Bagi kebayakan ibu impian untuk menyusukan si kecil dirancang sejak awal lagi. Namun adakah ibu-ibu turut menyenaraikan langkah penyusuan bermula dari bilik bersalin?

1 jam pertama

Sebaik sahaja bayi lahir sama ada secara normal mahupun ceaserean, sentuhan kulit ke kulit perlu diusahakan antara ibu dan bayi. Sekiranya ia berjaya dilaksanakan, purata kejayaan dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif 6 bulan adalah tinggi. Sentuhan kulit ke kulit boleh dilakukan dengan cara meletakkan bayi di atas dada ibu dalam masa sejam sebaik saja kelahiran untuk biarkan bayi kenal bau ibu dan bayi akan lebih bertenang. Daripada sentuhan kulit ke kulit ini, hormon oksitosin akan dihasilkan. Rembesan hormon oksitosin atau dikenali dengan hormon cinta pada ibu akan untuk membuatkan rasa cinta dan kasih sayang kepada anak yang dilahirkan.

Teknik ini juga membantu ibu mengeluarkan kolustrum (susu yang penuh dengan antibodi) seawal sejam selepas kelahiran. Kolustrum merupakan susu yang sangat bagus untuk melindungi usus bayi baru lahir. Ia memiliki antibodi dan imunisasi yang sangat tinggi.

Sentuhan kulit ke kulit

Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi dilakukan dengan menggunakan cara ibu kanggaru (kangaroo mother care). Ia boleh dilakukan kepada bayi yang baru lahir termasuk bayi pramatang.

LANGKAH 1

Posisi penyusuan selepas kelahiran.

  1. Kedudukan bayi iaitu kepala badan dan punggung perlu selari.
  2. Kepala dan badan bayi menghadap ibu.
  3. Kedudukan bayi rapat dengan badan ibu.
  4. Sewaktu sedang menyusu, bayi diampu dengan kedua-dua tangan ibu.

LANGKAH 2

Lekapan bayi di payudara.

  1. Pastikan mulut bayi dibuka luas.
  2. Dagu bayi perlu bersentuhan dengan bahagian bawah payudara semasa menyusu.
  3. Bayi menyusu di bahagian aerola (tampuk hitam) di mana aerola di bahagian bawah perlu berada sepenuhnya dalam mulut bayi.

Rooting reflex

Adakah ia normal bagi ibu yang terus menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dibersihkan. Dengan usaha ini, kadar kejayaan penyusuan secara eksklusif enam bulan adalah tinggi sekiranya bayi disusukan lebih awal iaitu semasa proses sentuhan kulit ke kulit dilakukan.

Rooting reflex  iaitu refleks semula jadi bayi baru lahir masih kuat ketika ini.  Apabila diletakkan di atas dada ibu, bayi dengan sendirinya menggerakkan kepala kepada kawasan tampuk hitam (aerola) ibu dan dengan sendirinya melekap dan melakukan hisapan (suckling) pada payu dara ibu. Ia juga dikenali sebagai breast crawl.

Pelan kelahiran

Justeru, amat mustahak bagi ibu memberitahu pihak hospital (sekiranya hospital bukan rakan bayi) bahawa anda ingin menyusukan bayi sejurus selepas bersalin. Penyediaan pelan kelahiran yang akan memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang. Nyatakan di dalam pelan kelahiran bahawa anda mahu sentuhan kulit ke kulit dengan bayi dan menyusukan bayi seawal sejam kelahiran tidak kira kelahiran secara normal ataupun pembedahan caesarean.

Namun bagi kelahiran secara pembedahan caesarean, pengambilan bius epidural memberi kesan yang kurang baik kepada bayi. Bayi selalunya akan berada dalam pengaruh ubat sebaik sahaja kelahiran. Dalam keadaan begini, hisapan bayi akan menjadi agak lemah dan ini menyebabkan penyusuan susu ibu dimulakan lambat. Diharapkan informasi ini memberi peluang kepada ibu bersedia dari segi mental dan fizikal dan memberikan gambaran jangkaan

5 sebab mengapa penyusuan susu ibu perlu diberikan selepas kelahiran

  1. Puting tiruan akan memberi kesan negatif kerana ia boleh membuatkan bayi tidak dapat melekap dengan baik di payu dara.
  2. Penggunaan puting tiruan akan mengurangkan kadar hisapan bayi. Sekiranya kadar hisapan berkurangan, maka payu dara akan menerima rangsangan yang kurang dan memberi kesan kepada penghasilan susu.
  3. Pengenalan botol terlalu awal boleh menyebabkan sesetengah bayi keliru puting. Bayi lebih mudah untuk memilih botol berbanding menyusu secara terus kerana penggunaan botol tidak memerlukan bayi bekerja kuat untuk mendapatkan susu. Dengan hanya satu hisapan, susu akan keluar dari botol. Jadi segala otot di bahagian mula tidak digunakan sepenuhnya.
  4. Susu formula boleh memberi risiko negatif kepada kesihatan usus bayi.
  5. Bayi juga mudah untuk mendapat cirit birit (diarhea) kerana protein dalam susu tersebut tidak sesuai dengan bayi dan jika dibancuh dengan teknik bancuhan yang salah.

Tinggalkan Komen