Ikan ialah salah satu makanan utama dalam hidangan harian kita. Ikan mengandungi banyak nutrien yang membawa banyak manfaat kepada kesihatan manusia. Hampir setiap individu sedar akan khasiat ikan kepada kesihatan tubuh.
Walau bagaimanapun, hanya sedikit sahaja yang mengetahui mengapa makan ikan baik untuk kesihatan, dan jenis nutrien yang ada pada ikan. Teruskan membaca artikel ini untuk memahami lebih lagi mengenai ikan dan bagaimana pemakanan ikan boleh membantu anak anda.
Ikan ialah makanan yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh seperti protein, asid amino, omega-3, methionine, tyrosine, lysine, tryptophan, dan sebagainya. Protein yang terkandung dalam ikan adalah mudah untuk dicerna berbanding dengan yang ada dalam daging.
Ikan mengandungi beberapa jenis bahan-bahan lemak seperti lipid yang merupakan asid lemak tak tepu. Asid lemak ini adalah baik untuk tubuh dan mengelakkan lemak dalam darah, yang menjurus kepada obesiti.
Sesetengah ikan mengandungi banyak vitamin, seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B12, dan vitamin D. Ikan juga mengandungi pelbagai mineral, terutamanya kalsium. Malahan, kandungan kalsium dalam ikan adalah lebih tinggi berbanding daging.
Ads
Salah satu bahan baik untuk tubuh ialah DHA dalam ikan. DHA memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sistem saraf dan sel otak.
Phosphatide dalam ikan terlibat secara aktif dalam metabolisme kolesterol, mencegah pengumpulan kolesterol dalam darah, membantu membuang kolesterol yang tidak baik daripada tubuh, mencegah obesiti, dan melindungi sistem kardiovaskular. Kandungan ini juga boleh menghalang pelbagai jenis kanser.
Secara ringkasnya, ikan adalah amat penting.
Berikut adalah beberapa jenis ikan yang selamat dan baik untuk anak anda termasuklah:
2 jenis ikan yang terbaik untuk kanak-kanak adalah:
Salmon
Salmon ialah ikan yang kaya dengan asid lemak tak tepu yang boleh merangsang perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, D, E, dan kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan mineral lain. Isi salmon adalah lembut dan licin, jadi kanak-kanak akan menggemarinya. Ikan ini juga baik untuk kecerdasan kanak-kanak.
Tuna
Tuna mengandungi asid omega-3 yang baik untuk mencegah degenerasi makular, iaitu keadaan yang mengehadkan penglihatan mata, dan secara perlahan-lahan membawa kepada buta.
Ads
Informasi di atas tentang ikan boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut khasiat dan sebab perlu makan ikan.
Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila anak terlalu obses dengan susu formula sehingga enggan makan makanan pejal? Apabila dipujuk untuk makan makanan seperti nasi, sup atau roti, anak tetap enggan. Apatah lagi buah-buahan dan sayur, memang langsung tidak dipandangnya. Bagaimana kita sebagai ibu bapa ingin memujuknya untuk makan sajian seimbang? Ikuti perkongsian ini.
Kemungkinan anak anda enggan makan makanan pejal disebabkan kenyang dengan susu. Mungkin anak anda agak kerap menyusu dalam sehari. Umumnya, susu itu sendiri mengandungi banyak khasiat bagi menampung keperluan si kecil. Salah satu penentu ukur sama ada tahap perkembangan dan tumbesaran si kecil adalah berat badan dan ketinggiannya.
Si kecil perlu mencapai tahap yang sesuai mengikut umurnya. Namun, galakan untuk anak untuk makan makanan pejal sememangnya penting. Elakkan memberi susu kepadanya sebelum atau ketika hampir waktu makan.
Ini kerana jika diberikan susu, kemungkinan si kecil kenyang dan tidak mahu makan. Rancang waktu makan dan waktu minum susu. Tiga hidangan utama perlu diambil ialah sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Selebihnya boleh diaturi dengan minum susu. Pada awalnya si kecil memang akan meragam, tidak mengapa. Don’t fall to the manipulation. Jangan diberi susu jika si kecil tidak mahu makan pada waktu makan. Anak anda akan belajar untuk makan apabila berasa lapar.
Jika si kecil suka hidangan berkuah, hidangkan sahaja. Namun, pastikan setiap waktu makan, perlu lengkap dengan hidangan seimbang lain. Maksudnya, selain kuah, hidangan lauk berprotein seperti ikan, ayam atau daging perlu ada, sayuran dan buah-buahan juga perlu ada.
Imej makanan sihat perlu sentiasa terpapar pada pandangan si kecil walau pun dia masih belum mahu memakannya. Ini kerana, paparan ini akan menggalakkan penerimaan si kecil dari masa ke masa. Subconcious mind stimulation.
Daripada tidak mahu makan kepada mahu mencuba rasa dan seterusnya mahu makan. Usaha ini sememangnya akan memakan masa. Don’t give up. Biskut atau kerepek? Pastikan biskut yang diberikan bukanlah jenis yang manis atau berkrim. Kerepek pula, jika boleh, tidak perlu ada di rumah. Elakkan membeli atau menyimpan makanan yang tidak sihat di rumah. Semoga ibu bapa diluar sana berjaya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mama dan papa hanya boleh memperkenalkan ketam selepas hari lahir pertama bayi. Hal ini kerana ketam mengandungi sodium yang tinggi. Berikan hanya yang segar dan beku serta elakkan jejari ketam tiruan yang banyak dijual di pasaran.
