Rugi sungguh bila mak ayah tak ambil berat mengenai tidur anak. Jika anda tahu kepentingan ini, seboleh-bolehnya anda akan cuba pastikan anak dapat tidur secara konsisten dan berjadual sejak awal lagi.
Menerusi perkongsian Dr Redza Zainol, otak anak berkembang dengan baik bila tidur mereka cukup dan berkualiti.
Di Klinik Perkembangan Kanak Kanak (Children Developmental Clinic), ramai mak ayah mengeluh dan mengadu pada saya yang mereka menyesal tak jaga masa dan kualiti tidur anak sejak kecil.
Ni saya kongsikan tempoh masa tidur anak seperti yang disaran oleh United Kingdom National Health Service (NHS).
Umur seminggu
Siang : 8 jam
Malam : 8 jam 30 minit
Umur sebulan
Siang : 6-7 jam
Malam : 8-9 jam
Umur 3 bulan
Siang : 4-5 jam
Malam : 10-11 jam
Umur 6 bulan
Siang : 3 jam
Malam : 11 jam
Umur 12 bulan
Siang : 2 jam 30 minit
Malam : 11 jam
Tip supaya anak mudah tidur.
suramkan atau tutup lampu dalam bilik tidur anak. Ia akan bantu bina hormon tidur iaitu melatonin.
Bila anak mula naik atas katil, boleh bacakan buku untuk anak atau anak baca buku sendiri dalam keadaan senyap.
Mandi dengan air suam boleh bantu anak lebih tenang dan bersedia untuk tidur.
Elakkan simpan tablet/laptop/TV dalam bilik tidur anak.
Cas semua bateri gajet di bilik lain (bukan bilik tidur anak).
Galakkan anak untuk berhenti guna gajet sejam sebelum waktu tidur.
Pengaliran udara dalam bilik anak mestilah dalam keadaan baik dan suhu bilik antara 18-24C.
Ada kajian dibuat, anak yang tak cukup tidur bukan saja bermasalah dari segi nak beri tumpuan semasa belajar, tapi mereka juga berisiko tinggi untuk dapat penyakit darah tinggi, obesiti dan kemurungan.
Nak jaga masa tidur anak ni percuma saja. Tak perlu keluar duit banyak-banyak untuk beli produk itu dan ini.
Bantu saya #sebarkan, supaya lagi ramai mak ayah yang tahu.
Jemput follow FB saya, Redza Zainol supaya tak terlepas info kesihatan kanak-kanak menarik secara percuma.
Lebih banyak ilmu kesihatan kanak-kanak di Channel Telegram Dr Redza https://t.me/NotaRedzaZainol
Sumber: Dr Redza Zainol