“Ramai Yang Abaikan Hak Gigi Anak” Muka Surat 68, 96 & 115 Jarang Lengkap, Sepatutnya 3 Kali Pemeriksaan Dalam Tempoh 4 Tahun

Share

Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila melihat si kecil mereka sudah menunjukkan pertumbuhan gigi pertama.

Malah, ia juga menjadi petanda bahawa kanak-kanak itu boleh diberi makanan yang lebih pejal, sekali gus membantu si kecil menerima lebih banyak khasiat daripada pemakanan.

Namun, dalam kegembiraan melihat pertumbuhan gigi kanak-kanak, sebenarnya mereka juga perlu dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan secara berkala.

“Hak Anak Yang Diabaikan”

Zalim kan statement di atas? Hak apa yang diabaikan?? Hak untuk mendapatkan pemeriksaan gigi mengikut waktu yang sewajarnya.

Ramai ibu bapa yang tidak peka mengenai pemeriksaan pergigian bagi anak-anak di bawah umur 4 tahun.

Baca:

“Tengoklah Menu Sahur Anak Dia” Anak Kacukan Melayu Jepun Ini Raih Perhatian Ramai

Resepi Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak, Guna Tepung Bestari Je! Berebut Anak Makan

“Jangan Bagi Makan Bergula/Manis” Dr Izzar Kongsi Tip Nak Latih Anak Kecil Berpuasa

Belek-belek sedikit buku kesihatan anak anda itu. Cuba lihat muka surat 68, 96 & 115..Jarang sekali dilihat lengkap semuanya. Tahniah buat yang peka.

Untuk makluman ibu bapa sekalian, anak berumur bawah 4 tahun giginya perlu diperiksa sekurangnya 3 kali:

📍 0 – 9 bulan
📍 10 – 23 bulan
📍 2 – 4 tahun

Kesihatan pergigian perlu seiring dengan kesihatan tubuh badan yang lain.Jangan di anggap remeh walaupun hanya gigi susu yang ada. Gigi susu sama pentingnya seperti gigi kekal.

Mahukah anda lihat anak kecil itu tak lena tidurnya kerana kesakitan gigi? Sanggup anda lihat anak kecil itu kekurangan zat kerana tak mampu mengunyah makanan dgn baik?

Ada juga anak kecil terpaksa keluar masuk hospital kerana jangkitan kuman akibat kerosakan gigi susu. Bawa anak anda ke klinik pergigian seawal yang boleh. Pasti ada nasihat dan celoteh dari doktor atau nurse yang merawat nanti.

Masih belum terlewat.

Oleh: Dr Noraisyah binti Mahmuddin

 

Published by
NuFa