Ruam ni gatal-gatal sikit, merah-merah terutamanya bila kena sabun, habuk atau bila berpeluh. Sikit-sikit je, dia hilang sendiri. Rupa-rupanya ekzema!
Ramai ada pengalaman macam ni. Ingatkan macam ruam “biasa-biasa” je boleh baik sendiri tetapi ekzema! Menyesal sebab ambil mudah dan tak serius awal-awal dulu. Nak salahkan ibu bapa pun tak boleh. Selalunya yang jadi macam ni biasanya anak pertama dan tak pengalaman kan?
Bagi ibu bapa yang keliru ruam anak ni ekzema atau ruam biasa-biasa je, Dr Hafiz Sulaiman kongsikan beberapa langkah boleh diambil supaya dapat penyelesaian yang cepat.1) PENGESAHAN
Kita bukan profesional yang dilatih mengenal penyakit. Jadi langkah terbaik ialah sahkan diagnosis dengan berjumpa dengan doktor. Jimat masa dan elak risiko main teka-teka atau tanya pendapat orang lain. “Expert” online tidak akan bertanggungjawab dengan “diagnosis” dan syor mereka online berbanding doktor kita di klinik.
2) PEMAKANAN
Mungkin ruam tu bukanlah sebab pemakanan. Namun begitu, merah keradangan dan kegatalan boleh jadi lebih teruk dengan pemakanan yang menyebabkan radang jadi lebih teruk.
Kita perlu tahu makanan yang paling asas boleh sebabkan radang jadi lebih teruk.
# Gluten
# Susu dan hasil tenusu (kecuali susu ibu)
# Gula berlebihan
# Makanan proses
Tak salah pun pantang makanan ni sekejap..malah makanan di atas kebanyakannya bukan makanan sihat.
3) PERSEKITARAN
Apa-apa persekitaran yang tidak “fitrah” bagi kulit bayi mungkin menyebabkan peningkatan stres pada kulit.
# Habuk dan hama
# Sabun yang beralkali (pH kulit adalah asid), merengsa dan bahan toksik seperti paraben, methylisothiazolinone, SLS dll.
# Cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas.
# Terlalu bising atau sesak.
# Bahan kimia seperti minyak wangi, pelembap, minyak rambut.
# Air tercemar bahan kimia dan logam berat…atau tinggi chloramine. Jika radang seluruh badan, eloklah mandi air bertapis.
4) GAYA HIDUP
Gaya hidup bayi? Makan, main dan tidur lah.
# Bayi tak makan banyak. Jangan paksa bayi menyusu dan makan banyak jika bayi tak nak. Perut baby ni kecil, tak perlu banyak-banyak makan. Cuma perlu makanan padat nutrisi seperti susu ibu. Jika di bawah 6 bulan, susu ibu memadai mengikut keperluan individu bayi.
# Bayi ni tidur lagi banyak daripada makan dan bermain. Biarlah baby tidur lama dan sediakan persekitaran tidur yang sesuai dengan bayi kita. Secara amnya, persekitaran tidur kena gelap, sejuk dan senyap.
5) USAHA DAN TAWAKAL
Doa itu penting amat. Doakan anak kita diberi kesihatan yang baik, dan berusaha bersungguh-sungguh supaya anak pulih sihat seperti biasa. Membiarkan anak pulih sendiri adalah langkah tidak proaktif yang mungkin memudaratkan di kemudian hari.
Tawakal dan usaha akan jadikan kita lega dan tidak risau, bukannya dengan “assurance” dan bukannya kata penyedap hati orang lain bahawa anak kita tak ada apa-apa masalah.
Kesimpulannya, elakkan radang melarat. Jangan teka-teka dan bertangguh dalam ikhtiar pulihkan masalah kulit anak yang baru timbul supaya radang tak melarat. Ekzema ni kes yang sangat-sangat berleluasa di zaman moden ini yang sebenarnya jika kita jaga, insha Allah mungkin boleh dipulihkan peringkat awal.
Semoga tips ini bermanfaat dan menjadikan kita lebih berusaha dan redha dengan apa-apa ketentuan dariNya. Insha Allah ada hikmah bagi setiap sesuatu yang terjadi. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada anak-anak kita saya doakan.
SHARE post ni sebab ramai sangat yang ambil mudah ruam-ruam biasa kononnya ruam peluh yang akhirnya jadi ekzema.
**Teringin untuk dapatkan barangan anak pada harga istimewa, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif pasti pernah terdetik mengatakan diri berasa lelah dalam membahagikan masa sedia ada untuk pelbagai urusan. Hal ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyusuan bayi yang mana memerlukan anda memerah susu untuk bekalannya sepanjang waktu bekerja. Pada waktu malam pula, masih perlu susukan bayi mengikut permintaannya.
Ada waktunya, tidur malam terganggu apabila bayi kerap terbangun daripada tidur dan mahu menyusu. Walaupun penat, ketahuilah bahawa menyusukan bayi pada waktu malam adalah sesuatu yang memberi banyak faedah kepada diri anda sendiri yang sudah tentu mahu berjaya menyusukan bayi selama yang mungkin.
Untuk memotivasikan diri, mari ambil tahu kepentingan penyusuan malam kepada kesayangan dan diri anda juga.
20% jumlah penyusuan dalam 24 jam
Tahulah anda bahawa 20% penyusuan bayi sepanjang hari adalah daripada penyusuan pada waktu malam? Oleh sebab itu, penyusuan malam sangat penting untuk proses perkembangan dan pertumbuhan bayi anda.