Ketam Banyak Khasiat Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas
Ketam sangat sihat untuk bayi berumur satu tahun. Ia adalah sumber protein tanpa lemak dengan nutrien penting yang tinggi seperti vitamin B12, selenium, tembaga dan zink. Ketam juga merupakan sumber asid lemak omega 3 yang baik.
Doktor Ini Kongsi Tip Buat Mama & Papa
Dr Amalina berkongsi kaedah cara menghidangkan ketam di bawah:
]
Bagaimanapub ketam mempunyai kesan merkuri akibat pencemaran air. Jadi makan ketam secara sederhana dan hidangkan sekali-sekala sahja ya.
Memandangkan ketam adalah sejenis kerang, ia adalah salah satu alergen makanan yang paling biasa. Perkenalkan dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Jika tiada tindak balas alahan, tambahkan kuantiti secara beransur-ansur semasa hidangan yang berikutnya.
Sejak anak kita kecil, kita sebagai ibu bapalah yang memainkan peranan dalam memilih makanan pada anak. Anak-anak ikutkan sahaja. Bila serasi dengan seleranya, barulah dia mula makan bertambah. Jadi kitalah yang sepatutnya membuat keputusan apa makanan terbaik dan kaya nutrisi untuk anak kita.
Malah menurut Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera juga turut berpesan agar cuba mengelakkan beberapa jenis makanan yang sudah semestinya tidak memberi apa-apa nutrisi buat anak kecil kita.
Malah menerusi perkongsiannnya di instagram, beliau turut berkongsi beberapa jenis makanan yang mempunyai nutrien penting dalam tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Sebaiknya cubalah seperti yang disarankan. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Pemakanan sihat untuk kanak-kanak amatlah penting tumbesaran dan perkembangan yang normal dan juga untuk mencegah pelbagai penyakit.
Jom tengok jenis-jenis makanan yang mempunyai nutrien penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak:
✅ Nasi, mi, roti, bijiran – Membekalkan karbohidrat kompleks dan serat serta merupakan sumber tenaga utama.
✅ Buah-buahan dan sayuran – Membekalkan vitamin, serat, dan mineral yang penting untuk meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit.
✅ Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang – Membekalkan protein, vitamin B, zat besi, zink, kalsium, dan magnesium. Protein amat penting untuk membina dan membaiki tisu-tisu otot, organ, darah, rambut, dan kuku. Sistem imun badan akan terganggu kalau protein tak cukup.
✅ Susu dan Produk tenusu – Sumber yang penting kerana kaya dengan kalsium, protein dan riboflavin. Kalsium membantu dalam menguatkan tulang dan gigi. Kalsium amat penting semasa fasa kanak-kanak membesar semasa tulang mereka tengah membina. Contoh produk tenusu adalah seperti yogurt dan keju.
✅ Lemak – Lemak memainkan peranan penting dalam diet kanak-kanak kerana ia membekalkan asid lemak perlu serta membantu penyerapan vitamin larut-lemak. Ikan, dan minyak sayuran mengandungi lemak baik (unsaturated fat). Daging, ayam, mentega, minyak kelapa, ais krim mengandungi lemak tak tak baik (saturated fat).
Elak 3 Jenis Makanan
Bukan itu sahaja, malah beliau juga turut mendedahkan tiga makanan yang sama sekali patut dielakkan oleh semua ibu bapa. Walaupun mengejar masa kerana bekerja, tiga makanan yang dikongsinya patut sama sekali dijauhi kerana tidak mempunyai nutrisi untuk kanak-kanak.
Malah bapa kepada Ayra Aneesah ini juga turut berpesan agar mengurangkan minuman tinggi gula kepada anak kecil. Malah katanya lagi, cubalah galakkan anak-anak bersenam dan menyeru agar ibu bapa turut melakukan aktiviti itu bersama-sama. Barulah anak makin seronok.
“Amat penting untuk ibu bapa memberi anak-anak makanan yang mengandungi semua kumpulan makanan yang diterangkan tadi. Pastikan diet anak-anak adalah SEIMBANG, SEDERHANA, dan PELBAGAI.
“ELAKKAN dari memberi anak-anak junk food seperti nugget, sosej, fries, serta fast food yang mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi serta perasa tambahan. Tak patut dipanggil makanan pun sebab tidak mengandungi nutrien penting untuk tumbesaran. Dapat penyakit adalah. Gula-gula, dan air manis pun elakkanlah. Kang obese anak. Kasi minum air kosong dan susu je.
“GALAKKAN anak-anak untuk bersenam atau melakukan aktiviti fizikal keluarkan peluh. Ibu bapa pun joinla sama. 🏃
“Kesimpulannya, ibu bapa mestilah meluangkan masa dengan anak-anak untuk menyediakan hidangan makanan sihat serta melakukan aktiviti gaya hidup sihat. Jadi contoh kepada anak-anak. Baru anak-anak ikut kan,” katanya berkongsi.
Jadi walau sibuk macam mana sekalipun, usahakanlah untuk melakukan aktiviti sihat dengan anak-anak dan jangan lupa turut menjaga pemakanan anak supaya daya imun anak makin kuat dan sihat.
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang ya!
Kita merasakan kita sudah terlebih ramah dengan anak, rangsang setiap masa untuk anak bercakap. Namun rupanya teknik dan cara kita salah. Patutlah anak lambat bercakap.