
Zed yang juga pelakon berkata, sepanjang kehamilan isteri, dia menjaga rapi termasuk pemakanan dan pengambilan ubat bagi mengelak sebarang komplikasi.
Pada masa sama, Zed juga menasihati isterinya untuk tidak berkongsi perkara itu di laman sosial sehinggalah dia selamat bersalin.
“Ketika pemeriksaan awal di klinik, doktor tak cakap pun kembar. Mungkin sebab yang lagi satu tidak dapat dikesan. Selepas usia kandungan tiga bulan, kami ke hospital pula.
“Terkejut apabila diberitahu berlaku pendarahan kecil yang memungkinkan seorang lagi bayi lagi tidak boleh bertahan. Saya bertanya maksud ‘lagi seorang’ dan doktor beritahu isteri hamil bayi kembar.
“Waktu itu memang teruja dan sangat gembira. Saya menjaganya dengan baik termasuk pemakanan dan pengambilan ubat yang disyorkan doktor. Saya juga tak bagi isteri muat naik di Instagram dan biar sampai jadi. Ini bagi mengelakkan kecewa jika berlaku sebaliknya.
“Alhamdulillah, sepanjang kehamilan isteri dan bayi dalam kandungan sihat hinggalah selamat dilahirkan semalam,” katanya.
Zed berkata, dia juga menemani isteri dari awal hingga selesai proses pembedahan.
Zed dan Natalia mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011 dan dikurniakan anak lelaki, Ryan Ziqry yang kini berusia tujuh tahun.
Dalam tempoh berpantang, ibu seharusnya mendapatkan rehat yang secukupnya. Tidak perlu berjalan-jalan atau buat kerja rumah yang berat. Tumpukan perhatian untuk pulihkan kesihatan badan seperti sedia kala. Jangan culas untuk berpantang secara berdisiplin.
Pewaris & Pengamal Perbidanan Melayu, Siti Aishah, berkongsi tentang kisah seorang ibu yang mengalami bentan kerana terlalu yakin untuk bergerak aktif selepas melahirkan bayinya. Akibatnya, dia didiagnos postpartum foot drop, yang menyebabkan dia tidak mampu bergerak.
Ikuti kisah ini sebagai pedoman bersama.
Kisah ibu muda bentan berjalan2 dalam hari.
Kak Ice tahu yang kesan berjalan2 banyak ni boleh buatkan seorang ibu boleh lumpuh. Tetapi tidak pernah berhadapan dengan pesakit bermasalah sebegini sehinggalah Kak Ice attend seorang ibu pada tahun lepas.
Dia seorang ibu muda. Baru lepas bersalin anak no 2. Bayi baru usia 6 bulan. Dia call kak ice pagi2 meraung2 cakap minta kak ice datang urutkan dia. Mula2 kak ice tak faham apa dia cakap. Sebab dia bercakap sambil menangis.
Kemudian dia pass fon pada suaminya. Suaminya beritahu kak ice yang isterinya dah 5 hari tak boleh berjalan. Dia rasa kebas dan kadang rasa menyucuk2 yang teruk pada bahagian kakinya sehingga dia perlu mengengsot sebelah kaki untuk berjalan. Doktor diagnose kes dia sebagai postpartum foot drop, kes yang jarang2 berlaku.
Kisahnya dia sihat2 sahaja selepas melahirkan anak. Terlalu sihat sehingga dia melakukan 1001 kerja rumah dengan sendiri. Katanya disebabkan ianya anak no 2 maka dia kata sudah “berpengalaman” dan kuat berpantang sendiri.
Lalu dia menjalani rutin hariannya sendiri. Sehinggalah dia mula memandu sendiri kereta manual untuk hantar anak sulong ke babysitter setiap hari. Kemudian dilajakkan ke pasar harian untuk beli lauk harian.
Masa anak dia masuk usia 2 bulan, dia sudah rasa ketidakselesaan pada tubuh badan. Selalu sakit pinggang. Kakinya sakit yang menyucuk2 dari pinggul sampai ke hujung kaki.
Bagi dia, dia rasa sihat. Tetapi dia lupa otot (muscle), joints (sendi) dan nerves (saraf) tubuh badan yang dia guna 9 bulan 10 hari untuk bawa anak, ditambah dengan 6 jam contraction sebenarnya sangat2 tenat selepas bersalin.
Kemudian dia tidak beri kerehatan sepenuhnya kepada tubuh badannya. Dikerah buat kerja rumah. Berjalan ke sana kemari. Sedangkan ahli sukan yang injured pun diberi kerehatan. Dia sudah seperti buruh kasar menguruskan keluarga.
Dan sudahnya, selepas 3 bulan bersalin, pergerakan semakin terbatas. Perlu dipapah. Bertongkat. Doktor kata kemungkinan berlaku kerana komplikasi ketika bersalin sedangkan dia kata dia bersalin paling mudah anak ke 2 ni berbanding anak pertama.