Saiz perut bayi kecil
Perut bayi masih kecil. Ia hanya mampu memuatkan susu dalam jumlah yang sedikit dalam satu-satu masa. Oleh sebab itu dia tidak mampu menyusu dengan banyak dalam satu sesi penyusuan. Tambahan pula, bukankah susu ibu cepat hadam? Atas sebab ini jugalah bayi kerap mahu menyusu pada waktu malam demi memenuhi keperluannya.
Ads
Bantu penghasilan susu ibu
Penyusuan yang dilakukan dengan kerap pada waktu malam akan membantu anda merangsang tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu agar dapat memenuhi keperluan bayi di hari-hari yang berikutnya.
Kurangkan masalah bengkak susu
Jika payudara terlalu penuh dan bayi tidak disusukan atau tidak berjaya mengosongkannya dengan baik, anda berisiko untuk mengalami masalah bengkak susu. Jadi biarkan bayi menyusu mengikut permintaannya agar anda dapat mengelakkan masalah sebegini daripada berlaku.
Ads
5. Perancang kehamilan semula jadi
Penyusuan susu ibu adalah salah satu cara semula jadi tubuh mencegah kehamilan. Dalam kebanyakan penelitian, wanita yang kurang menyusukan bayi pada waktu malam lebih mudah hamil semula berbanding wanita yang kerap melakukannya.
Ads
6. Ajar bayi kenal siang dan malam
Menurut kajian, selepas usia bayi dua bulan, dia akan mula menerima pengaruh hormon daripada anda. Susu ibu mengandungi tryptophan iaitu sejenis asid amino yang menghasilkan melatonin. Melatonin membantu bayi terlelap di samping mengatur waktu tidurnya.
Kandungan tryptophan dalam susu ibu dipengaruhi oleh kitaran tidur anda juga. Dengan penyusuan waktu malam, secara tidak langsung, bayi dapat belajar mengawal selia waktu tidurnya dan pada masa yang sama mengenal waktu siang dan malam.
7. Mengurangkan risiko SIDS
Penyusuan waktu malam mampu mengurangkan risiko bayi mati mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Informasi yang dikongsikan oleh National Health and Medical Research Council Australia menunjukkan bahawa bayi yang tidak menyusu pada waktu malam mampu meningkatkan risiko SIDS sehingga 56%.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini pelawak Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh pernah berkongsi keadaan anak keduanya yang menghidap masalah jantung kronik dan terpaksa berkampung di hospital sehinggalah pembedahan dilakukan.
Bayi yang baru berusia 3 bulan itu dilaporkan mempunyai masalah jantung selepas mengalami demam kuning berpanjangan beberapa hari setelah dilahirkan.
Pembedahan selama 12 jam
Bayi comel yang diberi nama Ainul Mardhiah itu terlantar di hospital dengan wayar berselirat dibadan walaupun masih lagi belum mengenal apa-apa berkaitan kehidupan.
Semalam, Ali telah memuat naik gambar mereka sekeluarga dengan kapsyen yang agak menyentuh hati. Menurut pelawak tersebut, gambar itu adalah gambar pertama mereka sekeluarga sebelum anak keduanya itu memasuki dewan bedah untuk melakukan pembedahan.
Paru-paru alami komplikasi, bergantung mesin pernafasan
Lebih membimbangkan, Ainul Mardhiah sekarang hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan berikutan terdapat komplikasi kepada paru-parunya pula.
Doktor dah cuba sedaya upaya. Semuanya bergantung pada bantuan pernafasan. Harapnya ada sinar buat anak walid dan ibu.
Mohon doa, moga ada keajaiban
Ali Puteh juga turut mengharapkan orang ramai sama-sama memanjatkan doa buat anak keduanya itu kerana hanya keajaiban daripada Allah S.W.T sahaja dapat mengembalikan kesihatan puterinya.
Sehubungan dengan perkara tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dan memberi semangat kepada Ali sekeluarga untuk terus kuat berdepan dengan ujian ini. Semua mendoakan agar Ainul Mardhiah dapat kembali sihat dan memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarga.
Semoga Allah mempermudahkan urusan bidadari syurga ini dan angkat segala kesakitannya untuk hidup dengan normal seperti kanak-kanak seusia dengannya.
Sumber: ig Ali Puteh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Ain Edruce, risaukan anaknya Soraya yang menunjukkan diri seakan tidak sihat selepas suaminya, Amirul Hafiz disahkan positif Covid-19 Ahad lalu.
Berkongsi berkenaan keadaan keluarganya di Instagram story, Ain memaklumkan Amirul mengalami gejala sakit tekak pada awalnya. Mereka sekeluarga terus membuat ujian PCR.
Namun hanya Amirul yang disahkan positif Covid-19 sebaliknya Ain dilaporkan tidak dijangkiti virus berkenaan.
“Nak dijadikan cerita Amirul Hafizz positif Covid-19. Semalam mengadu sakit tekak, aku dah agak. Jadi kami buat PCR. Dapat keputusan pagi tadi aku negatif, dia positif pula. Sangkut. Stay strong daddy!
Sementara itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela menyatakan dia masih menunggu keputusan anak perempuannya Soraya. Menurutnya dia risau melihat keadaan Soraya yang kurang sihat ketika ini.
“Aku paling risau Soraya sebenarnya. Sebab dia macam tak sihat. Soraya baru buat PCR tadi. Doakan dia sihat ya kawan-kawan.
Dalam satu lagi perkongsian, Soraya dilihat masih mempunyai selera makan walaupun tidak berapa sihat.
“Tapi makan berselera ini budak kecil. Tak sihat pun makan banyak, good girl,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Ain Edruce selamat melangsungkan perkahwinan dengan suaminya Amirul pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Soraya yang kini berusia 10 bulan.
Sumber: Instagram Ain Edruce
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.