Ruam ni gatal-gatal sikit, merah-merah terutamanya bila kena sabun, habuk atau bila berpeluh. Sikit-sikit je, dia hilang sendiri. Rupa-rupanya ekzema!
Ramai ada pengalaman macam ni. Ingatkan macam ruam “biasa-biasa” je boleh baik sendiri tetapi ekzema! Menyesal sebab ambil mudah dan tak serius awal-awal dulu. Nak salahkan ibu bapa pun tak boleh. Selalunya yang jadi macam ni biasanya anak pertama dan tak pengalaman kan?
Bagi ibu bapa yang keliru ruam anak ni ekzema atau ruam biasa-biasa je, Dr Hafiz Sulaiman kongsikan beberapa langkah boleh diambil supaya dapat penyelesaian yang cepat.
Kita bukan profesional yang dilatih mengenal penyakit. Jadi langkah terbaik ialah sahkan diagnosis dengan berjumpa dengan doktor. Jimat masa dan elak risiko main teka-teka atau tanya pendapat orang lain. “Expert” online tidak akan bertanggungjawab dengan “diagnosis” dan syor mereka online berbanding doktor kita di klinik.
2) PEMAKANAN
Mungkin ruam tu bukanlah sebab pemakanan. Namun begitu, merah keradangan dan kegatalan boleh jadi lebih teruk dengan pemakanan yang menyebabkan radang jadi lebih teruk.
Kita perlu tahu makanan yang paling asas boleh sebabkan radang jadi lebih teruk.
# Gluten
# Susu dan hasil tenusu (kecuali susu ibu)
# Gula berlebihan
# Makanan proses
Tak salah pun pantang makanan ni sekejap..malah makanan di atas kebanyakannya bukan makanan sihat.
3) PERSEKITARAN
Apa-apa persekitaran yang tidak “fitrah” bagi kulit bayi mungkin menyebabkan peningkatan stres pada kulit.
# Habuk dan hama
# Sabun yang beralkali (pH kulit adalah asid), merengsa dan bahan toksik seperti paraben, methylisothiazolinone, SLS dll.
# Cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas.
# Terlalu bising atau sesak.
# Bahan kimia seperti minyak wangi, pelembap, minyak rambut.
# Air tercemar bahan kimia dan logam berat…atau tinggi chloramine. Jika radang seluruh badan, eloklah mandi air bertapis.
Gaya hidup bayi? Makan, main dan tidur lah.
# Bayi tak makan banyak. Jangan paksa bayi menyusu dan makan banyak jika bayi tak nak. Perut baby ni kecil, tak perlu banyak-banyak makan. Cuma perlu makanan padat nutrisi seperti susu ibu. Jika di bawah 6 bulan, susu ibu memadai mengikut keperluan individu bayi.
# Bayi ni tidur lagi banyak daripada makan dan bermain. Biarlah baby tidur lama dan sediakan persekitaran tidur yang sesuai dengan bayi kita. Secara amnya, persekitaran tidur kena gelap, sejuk dan senyap.
5) USAHA DAN TAWAKAL
Doa itu penting amat. Doakan anak kita diberi kesihatan yang baik, dan berusaha bersungguh-sungguh supaya anak pulih sihat seperti biasa. Membiarkan anak pulih sendiri adalah langkah tidak proaktif yang mungkin memudaratkan di kemudian hari.
Tawakal dan usaha akan jadikan kita lega dan tidak risau, bukannya dengan “assurance” dan bukannya kata penyedap hati orang lain bahawa anak kita tak ada apa-apa masalah.
Semoga tips ini bermanfaat dan menjadikan kita lebih berusaha dan redha dengan apa-apa ketentuan dariNya. Insha Allah ada hikmah bagi setiap sesuatu yang terjadi. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada anak-anak kita saya doakan.
SHARE post ni sebab ramai sangat yang ambil mudah ruam-ruam biasa kononnya ruam peluh yang akhirnya jadi ekzema.
Kredit: Dr Hafiz Sulaiman
**Teringin untuk dapatkan barangan anak pada harga istimewa, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)