Dan akhirnya dia sendiri mengaku. Dia mencabar dirinya agar jadi kuat. Mencabar diri dia agar jangan jadi wanita lembik dan lemah. Kerana termakan kata2 di socmed bahawa wanita berpantang ni lembik dan lemah. Dan dia sendiri mengaku berbeza pengalaman berpantang elok2 masa anak pertama dengan berpantang ajet2 kuat masa anak ke 2.
Nasi sudah menjadi bubur. Kes Foot drop bukan mudah diperbetulkan dengan urutan dan fisioterapi. Makan masa. Ada yang mampu sihat kembali. Ada yang kekal jalan capik seumur hidup.
Even ada seorang pelanggan kak ice yang merupakan seorang fisioterapi di hospital kerajaan mengatakan banyak kes ibu2 mudah kena foot drop dan sciatica selepas bersalin beberapa tahun lepas ini. Puncanya doktor masih beragak2. Tak mampu nak teka dan cari. Sedangkan dia yang berhadapan dengan ibu2 ni pun tahu bahawa kesan tak berpantang, banyak bergerak dalam pantang menjadikan kes2 ini semakin tinggi selepas bersalin.
Wahai adik2.
Tubuh badan kita adalah syurga kita.
Kesihatan itu mahal tapi enak.
Jangan dicabar tubuh, kesihatan tergadai.
Sebab itulah di dalam pantang tak boleh jalan merata2. Nak beri kerehatan pada tubuh. Kerana proses bersalin itu sendiri sangat2 memenatkan. Membawa anak kehulu hilir 10 bulan sangat memenatkan.
Tidak bolehkan diberi masa 44 hari untuk merawat dan berehat. Untuk tubuh yang sudah digunakan?
Dan kisah pesakit Kak Ice itu, masih ada bersisa sakitnya. Tidak mampu pulih sepenuhnya. Atas dasar mahu buktikan “kuat”, kualiti bersama anak2 terpaksa dikorbankan apabila tidak mampu bersama anak2 beriadah bersama, berjalan gelak ketawa berlari2 di pantai atau di padang permaianan. Kerana ibu dah tempah sakit sebelum masa.
Kesian si anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesan regangan atau stretch mark dan wanita hamil memang sinonim antara satu sama lain. Keadaan itu terjadi apabila kulit meregang kesan tekanan berlebihan apabila anda mengalami pertambahan berat badan secara drastik sewaktu hamil.
Biasanya stretch mark kelihatan lebih ketara selepas bersalin. Ketika iti, akan timbul garisan kecil berwarna putih di bahagian perut, punggung, payu dara dan beberapa bahagian tubuh yang lainnya.
Apabila bahagian tubuh mengalami stretch mark, ia akan menjadi kekal tetapi ada beberapa cara yang boleh anda usahakan untuk mengurangkan penampakan kesan itu.
Amalkan suplemen vitamin B6, C dan magnesium
Kekurangan zat besi dalam tubuh menyebabkan hal Ini terjadi. Oleh sebab itulah, anda kena banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian kerana kebanyakan sumber makanan ini kaya dengan kesemua zat yang dinyatakan.
Selain daripada makanan segar, anda boleh ambil suplemen tambahan yang mengandungi magnesium dan vitamin B6. Hal ini kerana ia boleh membantu memperbaiki struktur kulit yang rosak. Pengambilan vitamin C pula boleh menolong anda mengembalikan keanjalan kulit.
Buat urutan
Setiap hari, urut bahagian berparut penggunaannya minyak zaitun atau pelembab agar kulit di bahagian itu sentiasa lembap dan anjal.
Selain daripada itu, anda juga sangat disarankan untuk menggunakan minyak kelapa atau minyak kelapa dara kerana ia berupaya membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk tempoh yang lebih lama.
Sapuan gel aloe vera
Aoe vera memang terbukti dapat memperbaiki semula kulit berparut. Di pasaran, terdapat banyak gel aloe vera yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan kesan stretch mark yang ada ini
Namun, yang demikian, adalah lebih baik jika anda gunakan bahan semula jadi. Gel aloe vera ini boleh anda peroleh daripada batang lidah buaya itu sendiri.
Minyak vitamin E
Vitamin E berfungsi sebagai antioksidan yang mampu membantu proses pembaikan kulit yang rosak.
Untuk itu dapatkan suplemen vitamin pilihan. Oleh yang demikian, anda boleh gunakan minyak vitamin E dengan kerap untuk membantu diri memudarkan kesa parut stretch mark yang ada.
Bersenam
Dengan bersenam setiap hari, kulit yang kusam boleh menjadi bertambah sihat dan cantik. Hal ini kerana, peredaran darah akan bertambah lancar dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baik.
Sapuan jus lemon
Lemon mengandungi alfa hydroxy yang bertindak sebagai agen peluntur. Ia boleh membantu anda membuang sel kulit mati dan membaik pulih kulit yang rosak.
Jadi, sapu jus lemon pada kawasan parut untuk seketika agar ia menyerap ke dalam kulit. Biarkan ia beberapa minit dan kemudian bilas bersih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.